Wednesday, 19 November 2014

Penyakit Kulit - Psoriasis

Assalamualaikum dan Salam Sayang 



Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat daripada kulit normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adlaah kulit kepala,lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian lain termasuk kuku dan tulang.

Tanda-tanda :
Ianya adalah berlainan pada setiap individu dan termasuklah :

Keguguran sisik pada kulit 
Tompok-tompok merah pada kulit kepala,siku,lutut dan bahagian lain pada badan. Gatal tetapi pada tahap yang berbeza.

Jenis-jenis psoriasis

  • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok.
  • Dalam kalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospitla di panggil erythrodermic psoriasis.
  • Lampin psoriasis.
  • Pustular psoriasis - adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk di mana ia boleh menimbulkan kesakitan.
  • Guttate psoriasis.
  • plaque psoriasis (bertompok dan timbul).
Komplikasi 
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah :
  • Sendi hujung pada jari tangan atau kaki.
  • Bahagian belakang,pergelangan tangan,lutut atau pergelangan kaki.
Rawatan (bergantung lokasi dan keterukan kulit terlibat)
Krim dan ubatan yang boleh melegakan.

Pelembap
  • Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
  • Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap.
  • Menggunakan sarung tangan.
  • Memotong pendek kuku jari dan tangan untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak.
Ubatan dan krim
  • Doktor akan memberi ubatan seperti :
  • Krim yang berasaskan coal tar (arang),kortison dan lain-lain jenis pelembap.
  • Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol.
  • Cahaya ultraviolet  dan fototerapi PUVA.
Di mana untuk mendapat rawatan?
Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa dengan dengan doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda.

Perlu diingat !
Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.


Sekiranya anda atau sesiapa yang sahaja yang mengalami penyakit ini,boleh contact nira. Nira sedia membantu anda mengawal penyakit ini.




****************************************
PROMOSI NOVEMBER
OMEGA GUARD
BELI 6 PERCUMA 1
BELIAN TWIN PACK,JIMAT 5%

****************************************



♡♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases♡♡



♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋




Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu



Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016