Thursday, 13 November 2014

Checkup BabyA :36 Weeks

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Fuh..baru sempat nak hapdet blog untuk harini.. terlampau bizi mengalahkan Perdana Menteri nampak gayanya..*______*. Harini pepagi lagi dah keluar rumah..dalam pukul 7.suku turun rumah untuk pergi ke hospital. Masa tu suami pun tak turun pergi kerja lagi.... haaaa,awal kan??

Harini kena jumpa dengan doktor pakar. Untuk tengok keadaan nira dan babyA. Start pendaftaran pukul 8..masa daftar okayla,nak cakap ramai tu,memang ramai..tapi,bila pintu bukak,nira cepat-cepat pergi beratur untuk mendapatkan nombor. Daptlah no 9.

Selesai pendaftaran terus ke klinik O & G. Ingatkan dah tak perlu daftar,tapi kat sana pun kena daftar jugak. Adoi,first time pergi kat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Sebab tu tak tahu sangat prosedur dia. Okay,di pendekkan cerita,selesai kat situ,terus masuk satu ruangan menunggu,alahaiii mak oi,ramainya orang.. masa tu dalam pukul 8.40 pagi camtu... lepas cek urin test semua,misi suruh tunggu dan boleh jumpa pakar bila nombor di panggil.

Boleh di katakan lama jugak waktu menunggu tu,dah naik boring sebenarnya. Dahla pergi sesorang,tengok suami orang lain teman wife dia,tapi nira sorang-sorang jee...(sobbbb..sobbbbb,ambil tisu lap hingus..). Nira faham kerja suami macam mana,dan nira tak kisah sangat kalau suami tak boleh teman. Dah biasa pergi mana-mana sendiri..tapi,kalau time dia cuti ke apa,dia akan temankan nira..hehhee..

Tibalah giliran nira untuk berjumpa dengan pakar. Pakr ni doktor cina,baik..peramah.. Mula-mula dia tanya sejarah nira tentang anak sulung..maka blaaa..blaaa..blaaaa nira cerita kat dia.. kemudian dia ajak pergi scan,untuk lihat kedudukan uri. Sebab nira ada masalah uri sikit. Masa scan tu,dia tunjukkan kepala baby,jantung baby.. happy sesangat..alhamdulillah dengan rezeki ni.. *___________*

Selesai scan,dia pun cakap,nira boleh beranak normal..kemudian jelaskan serba sedikit risiko beranak normal dan risiko jika perlu lakukan pembedahan kali kedua. InsyaAllah,nira sentiasa berdoa agar yang kedua ni boleh bersalin normal. Dengan izinNYA apa-apa boleh berlaku. 

Sekarang,nira perlu persiapakan diri,sebab bila-bila masa je babyA akan di hantar ke dunia. Tak sabar nak jumpa babyA. 



Doakan nira selamat bersalin ya.. :)

****************************************
PROMOSI NOVEMBER
OMEGA GUARD
BELI 6 PERCUMA 1
BELIAN TWIN PACK,JIMAT 5%

****************************************




♡♡These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration.These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases♡♡



♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋




Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu


Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016