Tuesday, 11 November 2014

Segalanya tentang buah

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Haiiii semua.... apa khabar?? Harap semuanya sihat hendaknya lah ye.. :)) Entri kali ni nira nak share info berakitan buah-buahan.. Sape sini tak suka makan buah??? Rasanya semua suka kan..tipulah kalau cakap tak suka buah.. heeeehee..

Jom kita tengok apakah rahsia di sebalik keenakan buah yang korang suka makan tu...

RAJA BUAH.. Ofkoslah buah durian kan.. juga di gelar The King Of Fruit bukan kerana aromanya yang kuat tetapi juga kandungan gizi yang lengkap berbanding buah-buahan yang lain. Menurut penelitian dari Ohio State University,phytonutrient dalam buah durian mampu mematikan zat penyebab kanser,meningkatkan ketahanan tubuh,mencegah kanser,diabetis dan penyakit jantung.


KIWI pula membantu meredakan asma. Buah kiwi memberikan kesan yang baik kepada kanak-kanak yang mengalami asma. Dengan memakan buah kiwi,ia membuatkan penghidap asma mendapat kondisi pernafasan yang lebih baik dari sebelumnya. Dikatakan kanak-kanak yang makan buah kiwi sebanyak 5-7 hidangan setiap minggu dapat mengurangkan gejala ini sehingga 50% berbanding kanak-kanak yang makan sedikit buah-buahan.



STRAWBERI buat gigi putih. Rasa yang masam manis ini mengandungi zat untuk memutihkan gigi dan mengubah warna gigi menjadi lebih putih. Pakar gigi di New York mengatakan strawberi adalah cara paling murah untuk memaniskan senyuman anda. Caranya,gosok strawberi pada gigi dan biarkan selama 5-10 minit. Selepas itu,barulah anda menggosok gigi. Jangan terllau kerap kerana kandungan asid di dalam strawberi dapat merosakkan enamel gigi.



Semanis LAICI.. Kadang-kadang buah ini di olah ke dalam tin dan di jadikan bahan campuran dalam minuman sejuk. Rasanya seperti rambutan dan kenyal. Keenakan buah ini diperkuatkan lagi dengan khasiatnya pada kesihatan. Dalam Indian Times,buah laici mengandungi zat besi di mana ia membantu mengimbangkan jumlah hemoglobin dalam darah. Ia juga mengandungi Oligonol yang bertindak sebagai antioksidan,melindungi kulit daripada sinaran UV dan meningkatkan stamina.




Okay..so kepada anda yang tak suka makan buah,fikir sampai 10 kali ya.. sebab dalam setiap jenis buah ada rahsianya yang unik dan bagus untuk kesihatan kita. :))




♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋




Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016