Friday, 14 November 2014

Shaklee Bachok : Ubah Tabiat Makan Anak

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Memang sedikit mencabar untuk kita mengubah tabiat makan anak. Tetapi,kita sebagai ibu bapa harus kuat untuk mengubahnya..tidak boleh kalah kepada anak-anak. 



Entri ni nira kongsikan serba sedikit untuk mengubah tabiat makan anak-anak. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.


  1. Kita sebagai ibu bapa harus pamerkan contoh pengambilan diet seimbang kepada anak. Kalau boleh jangan pamerkan depan anak-anak yang kita makan jajan atau benda yang tidak berkhasiat di depan mereka.
  2. Sediakan makanan dan stok menyihatkan pada masa di tetapkan bagi mengelakan keinginan mendadak terhadap makanan yang tidak sepatutnya.
  3. Makan di kawasan tertentu sahaja. Means,makan di dapur dan jangan benarkan mereka makan sambil menonton TV atau membuat kerja sekolah. Keadaan ini akan menyebabkan mereka berasa sudah kenyang.
  4. Amalkan waktu makan sebagai acara meriah dengan menikmatinya bersama keluarga.
  5. Ajar anak mengunyah dan menikmati secara perlahan-lahan. Otak memerlukan masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk menerima isyarat kenyang daripada badan. Makan secara perlahan juga akan mengelakkan makan berlebihan.
  6. Jangan menyimpan banyak makanan ringan yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi di rumah.
  7. Elakkan hari riadah keluarga sebagai "program" untuk menikmati makanan segera secara rutin.
  8. Ajak anak untuk turut serta dalam proses penyediaan makanan bagi tujuan menyedarkan mereka mengenai bahan yang digunakan dalam makanan mereka.
  9. Usah gunakan makanan untuk memujuk anak,sebaliknya berikan lebih perhatian,dengar masalah dan peluk anak bagi membantu mengurangkan kesedihan mereka.
  10. Makanan juga jangan dijadikan ganjaran kerana ia boleh menanam idea makanan boleh digunakan sebagai satu cara untuk mendapatkan keseleasan dalam diri anak.
  11. Elakkan meraikan sesuatu dengan makanan segera,sebaliknya berikan hadiah,tengok wayang ataupun benarkan mereka bermalam di rumah kawan sebagai ganjaran. Pastikan kita kenal ibu bapa kawan anak.
  12. Galakkan anak minum air kosong supaya ia dapat mengurangkan rasa lapar. Minuman manis dan berkarbonat adalah salah satu punca obesiti dalam kalangan mereka.
  13. Prihatin dengan saiz hidangan yang diberi kepada anak serta apa yang terkandung dalam makanan itu.



****************************************
PROMOSI NOVEMBER
OMEGA GUARD
BELI 6 PERCUMA 1
BELIAN TWIN PACK,JIMAT 5%

****************************************


♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋




Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu


Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016