Wednesday, 8 October 2014

[Cabaran 31 Hari] Hari 7 - Cita-Cita Saya

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Mintak ampun ye sebab selalu lambat hapdet. ni semua salah broadband maxis lahhh..masa ni la kuota nak habis lah..selow lahhh.. (aishhh makbuyung merepek lak)..hehehe..

okay,untuk cabaran hari ke 7 ni aku nak cita pasal cecita masa kecik nak jadi apa. Sebenarnya daripada tadika lagi cita-cita nak jadi guru. Dan cita-cita ni tak pernah berubah sampai aku form 6. Masih menanam cita-cita nak jadi guru dan tidak pernah berubah. Selalu berangan ajar budak-budak bahasa Melayu. Aku memang minat gila ngan bahasa melayu dan untuk pengetahuan korang setiap kali exam PMR,SPM dan STPM bahasa melayu akan dapat gred A. Bijak tak? hahaaa..

Tapi selepas tinGkatan 6 ada sedikit masalah yang tidak membolehkan aku sambung belajar.. (sobbbb..sobbbbb..sobbbb). Perancangan Allah lebih baik.. Walau tak dapat ajar kanak-kanak,aku berpeluang jadi "guru" kepada anakku.. hehheee.. okayla.. Alhamdulillah dan bersyukur dengan segala perancangannya. 



** Ada gaya seorang guru ke takk? hehhehe **



Nak order produk shaklee? Atau nak jana pendapatan bersama Shaklee? Hubungi nira melalui cara di bawah :


Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016