Friday, 7 November 2014

Shaklee Bachok : Kebaikan membaca Ad-Dukhan

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Nira ingin kongsikan kebaikan membaca Surah Ad-Dukhan. Semoga ianya menjadi amalan harian kita untuk membacanya. :))

Fadhilat dan Hikmah Membaca Surah Ad-Dukhan.

AD-DUKHAN (bererti asap) adalah Surah yang ke 44 di dalam Al-Quran,mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammd SAW,bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan keburukan yang dasyat.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menyatakan fadhilat,faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca Surah Ad-Dukhan ini. Di antaranya Hadis-hadis yang bemaksud :

Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Abu Hurairah bahawa sesiapa yang membaca Surah Ha Min Ad-Dukhan setiap malam,maka pada esok harinya tujuh puluh ribu malaikat memohonkan keampunan baginya.

Diriwayatkan oleh At-Tabrani dari Umamah,bahawa sesiapa yang membaca Surah Ad-Dukhan pada malam atau hari Jumaat,maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam Syurga.

Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari Khalil bahawa di dalam Al-Quran terdapat tujuh Surah yang dimulai dengan "Ha Mim" akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah : Ya,Allah!janganlah Engkau masukkan (ke dalam neraka ini) orang yang percaya kepadaku dan membacaku.

Sebagai seorang Islam yang mencintai kebahagian hidup di akhirat nanti,amalkan seberapa banyak membaca Surah Ad-Dukhan,sebaik-baiknya setiap hari.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata,Nabi SAW bersabda :"Sesiapa membaca Haa Mim Ad-Dukhan pada malam jumaat,maka diberi keambpunan baginya." (HR Ibnu Katsir)





♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋




Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016