Tuesday, 21 October 2014

10 Sebab Diet Anda Gagal

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Memandangkan Naufal pergi jejalan dengan tokmanya,nira amik kesempatan untuk siapkan cabaran 40 hari group kami. So,petang-petang ni kita santai je yek!.

Ni nira hanya nak kongsikan 10 sebab kenapa diet korang hancus.. hehehee.. 

So,selamat membaca!

  1. Korang berhenti mengambil makanan yang korang sukai dan mula mengambil makanan yang 360 darjah berbeza daripada sebelum ni. Masalahnya,menggantikan jenis makanan secara drastik akan membuatkan korang kembali kepada makanan yang sebelum ni secara drastik jugak.
  2. Harus korang tahu zat gizi mempunyai fungsi yang berbeza dalam badan. Begitu juga dengan lemak,ia merupakan keperluan gizi yang korang perlu penuhi. Jadi,jangan menolak lemak atau karbohidrat dari pola pemakanan korang ya.
  3. Korang tidak boleh hanya ambil protein dan sayuran sahaja sepanjang hari. Tetapi,perlu juga ambik karbohidrat. Kalau taknak makan nasi,boleh je korang tukar kepada ubi kentang. Yang penting jangan tolak mentah-mentah karbohidrat.
  4. Tidak perlu menghadkan makanan,cukup jika makan secara teratur dengan menu yang seimbang. Senaman juga penting ya..tetapi jangan lah pulak senaman secara berlebihan sebab ia boleh mengganggu kesihatan.
  5. Cuba belajar memasak resipi diet yang sihat. Jangan pula setiap pagi ambik oat..tentu bosan. Nanti tak pasal-pasal mengidam makanan yang lebih sedap dan berlemak. 
  6. Haaaa,yang ni kompen diet akan hancus seleburnya kalau keluar dating ataupun ada makan-makan dengan kawan. Kalau korang terliur sangat nak makan,boleh je makan..tapi harus di ingatkan,ambik dalam jumlah yang kecil sahaja..jangan terlalu ikut napsu makan.
  7. Kena ingat,diet bukan mengambil masa seminggu. Ia akan memakan masa. dan bergantung kepada setiap individu.. ada yang berat badan berkurang dalam masa sebulan,2 bulan mahupun 3 bulan. Jangan pula seminggu tu takde perubahan korang terus berhenti diet.. nooo..no..no...
  8. Senaman menggunakan treadmill memang berkesan untuk membakar lemak. Namun,ianya bukan satu-satu senaman yang boleh dilakukan. Korang perlu mencuba beberapa jenis latihan beban yang lain untuk membentuk massa otot pada badan korang.
  9. Jika nak bersenam,pastikan korang makan dulu ya. Sebab kalau bersenam ketika lapar,akan membuatkan badan korang membakar tenaga dari otot dan bukannya lemak!
  10. Mengurangkan jumlah kalori adalah kunci untuk menurunkan berat badan. Sedangkan melewatkan waktu makan akan mengganggu keseimbangan dalam badan. Ketika korang melambatkan waktu makan,proses metabolisme akan berjalan dengan lambat,seterusnya proses penurunan berat badan akan tergendala. Walau jadual korang padat mengalahkan Perdana Menteri,pastikan waktu makan korang tepat pada waktunya.
Psttttt:

Kalau korang nak order SET KURUS SHAKLEE,contact nira ya! Tips ekluksif khas untuk korang yang membuat belian ni dengan nira.




Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016