Tuesday, 4 November 2014

Shaklee Bachok : Petua Cantik

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Wohaaa! Tengah buat apa tu mummy-mummy,adik-adik,kakak-kakak,abang-abang semua?? Hehehee..petang-petang ni kita santai je yek..kan termuntah pulak korang asyik baca pasal vitamin Shaklee.. hikhikssss.. 

Petang ni nira nak share lagi petua cantik. Biasalah,kita kan suka sesaaaangat dengan perkara-perkara yang melibatkan kecantikan ni.. yang senang tu boleh kita amalkan..yang susah tu kita telan je vitamin.. ;)) Okay??

PETUA 1 : Asam jawa hapuskan bau kaki.

Jika anda mempunyai kaki berbau (sila cium kaki anda..kihkih),ambil segenggam asam jawa dan dua sudu garam. Kemudian rendam kaki anda dalam campuran tersebut. Gosok celahan jari kaki dengan asam jawa. Bukan sahaja anda akan dapat menghilangkan bau kurang enak bahkan mengatasi masalah kegatalan pada kaki.



PETUA 2 : Nenas remajakan kulit.

Gunakan nenas sekiranya wajah anda kusam. Kisar nenas dan dapatkan jusnya. Jika terlalu pekat campurkan dengan sedikit air. Untuk lebih baik,campurkan bersama jus lobak merah. Selain untuk meremajakan kulit,ia juga dapat mencerahkan kulit. Rendamkan tisu ke dalam campuran tadi,dan jadikan masker. Biarkan ia kering sebelum di basuh dengan air suam. 



PETUA 3 : Kentang legakan kulit terbakar.

Suka berjemur?? Kalau kulit terbakar akibat berjemur,ambil sebiji kentang dan kukus sehingga empuk. Tidak perlu di buang kulit ya!. Setelah masak,lecekkan kentang sehingga hancur. Letakkan pes kentang pada kulit wajah untuk memberi sensasi nyaman dan kesegaran semula.



selamat mencuba dengan petua yang di kongsikan. ;)



♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋




Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu



Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016