Wednesday, 22 October 2014

Shaklee Bachok : Panduan Pilih Pam Menyusu.

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Pam Menyusu amat penting bagi ibu yang bekerja. Hal ini kerana,mereka perlu menyiapkan stok untuk anak ketika mereka bekerja. Tidak kurang juga bagi surirumah yang perlu keluar pergi sana-sini dan meninggalkan anak untuk seketika waktu (seperti nira yang perlu jumpa customer,hantar barang dan lain-lain). So,pam susu memang amat berguna dan penting untuk ibu yang ingin menyusukan anak. Penggunaan pam susu amat di syorkan.

Dalam membuat pelbagai pilihan,terdapat beberapa faktor yang perlu anda ambil kira. Antaranya :

1. HARGA
Pam susu dijual dalam pelbagai harga. Oleh itu,belilah mengikut kemampuan,anggaplah ia sebagai satu pelaburan untuk jangka masa panjang kerana penyusuan ibu jauh lebih menjimatkan. Pam jenis manual dan bateri amat di syorkan jika anda sukar untuk mendapatkan bekalan elektrik. Sekiranya anda mempunyai bajet,boleh pilih yang elektrik dan bateri.

2. MUDAH DIGUNAKAN
Pilihlah pam yang mudah digunakan,mudah disimpan dan dibersihkan tanpa mengambil masa yang lama. Kerana anda perlu mengepam setiap 2-3 jam sekali. Jangan pilih yang sukar kerana ia akan mengambil masa yang lama untuk pasang dan lain-lain.

3. BERAT & SAIZ
Berat san saiz juga perlu di ambil kira. Keadaan ini akan memudahkan untuk anda membawanya walau ke tempat kerja.

4. BUNYI
Pam payudara yang berkualiti tidak akan mengeluarkan sebarang bunyi yang kuat. Jadi,untuk memudahkan anda mengepam berhampiran bayi semasa mereka tidur,di bilik mesyuarat ataupun kenderaan ketika bekerja di luar daerah tanpa di sedari olehh rakan sekerja.

5. KETAHANAN
Pastikan pam yang dipilih tahan lama dan perlu dianggap ianya satu pelaburan. Duit juga akan jimat sekiranya ia bertahan lama dan tidak perlu membeli terlalu kerap. Ciri ini amat penting terutamanya untuk pam eletrik kerana anda perlu mengambil kira ketahanan motornya.

6. ARAS KELAJUAN
Lihat aras kelajuan pam yang mempunyai beberapa pilihan antaranya perlahan,sederhana,dan laju. Anda boleh menukar aras kelajuan daya hisapan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara.

7. CARA MENGEPAM
Jika anda tidak mempunyai masa,pilihlah pam susu yang berupaya mengepam keduan-dua belah payudara pada waktu yang sama. Anda dapat pam susu yang banyak dalam masa yang singkat.



Dengan setiap pembelian SET PENYUSUAN,tip ekluksif akan di berikan. InsyaAllah service terbaik.

Sebarang persoalan boleh hubungi nira melalui cara di bawah :

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu
Post a Comment