Wednesday, 1 October 2014

[Cabaran 31 Hari] Hari 1 - Siapa Saya dan 3 Perkara Mengenai Saya

Assalamualaikum dan Salam Sayang 


Rasa macam nak cabar diri sendiri jeeee..biasa orang lain buat sebab terima cabaran daripada orang lain. Tapiiii saya pulak nak cabar diri sendiri. Agar boleh hapdet blog 1 entri setiap hari. Hikhikhik. Sebenarnya nak belajar disiplinkan diri,sebab saya ni jenis tak berdisiplin. So,kita tengokkkk ya. Agak-agak boleh jalankan cabaran ni dengan jayaaanya atau tak ya!

Siapa Saya?

Saya merupakan seorang umi kepada seorang anak. Merangkap nak masuk dua dah. Due babyA ni 11.12.2014. Tak lama lagi keluar lah dia. InsyaAllah. Umur mudaaaa lagi tauuu,baruuu 24 tahun. kihkihkih. Seorang isteri kepada seorang lelaki yang bernama Nazri. 

Nah belanja gambar setepek untuk korang kenal. (macammmm la ada orang nak tengok!!). Tapi tak kesah lah,nak syok sendiri. Bukan kena bayar pun kan. Hehehhee



3 Perkaran Mengenai Saya..jengggg..jenggg..!

1. Sangat obses kepada warna pepel dan pink!
Entahlaaaa..bila tengok 2 warna ni,macam naik hantuuu je.. apa-apa barang mesti beli 2 warna feveret nih. Sampai MIL tanya dah takde warna lain ke nak beli. Sampai baju anak laki pun banyak warna pink dan pepel. hehehheee.

2. Suka makan laksa penang.
Ohhhhh hari-hari makan laksa penang pun boleh tauuu. Langsung tak jemu. Nak-nak kalau yang buat sendiri. Memang akan masukkan cili padi bebanyyakkkk.. Uhhhhh sedapppp tau. Tapi sekarang kena kontrol sikit makan,sebab tengah peknen kan. Tak boleh makan banyak sangat.

3. Sangat sukakan bisnes.
Sebenar benarnya lagi benar dan memang benar langsung tidak sukakan bisnes. Ingat lagi mak suruh buat bisnes,nira tolak. Alasaaaaannya tidak lain,tidka bukan,melainkan TAK MINAT! Tapi,sekali terjebak memang jatuh chintttttaaaa habis dengan dunia bisnes nih. Memang best bila surirumah dan ada pendapatan sendiri. Bolehla save sikit-sikit duit hasil bisnes tu. *____________*.

Okay,tu je lah untuk entri nih.Nanti korang akan tahu serba sedikit pasal nira selama 31 hari. Heehheheee
Okaylah..selamat malam semua.


Nak order produk shaklee? Atau nak jana pendapatan bersama Shaklee? Hubungi nira melalui cara di bawah :


Nira Nazri (ID 1078451)




Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016