Thursday, 31 December 2015

LAST DAY PROMOSI LECITHIN

Assalamualaikum❤

Jom kita tengok apa kelebihan LECITHIN ni kepada tubuh badan kita. Banyak manfaatnya! 😊😊

🌼 menyerap vitamin yang larut lemak - membantu tubuh dalam menyerap vitamin A,D,E dan K yang larut lemak.

🌼 melindungi hati - menghalang enapan lemak dihati,sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu dalam memulihkan kesihatan hati.

🌼 pemecahan lemak dan kolestrol - lecithin bertindak sebagai "pembersih" salurdarah,pemgambilan tambahan membantu mengemulasu dan metabolisme lemak,kolestrol dan trigliserid didalam tubuh

🌼 pelangsingan - menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

🌼 mencantikkan otot dan kulit - membentuk membran sel,melambatkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik,mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.

🌼 memperbaiki alergi - menghalang patelet dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salurdarah ,seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dermatis,deman alergi.

🌼 menghalang kejadian batu karang - 90% daripada batu karang terjadi dari kolestrol,lecithin mengemulasi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

🌼 mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stres - mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran,memperbaimu daya ingatan,menghalang Alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk lembesaran sihat janin.

🌼 menghalang tekanan darah tinggi - memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriisklerosis,menggalakkan peredaran darah.

🌼 memperbaiki prostat lelaki - kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilab kuantiti lecithin yang banyak.

🌼 meringankan sembelit - lecithin adalah pelembut najis yang berkesan,ianya melembapkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.



Nah! Banyakkan kebaikannya? Harga pun sangat murah. Boleh dapatkannya hari ini dengan saya!

NIRA 012-9827229

posted from Bloggeroid

Wednesday, 30 December 2015

Set Kecantikan Kulit Shaklee Untuk Wajah Cantik Berseri

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Hai semua pengunjung blog kesayangan nira.. SEmoga ceria selalu dan wajah cantik berseri. Berseri ke? Siapa rasa dia cantik berseri,meh cepat angkat tangan.. heeeheeee

Bila bercakap topik ni,saya percaya ramai yang mengimpikannya. Betul tak? Terutama untuk mommy-mommy yang sentiasa ingin cantik,vogue,dan anggun. Walaupun sudah beranak pinak tapi kecantikan luaran harus di jaga rapi. Bukan untuk sesiapa pun.. Tapi untuk suami kita juga kan? Kalau selekeh jer dan tidak pandai menjaga kecantikan suami pun segan mulalah mencari alasan untuk meminggirkan diri dari isteri.

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang,lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam,tak sekata,berjerawat,dan pori-pori luas majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.

Apa yang ada dalam set kecantikan shaklee? Jom kita tengok..

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit :

  • menjaga kesegaran dan keremajaan kulit.
  • melindungi kulit dari sinar ultra-ungu.
  • menjaga kelembapan kulit.
  • menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel.
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit :
  • sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya.
  • merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit,yang akan menjaga kekenyalan,kelenturan,serta kehalusan kulit.
  • mencerahkan kulit.
Peranan Vitamin B dalam kecantikan kulit :
  • sebagai pelengkap.
  • mencegah pigmentasi.
  • melambatkan tanda penuaan.
  • mengubati jerawat.
Kombinasi Vitamin B,Vitamin C, dan Vitamin E menghasilkan :
  • mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus.
  • mencegah penuaan.
  • menjadikan kulit lebih kenyal.
  • mencerahkan kulit.
  • menjaga kulit dari sinar UV.
  • mengurangkan parut jerawat.
  • menjadikan wajah bersinar dan bermaya.
  • menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan.
  • menjadikan wajah lebih berseri.


Untuk mecapai wajah cantik berseri adalah lebih baik kita rawat dari dalaman kulit. Konsepnya mudah. Apabila dalaman sihat,maka luaran pun akan menjadi sihat dan cantik berseri. Betul tak? Setuju? Jadi jangan membuang masa dengan mencari produk luaran,kerana kita harus sihat dari dalaman dahulu. Mulai sekarang kita rawat wajah kita dari dalaman kulit dengan set kecantikan kulit shaklee. 


♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah
Facebook : NIRA NAZRI
Instagram : https://www.instagram.com/nira_shaklee_bachok/
Email : umizanaura@rocketmail.com
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426


Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

Set NutriWhite Shaklee Untuk Kulit Putih Berseri

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana untuk dapatkan kulit cantik dan berseri dengan cara yang agak jimat dan berbaloi. Memang tidak dinafikan ramai wanita obses untuk dapatkan kulit yang cantik berseri. Ada yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sampai beribu-ribu tinggit demi mendapatkan kulit idaman. Malah ada juga yang sanggup menahan kesakitan seperti membuat pembedahan plastik surgery dan cucuk botox di wajah mereka semata-mata untuk kelihatan putih. Tak sakitkah? uishhh,ngerinya.. nauzubillahiminzalik.

Untuk entri ni saya nak share cara mudah untuk mendapatkan wajah putih berseri. Tak perlu berbelanja ribuan ringgit. Tak perlu nak cucuk sana,cucuk sini. Sebenarnya tak ramai yang tahu bahawa produk shaklee juga ada set penjagaan luaran untuk wajah yang berkualiti tinggi dan setaraf dengan SK2,dan Este Lauder. Jangan berlengah lagi,teruskan pembacaan anda ye. Mana tahu anda akan TERUJA dan TERGODA untuk mencubanya.. 

1. NUTRIWHITE GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER (150g)

❥ pencuci muka yang membersihkan dan menyegarkan kulit.

❥ ekstrak rumpai laut membantu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati sekaligus menegangkan kulit.

❥ alga hijau melembapkan kulit dan menyingkirkan toksin.

❥ strawbei begonia baik untuk mengimbangi pigmentasi dan mencerahkan kulit. Menyegarkan dan lembut pada kulit.


2. NUTRIWHITE DAYTIME WHITENING LOTION (50g)

❥ bertindak sebagai sunblock atau moisturizer.

❥ kaya dengan pati mulberi mencegah kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari.

❥ mountain arnica berkuasa menghilangkan radang terhadap kulit dan melembap kulit dari segenap sudut.

❥ membantu membina daya ketahanan kulit dari kerosakan akibat persekitaran.


3. NUTRIWHITE DAILY DEFENCE WHITENING ESSENCE (30ml)

❥ kulit menjadi tegang dan segar dengan ekstrak bearberry.

❥ strawbery begonia berfungsi mengimbangi pigmen kulit.

❥ kacang soya pula bertindak mengurangkan tompok-tompok hitam dan melembutkan kulit. Ekstrak mulberi pula mencegah kulit daripada rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari.

❥ vitamin c yang aktif ditambah membaiki kulit dan mengembalikan seri wajah. Strukturnya yang mudah diserap oleh kulit menjadikan kulit semakin lembut.


4. NUTRIWHITE OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM (50g)

❥ memperbaharui sel dan mengembalikan keremajaan kulit semasa tidur.

❥ ekstrak linden melembapkan dan menyihatkan kulit secara mendalam.

❥ scullcap bertindak menghilangkan radang dan mencerahkan kulit.

❥ vitamin c mengaktifkan seri wajah dengan mengurangkan tompok-tompok hitam. Bnagun pagi ,kulit akan terasa gebu,halus,cerah dan berseri.


5. NUTRIWHITE SPOT WHITENING TREATMENT (10ml)

❥ membaiki kesan-kesan jeragat dengan cepat.

❥ kuasa pencerahan dari ekstrak peony dan likoris berkesan mencerahkan,melindungi serta menghilangkan radang kulit.

❥ vitamin C aktif menjadikan kulit lebih halus dan cerah sekata.




Nak try? Contact me :)


Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah

Facebook : NIRA NAZRI
Instagram : https://www.instagram.com/nira_shaklee_bachok/
Email : umizanaura@rocketmail.com
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426


Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

Sunday, 27 December 2015

Basic-H Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Kenapa saya sukakannya?

Skearang ni banyak orang bercakap tentang green-living,natural-living,organik dan sebagainya. Dah ramai yang back-to-basic,misalnya mengamalkan penyusuan susu ibu,menggunakan lampin kain,kitar semula dan sebagainya.

Disini saya nak kongsikan pencuci serbaguna. Memang serbaguna sangat-sangat dan saya sukakannya! Ianya diperbuat daripada bahan organik,tanpa fostat,bio-degrable,tiada toksik,dan yang bestnya boleh digunakan dengan selamat tanpa membilasnya.

pengedar sah shaklee beris kubor besar,bachok,kelantan




Apakah kegunaan Basic-H Shaklee ini?

1. Sebagai pencuci.

  • cuci tandas,cuci lantai,cuci dinding,cuci pinggang.
  • cuci kesan gris dan minyak.
  • rendam baju terutama baju baby. Rendam 4-5 hari pun takpe..takde bau.
  • rendam kasut sekolah anak tanpa merosakkan kulit kasut. kasut bersih dan tangan tidak menggelupas. ;)
2. Berkebun
  • air siraman tumbuh-tumbuhan yang "berkhasiat". Titiskan berberapa titisan ke dalam botol spray yang diisi air biasa dan spray ke pangkal pokok-pokok di tanam.
  • sebagai penghalau serangga perosak. Sama seperti cara di atas,beza sembur pada bahagian batang dan daun.
  • basuh tangan dengan basic-H sebelum melakukan kerja berkebun.
3. Kegunaan rumah
  • menghilangkan bau busuk ikan. cuma spray saje ke dalam tong ikan.
  • titiskan setitis ke dalam seterika stim bagi menjaga kebersihan bahagian di dalamnya.
  • membersih kesan getah/gula-gula bergetah.
  • boleh di jadikan pengganti febreze.
4. Mencuci cloth diaper / cloth pad
  • rendam CD dan CP dengan basic H,pasti mudah menghilang kesan kotoran. 
  • Sangat banyak kegunaan basic H ni,boleh buat 1001 kegunaan. Bila dah cuba,tentu korang akan jatuh cinta kerana ia memudahkan kerja seharian kita. :)
SINGGAH SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Basic H Shaklee.


♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah
Facebook : NIRA NAZRI
Instagram : https://www.instagram.com/nira_shaklee_bachok/
Email : umizanaura@rocketmail.com
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426


Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

Saturday, 26 December 2015

Lecithin Shaklee yang Best!

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Apakah itu Lecithin?

Lecithin merupakan antara hot stuff produk shaklee. Ramai yang mengambil Lecithin untuk mengawal berat badan. Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya. Soya sumber lecithin paling kaya,paling best dan best kolestrol. Perlu diingat sistem badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin dengan sendiri. Justeru itu,kita disarankan untuk mengambil lecithin berasaskan soya ini untuk melancarkan pengurusan berat dan sistem badan kita.

Kebaikan lecithin shaklee yang best ni ialah satunya sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu. Amaran kepada ibu menyusu jangan sembarangan makan produk kuruskan badan,nanti ibu tak kurus,anak yang kurus dan kadang-kadang kita tak tahu pun kesan sampingan produk pelangsingan di pasaran untuk jangka masa panjang.

Apa yang istimewa,lecithin shaklee ni bebas kolestrol. Bagi yang beli lecithin bertujuan untuk mengawal berat badan boleh ambilnya sebelum makan makanan berat..6 biji setiap hari. Jangan tak tahu yang banyak khasiat lecithin ni di samping pemecah lemak. Jom kita terokai kebaikan lecithin Shaklee.



Kebaikan Lecithin Shaklee


❥ lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan,seperti darah tinggi,stroke,sakit jantung dan lain-lain. ini kerana ia bertindak sebagai pelarut lemak.


❥ Lecithin memecahkan lemak,dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan,dan jika anda turut bersenam,lecithin membantu membakar lemak dengan lebih cepat.


❥ Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.


❥ Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.


❥ Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. Sebab itu elcithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer  disease,lecithin adalah makanan otak dan saraf.


❥ Lecithin dapat membantu insomnia,ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.


❥ Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru-paru dalam mencairkan mukus dan melegakan irritation.


❥ Lecithin membantu mencegah eczema,kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit,rambut).


❥ Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi-sendi badan kita.


❥ Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopouse dan PMS.


Jom try sendiri kehebatannya. Harga sangat murah dan mampu milik!




♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡



 Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah
Facebook : NIRA NAZRI
Instagram : https://www.instagram.com/nira_shaklee_bachok/
Email : umizanaura@rocketmail.com
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426


Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

Jangan Ambil Mudah Gejala Kencing Kotor Ketika Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Kencing kotor ketika hamil ini jangan kita ambil mudah. Jangan pandang enteng! Jangkitan kuman boleh merebak ke buah pinggang dan menyebabkan buah pinggang rosak. Paling menakutkan apabila kuman berjaya merebak ke dalam darah dan boleh menyebabkan kematian. Bukan itu sahaja,ibu hamil berkemungkinan berisiko tinggi berlakunya bersalin bayi pra matang. Ngerikan? So,kata kuncinya jangan ambil mudah!



Urinary Tract Infection (UTI) atau jangkitan kuman di saluran kencing,atau lebih femes di kenali "kencing kotor" adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing,ginjal,slaur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dna salur kencing urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh).

Kuman itu bergerak merentasi urethra dan pundi kencing. Ia akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter. Apabila jangkitan kuman berlaku,pundi kencing menjadi bengkak dan radang.

Punca wanita hamil mudah terkena kencing kotor

  • Wanita lebih mudah mendapat penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus. (Urethra adalah saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing keluar).
  • Perubahan hormon ketika hamil - Ketika hamil,tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah,seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
  • Rahem juga membesar dan menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan air kencing bertambah tersekat. - Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak mengempisdan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak.
  • Air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula,(akibat perubahan hormon) seterusnya menyebabkan kuman bakteria mudah untuk membiak.
Simpton dan gejala pundi kencing kotor
  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak (tak lawas).
  • Terasa sakit dan pedih ketika hendak mengeluarkan air kencing.
  • Terasa tidak selesa di bawah bahagian abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Deman dan seram sejuk,sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga buah pinggang.
  • Sakit pinggang,deman,loya dan muntah.
Tips pencegahan kencing kotor ibu hamil
  • Minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lebih 8 gelas sehari. Air kencing yang jernih menunjukkan kuantiti air dalam badan kita mencukupi. Jika masih lagi berwarna kuning itu menunjukkan badan kita masih lagi kekurangan air.
  • Jangan risau dengan kekerapan membuang air kerana ia sangat bagus untuk proses penyingkiran air kencing kotor ini.
  • Segeralah membuang air kencing jika terasa berbuat demikian. Jangan bertangguh atau menahan kencing terlalu lama kerana ia menggalakkan bakteria membiak dalam pundi kencing.
  • Wanita hamil perlu mengamalkan kebersihan diri dengan baik mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas. Ia bertujuan untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  • Wanita yang hamil digalakkan memakain pakaian di perbuat daripada kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat dan diperbuat dari nilon.
  • Walaupun hamil,aktivit seks boleh dilakukan dengan suami. Nmaun dinasihatkan untuk membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
  • Tukar tuala wanita atau seluar dalam lebih kerap.
  • Kurangkan makanan manis dan minuman berkafein.
  • Amalkan pemakanan vitamin ibu hamil shaklee bagi memastikan tiada komplikasi ketika hamil. In Sha Allah fasa kehamilan dapat dilalui dengan sesuatu yang indah,sihat,dan ceria!
Set Vitamin Kencing Kotor Shaklee

1. GARLIC COMPLEX ~~ bertindak sebagai antibiotik semulajadi.

2. SUSTAINED RELEASE VITAMIN C ~~ meningkatkan sistem badan.

3. OSTEMATRIX ~~ membantu proses penyimpanan dan pelepasan sesetengah hormon. Membantu perkembangan tubuh badan normal,membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.

PERHATIAN !!
  • Jika ibu hamil masih lagi mendapati air kencing kotor dan kelihatan berdarah atau deman yang teruk selama 3 hari,segeralah untuk berjumpa dengan doktor.
  • Doktor akan segera memberi rawatan antibiotik. Jangan lambat berjumpa doktor kerana kencing kotor mudah dan cepat merebak ke buah pinggang.
♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

 

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah

Facebook : NIRA NAZRI
Instagram : https://www.instagram.com/nira_shaklee_bachok/
Email : umizanaura@rocketmail.com
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426


Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 

Asid Folik Mengelakkan Risiko Keguguran

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Hari ni saya berpeluang untuk berkongsi dengan anda berkaitan dengan asid folik untuk ibu hamil. Bagi yang merancang untuk hamil bolehlah ambil asid folik ini sebelum hamil dan tiga bulan pertama selepas hamil.
Ibu hamil harus ambil asid folik dan jangan ambil enteng dengan vitamin ni kerana ia boleh mengelakkan risiko berlakunya keguguran.

Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai folat atau folasin yang merupakan salah satu vtamin kumpulan B,dikenali sebagai B9. Badan kita memerlukannya untuk penghasilan tenaga,penghasilan sel darah merah dan juga norefrinefrine serta serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf).

Ia turut memainkan peranan dalam membantu penghasilan DNA (bahan genetik badan),ia akan memulihkan fungsi otak dan merupakan komponen kritikal cecair tulang belakang. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.

Oleh kerana ia berfungsi sebagai koenzim dalam sintensis DNA dan RNA,ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid folik juga turut terlibat dalam metabolisme protein,dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan folik asid anemia.

Apa itu asid folik?
❥ asid folik adalah Vitamin B yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung.

ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.


Mengapa asid folik penting?

mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neutral tube defect) seperti : gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida). Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung terbentuk (anecephaly/encephalocele).

❥ mengurangkan keguguran,lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

❥ mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi. Sumbing lelangit (cleft palate),kecacatan pada jantung ,pembentukan kaki dan tangan tidak sama (limb reduction),kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system).


Bila asid folik perlu di ambil?
Sebelum mengandung sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran baby. Antara vitamin terpenting yang selalu dibekalkan oleh doktor adalah asid folik.

Siapa yang memerlukan asid folik?
Semua wanita yang berumur 14 tahun hingga 44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung,ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf.

Sumber makanan yang mengandungi asid folik

hati ayam.

❥ daging,ayam,telur.

❥ kekacang.

❥ beras perang,barli,oat.

❥ sayuran hijau,buah,dan sayur warna kuning seperti pisang,buah oren,jaugung,labu dan lain-lain.


Untuk mengetahui lebih lanjut vitamin yang diyorkan oleh ibu mnegandung boleh SINGGAH SINI.

Untuk sebarang pertanyaan,order boleh cobtact nira seperti detail di bawah yep ~~



♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases ♡

 

Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya seperti detail di bawah

Facebook : NIRA NAZRI
Instagram : https://www.instagram.com/nira_shaklee_bachok/
Email : umizanaura@rocketmail.com
Call/Text/WhatsApp : 0129827229/0199582426


Sekiranya anda berada berdekatan dengan nira (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh buat temujanji dengan nira. Penghantaran pos ke Seluruh Malaysia,Sabah,Sarawak dan Brunei. Konsultasi percuma akan di berikan dengan setiap pembelian Vitamin daripada nira 
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016