Saturday, 4 October 2014

[Cabaran 31 Hari] Hari 4 - Sahabat Dunia Akhirat

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Haishhh lambat pulak hapdet cabaran hari ke 4 nih ya.. ada yang tertunggu-tunggu ke nak baca?
Elehhh,bajet hot je kan aku nih.. hehehee..takpela,syiokkkk sendirik! Tak perlu bayar pum kannn.

Kalau semalam aku hapdet pasal ahli keluarga. So hari ke 4 nih aku nak kenalkan korang dengan sahabat dunia akhirat aku. InsyaAllah.

Kami dah kawan dari kecikkkk..sejak aku umur setahun kami berkawan (siriesly tak tipu ni).. Memang dari kecik aku tinggal di belakang rumah dia. Kami berjiran. Rumah kami dekat kubur ..tepi kubur je.. ingat lagi malam raya ada sorang pompuan menangis di kubur..ingatkan hantuuu dah..tapi rupanya manusia.. hahahhaa..memang lawakk lah masa tu..Beza umur aku dengan dia setahun. Bila di kira,campur,tolak dan bahagi aku lebih muda dari dia.. hikshiks.

Masih segar dalam ingatan,kami pergi sekolah sama-sama,naik besikal pulak tu pergi sekolah. Dan biasa aku yang kena tunggu dia. SEbabbbbb dia "slow motion sikit" (jangan maraaaaaahhh ya!). Dan ada di antara kawan-kawan aku yang lain ingat kami adik beradik. Myb sebab dorang tengok kulit nak sama warna koottttttt dan kami rapat. Hahahhahaaa. (bila besar kami berdua memang comel!). Jap lagi aku tepek ya gambar sahabat dunia akhirat aku tuuuu.

Setiap hari jumaat,kami akan naik besikal dan pergi pasar tani.   Time budak-budak memang suka pergi sini..antara benda yang kami beli nasi lemak dan air coocnut shake. Bila sampai rumah terus makan kat tangga dapur umahnya. Memang best dunia kanak-kanak kami.

Sekarang masing-masing dah sibuk. Tapi kami berhubung antara satu sama lain. Kalau dulu nak pergi mana-mana aku akan ajak dia teman. Sekarang dah tak boleh sebab dia sibuk bekerja. Wechat,call,sms,wassup menjadi perantara antara kami.

Ehhhh kalau nak cerita memang panjang tauuu. So sampai sini je lah ya aku kongsikan pasal sahabat dunia akhirat nih.

Nah,gambar kami berdua.


comel kan kami berdua?? Sila setuju plisssss.. hahahaaa..

p/s : Doaku untukmu.. semoga panjang umur,murah rezekli,sentiasa bahagia dan cepat-cepat jumpa jodoh yang soleh..yang boleh membimbing kamu ke syurga Allah. InsyaAllah.
Juga thanks sebab sentiasa ada untukku tika waktu senang,susah,gembira dan sedih.
Love you sahabat dunia akhirat.. *_____________*



Nak order produk shaklee? Atau nak jana pendapatan bersama Shaklee? Hubungi nira melalui cara di bawah :


Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu


Post a Comment