Sunday, 19 October 2014

Nota Untuk Anak Umi [Adam Naufal]

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Anakku, Nota ini khas untukmu..

Jumaat, 11 mei 2012.. Selesai solat subuh umi mendapati ada lendiran yang keluar, fikir umi awak sudah nak keluar. Terus umi cari tok wan dan bagitahu ada air yang keluar. Tok wan suruh ayah simpan semua kelengkapan yang nak bawa ke hospital. Bermula dengan kelengkapan umi, dan semua kelengkapan awak ( kad merah,baju2,pampers dll ). Sampai di hospital ayah terus daftarkan umi dan setelah melakukan pemeriksaan baru bukaan 2 cm.. Jadi umi kena ditempatkan diwad awan, wad 24.. Pada malam mula2 ditempatkan di wad tu umi tak dapat nak tidur sebab banyak sangat nyamuk ! dahla bising sebab ramai. Keesokan harinya selalu ada darah keluar, setiap kali umi beritahu cik misi, dia cakap,benda biasa tu. Langsung tak buat apa2. Umi beritahu ayah hal ni, terus ayah minta tukar wad. Alhamdulillah rezeki menyebelahi umi, umi dapat ditukarkan ke wad 12 ( second class ). Keadaan disitu okay,selesa,cik2 misi semua baik2. Kalau umi mengadu apa2 terus buat check up.

Sabtu, 12 mei 2012.. Umi masih sakit tapi bukaan jalan hanya 3cm. Misi suruh umi banyakkan berjalan. Akak2 dalam wad tu semua baik2, ajar umi beberapa doa untuk permudahkan proses kelahiran. Tok Mek dah mula rungsing sebab umi masih belum bersalin. Tok mek suruh pak ngah dan mak ngah yg datang hospital sebab tok mek tak boleh nak bau ubat2 kat hospital. Hhehehee, tok mek mmg macam tu. :) Malam tu misi beritahu esok umi dah kena paksa bersalin sebab tarikh jangkaan dah lebih 10hari. Ya Allah, masa tu macam2 yang umi fikirkan. Takut sesangat.. Pukul 10 cik misi datang cakap esok jam 4 pagi ada sorang doktor akan cek up umi. Ingatkan doktor perempuan, tapi lelaki.. makkk oiii.. dahla buat kerja tak letak ubat bius apa2. Terus buat. Tahan nafas jer la..

Ahad , 13 mei 2012.. Umi semakin sakit. Cek dah buka 4cm.. Misi suruh umi makan tapi perut tak dapat terima, Seingat umi,umi hanya mampu minum air solat hajat je. Tepat jam 8pagi umi disorongkan ke bilik bersalin. Umi masuk sorang2 je sbb umi tak nak ayah, tok wan tengok umi nangis. hehehee.. Umi semakin sakit tapi bukaan masih sama 4cm. Selepas zohor umi minta ayah masuk, tapi ayah mabuk darah lak.. aduhaiii, jadi tok wan yang teman. Tok mek dah datang hospital tapi die tak boleh nak masuk.. Mabuk darah jugak ! hahhaaa.. Sister terpaksa bagi ubat bius sebab umi kesakitan tapi jalan masih tak terbuka. Kena drip 10jam tapi masih tak jalan.. Wayar2 mmg dah penuh sbb nak pastikan jantung anak umi stabil. Jam 7malam doktor masuk tanya umi nak buat czer atau nak tunggu lagi 2 jam. Umi terus cakap nak buat czer sbb nak elakkan benda tidak diingini. Tepat jam 8.15malam umi disorongkan ke dalam bilik pembedahan. Jumpa tok wan, ayah untuk minta maaf dan halalkan makan minum umi. Tepat jam 8.20 pembedahan dilakukan. Umi masih terasa apa yang dokto2 tu buat. Seram sejuk umi dan umi hanya mampu berdoa agar anak umi selamat. Tepat jam 8.30 malam mi mendengar tangisan pertama awak. Ya ALLAH, berlinang air mata umi dengar awak menagis. Hanya ALLAH yang tahu perasaan umi. Bahgianya umi. Selesai semua, awak dimandikan dan sitempatkan sebelah umi, awak tengok umi.. cantiknya mata awak. Terima kasih YA ALLAH kerana menyempurnakan ciptaanMU. Semua ahli keluarga belah umi dah ada.Mok long awak, pak ngah, ciksue, tokmek semua datang tgk awak.. hehheeee.. ( aihhhh knp lak nangis nih ? )

ADAM NAUFAL nama diberi oleh umi sempena pangkal nama umi A-Anira, N-Nazri. Umi dan ayah doakan awak menjadi anak yang baik, mengerjakan suruhan Allah & Rasul, menghormati umi,ayah, dan orang lain. Ya ALLAH fasihkan lidahnya dengan kalimah ayat2MU, rendahkanlah perwatakannya. Amin :)



** kini kamu dah berusia 2 tahun 5 bulan dan bakal menjadi abang tidak lama lagi **

Salam Sayang, umi.

Jika anda berminat untuk dapatkan produk shaklee mahupun nak menjana pendapatan 4-5 angka sebulan boleh hubungi nira seperti di bawah.

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016