Wednesday, 10 December 2014

Pengalaman Bersalin Normal : Untuk Aisy Naadim

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Selepas mendapat keputusan dengan doktor pakar,umi boleh bersalin normal,suka yang teramat. Yela,masa abang Naufal,umi terpaksa pembedahan sebab bukaan jalan umi terbantut. Setelah drip 10 jam masih tiada bukaan cm,doktor mencadangkan umi bersalin secara pembedahan. Tapi,entri ni umi nak share tentang pengalaman bersalin secara normal. 

30 hb november 2014.,pagi tu umi terasa sakit pada bahgian perut.. kejap-kejap umi nak masuk toilet,ada la ulang dekat 10 kali masuk toilet, dan 3x tu umi buang air besar,sekali umi cirit. Memang umi tak tahu tu kontraksi sebab masa abang naufal umi tak rasa semua ni. Masa sakit tu dalam jam 10 pagi,dan umi catat kontraksi tu dalam group sembang ibu hamil. Dalam group tu ada umi,kak sue dan kak azah. Dorang banyak memberi sokongan dan beritahu yang umi sakit tu adalah kontraksi. Lucu la pulak,anak nak masuk 2 orang,tapi kontraksi pun tak tahu!

Ayah masih bekerja,tengahhari umi call ayah dan beritahu sakit perut. Umi minta ayah pulang awal sebab nak pergi hospital. Petang tu ayah pulang pukul 5.30. Umi masih bertahan dengan kontraksi yang kejap-kejap selaan masa tepat,kejap-kejap selaan masa lambat sikit. Jadi,selepas maghrib umi minta tok ma sediakan telur masak separuh,seingat umi,malam tu umi makan 4 biji telur masak separuh. Haaaha,semangat nak jumpa babyA lah katakan,sebab sakit yang amat. Lepas makan telur,umi minta tok ma buatkan milo panas + planta. Orang cakap boleh membantu mempercepatkan bukaan. 

Dalam pukul 8 ayah hantar umi ke hospital. Masa tu tok ma dan abang Naufal ikut sekali. Ohya,ciksu pun pergi sebab dia nak jaga umi ketika dalam ward nanti. Thankyou ciksue. 
Setelah sampai di Hospital,ciksu pergi buat pendaftaran dan ayah cari parking. Parking kat HUSM susah sikit nak dapat. Sementara ciksue pergi daftar,staff hospital hantarkan umi ke bilik untuk buat pemeriksaan.

Lama juga umi tunggu untuk buat pemeriksaan jantung babyA,alhamdulillah semua urusan pada malam tu dipercepatkan olehNYA. Syukur. Selesai cek jantung babyA,cek bukaan cm,baru 2 cm..Hah? Sakit macam ni baru 2 cm??? kalau bukaan lagi banyak,mesti azab lagi sakitnya. Aduhai.. sabar.
Umi minta ayah balik dulu,sebab dah larut malam. Kesian kat abang Naufal dan tok ma. Naufal ajak umi balik. Masa tu memang rasa nak gugur air mata,dengan rayuan abang Naufal. Umi tak pernah tinggalkan abang Naufal. Umi pujuk abang Naufal,abang balik dengan ayah ya,umi tak boleh balik. Umi kena tidur sini. Lepas tu dia okay dan salam umi. Umi cium dia. Ya Allah..sebaknya tengok muka Naufal.

Dalam pukul 11 lebih umi di hantar ke ward. Masa tu ciksue tak boleh menunggu. Ciksue kena tidur dan tunggu di balai menunggu. Kesian ciksue. Sebelum tidur,umi SMS ayah tanya abang Naufal dah tidur ke? Katanya dah,alhamdulillah. Lega umi. Tapi dalam lega umi tak dapat tidur. Sebab kontraksi datang menyerang. Sakit. Umi ulang alik dalam ward tu. Kejap pergi toilet,kejap pergi beritahu staffnurses sebab umi dah sakit. Tak boleh tahan. Ya Allah,macam ni rasanya sakit kontraksi. 

1 hb disember 2014 .Jam menunjukkan 3 pagi,umi masih tak boleh tidur. Tengok orang sebelah kiri kanan,tidur dengan nyenyak. Jeles umi. Malam tu entah berapa kali umi SMS ayah beritahu tak boleh tidur dan minta ayah doakan umi supaya cepat bersalin dan dipermudahkan semuanya. Umi juga minta maaf pada ayah.

Sejak masuk ward,umi tak boleh sentuh makanan yang disediakan oleh pihak Hospital. Perut umi tak boleh terima. Seingat umi,umi hanya makan kurma dan minum air zam-zam sambil berselawat. Menahan kesakitan. Pagi tu umi baca Yassin. Supaya umi lupa tentang kesakitan ni. Ciksue pun ada juga mengaji dan umi perasan,sambil mengaji ciksue menangis. Mungkin dia tak tahan tengok umi dalam kesakitan. Bila ciksue tengok umi mengerang kesakitan,dia urut belakang umi pada bahagian pinggang. Hilang sikit rasa sakit tu.

Pagi tu doktor datang buat pemeriksaan,umi minta bersalin secara pembedahan. Dia tanya kenapa nak bersalin secara pembedahan? Umi cakap,umi dah tak tahan. Sakit sangat. Dalam ward,3kali umi rayu dengan doktor supaya lakukan pembedahan. Dia cakap orang lain boleh bersalin normal,kenapa awak tak boleh?? Umi senyap. Takde jawapan.

Petang tu tok mek dan pak ngah datang melawat. Umi tengok muka tok mek suram. Mungkin dia sedih tengok anaknya kesakitan. Umi dah nak nanges sebenarnya,tapi tahan je. Umi nanges bila semua orang dah takde. Malu nak nanges depan orang. Petang tu cek bukaan baru 3 cm. Sakitnya Ya Allah...Umi call ayah,umi nanges2 cakap dah tak tahan sakit. Ayah cakap sabarla dan berikan kata-kata semangat yang lain. Ayah bekerja,tak boleh datang melawat. Umi faham dengan kerja ayah.

Malam tu umi cuba lelapkan mata,tak boleh. Sakit makin kerap. Umi minta ubat penahan sakit dengan misi,tapi dia tak bagi. Katanya kalau bagi,bukaan jalan umi akan terbantu. Dalam pukul 11 malam umi minta misi cek bukaan cm. Bila cek dah 5cm.Umi beritahu misi tu cakap nak bersalin secara pembedahan,dia dengan lemah lembut nasihat kat umi. Alhamdulillah umi dapat misi yang baik-baik kat sana. Bila dengan nasihatnya,rasa hilang sekejap sakit tu. Misi tu cakap,memandangkan bukaan jalan dah 5 cm,dia akan hantar umi ke dewan bersalin. Umi call beritahu ciksue dan beritahu ayah. Dan minta ayah doakan umi agar semua dipermudahkan olehNYA dan selamat.

2 hb disember 2014. Umi di hantar ke dewan bersalin jam 12.35 pagi. Masa tu umi di berikan ubat penahan sakit. So,lepas tu,umi tertidur. Sehingga jam 3.30 pagi. Mungkin ubat tu dah habis dan rasa kontraksi yang teramat sakit. Umi sakit.. Umi sorang-sorang dalam tu sebab ayah kat rumah. Temankan abang Naufal. Dan umi sedia maklum ayah memang tak boleh teman umi dalam dewan bersalin. Umi faham. Takpe,umi tak kisah. Ayah mabuk darah. Kang ayah yang pengsan pulak. hikhikhik.

Pagi tu suruh misi cek,bukaan 6 cm dalam jam 7 pagi. Ya Allah,lamanya nak tunggu bukaan penuh. Umi cuba lelapkan mata,tapi tak boleh. Yang umi mampu berzikir...berzikir..dan berzikir.. Nasib tak nanges. hehehe.. Pukul 7.20 pagi sebelum pergi kerja,ayah singgah ke dewan bersalin. Masa tu umi cakap,ayah...sakit.. Ayah cakap,sabarlah,ayah cakap banyak pahala umi dapat dan banyak dosa di hapuskan. Ayah singgah 10 minit je sebab kena masuk kerja. Kemudian Umi salam ayah dan minta maaf sekali lagi.

Jam 7.40 pagi,umi nak berak. Umi cakap kat misi,misi..saya dah tak tahan ni. Nak berak sesangatttttt.. Kemudian dia cek jalan umi. Katanya bukaan dah full. Alhamdulillah,daripada 6 cm pukul 7 pagi,dan 10 cm jam 7.40. Misi tu pun panik sebab bukaan dah full dan kebetulan doktor laki lalu lalang kat situ. Dia minta doktor laki tu sambut kelahiran. Bila sakit doktor tu suruh berak.. Umi tak pandai nak kawal nafas. Umi tak boleh teran..umi tak pandai. Umi beritahu doktor laki tu,tolong doktor,saya tak boleh..saya tak boleh. Kemudian,dia marah umi..dia cakap.orang lain boleh kenapa awak tak boleh. Dalam 15 minit tengok umi masih gagal,dia panggil doktor perempuan untuk tolong. Katanya bila sakit terus berak. Berak betul-betul,jangan main-main. Doktor perempuan tu tolong besarkan jalan umi,umi masih terasa dia gunting. Ya Allah,masih tak boleh. Doktor laki tu cakap,dah nampak rambut anak awak..,anak awak kuat semangat nak jumpa awak. Kenapa awak tak boleh?? Lagi sekali umi sebak. Sebak sebab masih gagal teran dengan betul. 

Umi try the best,umi teran lagi. Sambil umi teran doktor perempuan tu cakpa,good! Good! Berak lagi,berak lagiiii..okay good!. Namun setengah jam masih lagi gagal. Umi giveup! Sirielsy umi dah tak boleh. Doktor perempuan tu cakap,kalau awak masih tak boleh teran,boleh menyebabkan anak awak lemas. Masa tu umi tak fikir benda lain,umi fikirkan babyA je. Umi taknak apa-apa jadi kat dia. Tapi,umi gagal untuk teran. Kemudian doktor perempuan tu minta bantuan doktor lain. Kira-kira 3 orang doktor yang tolong umi dalam proses bersalin babyA. 

Yang doktor perempuan kedua tolong tolak babyA keluar. Umi dah berpeluh. Doktor perempuan kedua ni lap peluh umi sambil azankan umi,selawat dan bacakan doa. Dengan suara lantang dia sebut Allahuakhbar dan umi pun dengan sekuat hati sebut Allahuakhbar,.... sekali teran babyA keluar. Ya Allah.. Ya Allah. Umi mampu sebut tu je bila rasa baby dah keluar. Allahuakbar. Rasa lega yang teramat. Yang tak boleh di beritahu kepada sesiapa. Doktor laki tu tolong azankan AISY NAADIM. Selepas di azankan,doktor letak Aisy di dada Umi. Sebak. 

YA ALLAH..begini rasanya bersalin normal. Ini adalah pengalaman paling berharga buat umi.



Alhamdulillah. Umi selamat lahirkan seorang bayi lelaki pada 2 hb disember 2014 dengan berat 3.21kg. Nama pilihan umi dan ayah AISY NAADIM bin NAZRI. Bermaksud KEHIDUPAN YANG BERTAUBAT. Nama ni umi minta pandangan daripada ustazah, 

Umi doakan Naadim menjadi anak yang soleh,berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah. :))



♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋




Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu


Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016