Thursday, 16 October 2014

BabyA dah 32 minggu!

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Hari ni checkup babyA yang dah 32 minggu. Sekejap je rasa,pejam celik..celikkk pejamm..siangg malammm..malammmm,siang..tup-tup dah 32 minggu. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi kamu akan di lahirkan ke dunia. InsyaAllah.

Seperti biasa,pepagi lagi nira dah terpacak depan klinik.. nak balik awal,kena pergi awal. Sebab klinik kk ramai sangat orang. So,pagi tadi dapat angka giliran nombor 7. Ingatkan harini tak perlu jumpa doktor,sekali cik misi cakap,"okay harini nira kena jumpa doktor ya,untuk scan baby.".. cuak jugak sebenarnya sebab nak jumpa doktor memang makan masa sikit.. dan lamaa. dahla belum bekpes.. lapar tau tak?? hikhikhiksss.. tapi takpela,demi kesihatan babyA,umi turutkan. chewahhh..

Bila dah tiba giliran,doktor suruh baring kat atas kati.. nak tengok keadaan baby.. Dalam beberapa minit,doktor cakap,"uri awak ni kat bawah,dan menghalang untuk baby keluar".. mulanya tak faham. Sangat tak faham sebab benda ni pertama kali berlaku kat nira.. kemudian banyak soalan yang nira lontarkan,akhirnya doktor membuat penjelasan dengan terperinci.

Rasa nak nanges je depan doktor tadi selepas mendengar penjelasan dia..tapi tahan. maluuuu woi nak nanges depan doktor.. huhuhuhu.. Bila balik rumah terus call kawan tanya pengalaman dia,sebab dia pun berlaku macam ni..uri di bawah. Katanya dia minum air bacaan al-quran yang di buat oleh seorang makcik nih,so petang tadi dia bawak nira pergi jumpa makcik tu. 

Makcik tu cakap,makcik boleh tolong dengan bacaan al-quran,selebihnya kita serahkan kepada Allah S.W.T. InsyaAllah dengan izinNYA semua berada dalam keadaan baik belaka.

So,apa yang nira buat sekarang,minum air yang di buat oleh makcik tadi,sujud lelama ketika solat,berdoa dan bertawakkal. InsyaAllah.. :)
27 hb nanti kena pergi scan balik.. doakan nira dan baby ya!




Kalau ada yang berminat nak dapatkan produk Shaklee mahupun nak join ahli..boleh contact nira k!


Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016