Monday, 20 October 2014

Shaklee Bachok : Penyakit Jantung

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Penyakit jantung merupakan penyebab ketidak-upayaan dan kematian pra-matang bagi rakyat Malaysia pada masa kini.



Jenis-jenis penyakit jantung

1. Penyakit jantung kongenital (berlaku sejak dalam kandungan)
- jantung berlubang.
- kecacatan injap jantung.

2. Penyakit jantung bukan kongenital (akibat cara hidup yang tidak sihat atau akibat jangkitan)
- penyakit jantung reumatik.
- penyakit jantung infektif.
- penyakit jantung koronori (paling kerap berlaku)

Penyakit jantung ia berlaku akibat daripada penimbunan tisu gentian lemak di dinding arteri. Timbunan ini boleh mengakibatkan arteri koronori menjadi smepit dan separa tersumbat.

Ini mengakibatkan angin pektoris atau sakit dada kerana pengurangan aliran darah ke otot jantung. Arteri koronori yang tersumbat sepenuhnya boleh menyebabkan serangan jantung.

Tanda-tanda serangan jantung

  1. Sesak nafas
  2. Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher.
  3. Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pesakit pitam atau pengsan.
  4. Berpeluh dingin.
  5. Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas.
  6. Pening kepala dan berasa loya.
Faktor-faktor risiko penyakit jantung koronori.
  1. Risiko meningkat dengan peningkatan umur.
  2. Jantina : kajian menunjukkan kaum lelaki mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
  3. Keturunan : jika terdapat sejarah ahli keluarga yang menghidap penyakit ini,ia akan meningkatkan risiko anda.
Faktor yang BOLEH diubah.
  • Tabiat merokok.
  • Kolestrol tinggi dalam darah.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Pesakit diabetes.
  • Cara hidup sendentari.
  • Berat badan berlebihan.
  • Stres yang tidak ditangani dengan bijak.
Langkah pencegahan penyakit jantung

1. Lakukan pelbagai jenis senaman dan aktiviti fizikal 
- Anda boleh melakukan pelbagai jenis senaman untuk menguatkan jantung seperti berjalan,berjoging,berenang,berbasikal,melakukan senamrobik dan bersukan.

2. Amalkan pemakanan yang sihat 
- Makan pelbagai jenis makanan berpandukan piramid makanan.
- Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.
- Makan nasi dan produk bijiran lain secukupnya dengan memberi keutamaan kepada bijiran penuh.
- Makan lebih banyak sayuran dan buah-buahan.
- Pilih makanan yang rendah lemak dan kolestrol.
- Pilih makanan yang kurang kandungan gula dan garam.

3. Kawal berat badan
- Untuk mencapai indeks jisim badan yang ideal.
- Lakukan perubahan. Kurangkan berat badan anda secara beransur-ansur. Penurunan berat badan yang disyorkan adalah lebih kurang 0.5 kg seminggu.

4. Kawal stres
- Rancang masa secara bijak.
- Ketahui kemampuan diri.
- Berfikiran secara positif.
- Tangani kritikan dengan bijak.
- Buat keputusan dengan bijak.
- Jalin persahabatan.
- Rancang perubahan dalam hidup.
- Kongsi masalah dengan orang lain.

5. Kawal diabetis (jika anda seorang penghidap diabetis)
- Kawal paras gula dalam darah melalui senaman dan pemakanan sihat.
- Kawal berat badan.
- Patuhi nasihat doktor dan ambil ubat mengikut jadual.

6. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
- Pemeriksaan kesihatan secara berkala boleh mengesan awal faktor-faktor risiko penyakit jantung supaya pencegahan dapat di lakukan.
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berjadual sekiranya anda berumur 35 tahun ke atas.
- Bagi anda yang berumur di bawah 35 tahun tetapi berisiko tinggi,anda di nasihatkan untuk menjalani pemeriksaan saringan kesihatan untuk mengetahui tahap:
~~ glukos 
~~ kolestrol darah
~~ tekanan darah
~~ komposisi lemak badan.

Sangat disyorkan COQ10 Health untuk kesihatan jantung.


CoQ Health Shaklee mengandungi CoQ10 iaitu bahan yang didapati secara semulajdi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel,mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. Saintis percaya radikel bebas menyumbang kepada proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung dan kanser. Antioksidan seperti CoQ10 ini bukan sahaja menutralkan radikal bebas ,malah boleh mengurangkan dan membantu sesetangah kerosakan yang di sebabkan oleh radikal bebas ini.

Jika anda berminat untuk mendapat produk ni,boleh contact seperti di bawah :



Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu




Post a Comment