Tuesday, 18 November 2014

Shaklee Bachok : 6 Perubahan tubuh selama hamil

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Tengah buat apa tu semua? Hujan lebat kat luar sana,buat mata ni cepat je nak layu. *alasan sebenarnya nak rehat-rehat*. 

Entri ni nira nak share pasal perubahan tubuh selama kita hamil. Mungkin boleh tambah ilmu apa yang kita tak tahu.. *ewah*



Sebenarnya setiap perubahan selama kehamilan adalah antara persediaan tubuh untuk bayi anda sendiri. Oleh itu,janganlah takut atau sedih.Ianya adalah normal. :))

1. Perubahan Mood
Sindrom pra haid (PMS) dan kehamilan sebenarnya ada banyak persamaan. Antara simpton yang sama ialah payudara bengkak dan mood anda cepat sensitif. Iaitu mudah marah. Perubahan mood memang tidak boleh dijangka dan biasanya ia akan belaku pada trimestrer pertama dan boleh berterusan sehingga trimester ketiga.

2. Peningkatan Saiz Payudara
Peningkatan saiz payudara merupakan salah satu perkara biasa pada waktu kehamilan. Biasanya ia akan mula membengkak pada trimester pertama dan ini kerana hasil peningkatan hormon estrogen dan progesteron. Perkembangan ini tidak akan berakhir dalam masa yang singkat dan ia akan berterusan sepanjang kehamilan.

Perubahan ini juga akan memberi kesan kepada tulang rusuk. Ketika hamil.kapasiti paru-paru meningkat sekali gus menambahkan saiz dada membesar. Perubahan ini membolehkan anda dan bayi mendapat bekalan oksigen yang cukup. Saiz coli juga mungkin anda perlu menukarnya dengan lebih kerap.

3. Kulit Cantik atau Kusam
Ketika hamil akan berlaku peningkatan jumlah darah dalam tubuh berlaku dan di bawa ke saluran darah. Juga lebih banyak kelenjar minyak dirembeskan. 

Ada sesetengah wanita kulitnya lebih berseri dan ada juga sebaliknya. Bagi mereka yang bermasalah biasa akan mengalami tompok hitam. Jerawat dan jeragat juga perkara biasa dialami selain masalah kulit meregang di bahagian abdomen boleh menyebabkan kesakitan dan rekahan.

4. Rambut dan Kuku
Hormon yang di rembes oleh tubuh akan menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih cepat dan amat kurang gugur. Perubahan ini tidak kekal. Wanita akan mengalami keguguran rambut selepas melahirkan atau selepas berhenti menyusu badan. Ada juga segelintir wanita yang mendapati rambut tumbuh pada bahagian yang tidak sepatutnya seperti muka,perut atau sekitar puting. Tidak kurang juga yang mengalami perubahan tekstur warna rambut.

Kuku sama seperti rambut boleh berubah sepanjang kehamilan. Sama ada tumbuh lebih cepat,kuku lebih senang pecah dan merekah.

5. Kaki Membesar
Ada ibu yang terpaksa menukar saiz kasut akibat pengumpulan air di dalam tubuh. Kebanyakan wanita mengalami bengkak kaki dan perlu memakai saiz kasut yang lebih besar.

6. Pergerakan Sendi
Sewaktu hamil,tubuh anda menghasilkan hormon yang dikenal sebagai relaxin. Ia dipercayai membantu bahagian bawah pelvis san serviks membuat persediaan sebelum kelahiran.

Relaxin boleh melonggarkan tisu yang menghubungkan tulang. Jadi,sewaktu bersenam atau mengangkat barang lakukan secara perlahan-perlahan. 
Elakkan pergerakan yang terhentak-hentak bagi mengelakkan bahagian bawah pelvis dan serviks terbuka lebih cepat daripada waktu sepatutnya.



****************************************
PROMOSI NOVEMBER
OMEGA GUARD
BELI 6 PERCUMA 1
BELIAN TWIN PACK,JIMAT 5%

****************************************


♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋




Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016