Monday, 22 September 2014

Shaklee Bachok : Sudah bersediakah diri anda untuk hamil?

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Sebuah perkahwinan akan lengkap sekiranya diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Namun,tidak semua pasangan akan menerima "kehadiran" itu jika belum sampai masanya. Masanya akan tiba bila DIA ingin memberi. Walaubagaimanapun,anda terutamanya wanita harus menjaga pemakanan agar kekal sihat untuk membuat persediaan kepada diri "menerima" bayi yang bakal di kandungkan. Maksudnya di sini anda perlu memastikan tubuh dipenuhi dengan bekalan pelbagai jenis zat pemakanan. kita sebagai hambaNYA mampu berusaha,berdoa dan selebihnya serah kepadaNYA. 



Di bawah ni nira share beberapa vitamin yang boleh di amalkan sebelum kehamilan. So,kalau anda merancang nak hamil,boleh amalkannya ya! Sebelum kehamilan,asid folik @ B Complex sangat penting sebaik sahaja anda putuskan untuk hamil. Hal ini membantu mengelakkan masalah kecacatan tiub neutral pada bayi. Masalah ini menyebabkan bayi cacat di bahagian otak dan saraf tunjang. 
Dua kecacatan biasa akibat masalah ini ialah spina bifida dan anencephaly bagi kecacacatan spina bifida,tulang belakang janin tidak tertutup sepenuhnya ketika di bulan pertama kehamilan. Kebiasaannya akan berlaku kerosakan saraf yang menyebabkan lumpuh di kaki. Sementara itu,anencephaly pula berlaku akibat otak tidak berkembang sepenuhnya. Bayi yang mengalami anencephaly sama ada lahir mati atau mati sejurus selepas dilahirkan. Bagi yang sedang cuba hamil,anda perlu meningkatkan pengambilan asid folik sehingga 400mcg sehari sekurangnya tiga bulan sebelum hamil. Hal ini kerana anda perlu ambil lebih awal kerana pembentukan tiub neutral bermula dari saat benih berjaya di senyawakan.

Tiram merupakan sumber makanan terbaik yang merangsang kesuburan individu. Zink adalah mineral penting yang membantu kesuburan dan pembiakan manusia. Untuk hamil,tambahkan pengambilan zink dalam makanan harian. Makanlah makanan seperti bijan,kekacang,kambing dan juga tiram. Tapi,kalau anda tak suka tiram,boleh je gantikan dengan produk moden seperti Zinc Complex.

Juga untuk hamil,sudah tentu anda perlu kekal sihat. Vitamin C membantu anda menguatkan sistem imunisasi. Makanan yang tinggi kandungan Vitamin C termasuklah buah-buahan sitrus,kiwi,strawberi dan sayur-sayuran hijau. Memandangkan Vitamin C larut air,ia bererti tubuh anda tidak mampu menyimpannya. Jadi,anda perlu pasti tubuh mendapat keperluan Vitamin C yang cukup setiap hari.



Nak order produk shaklee? Atau nak jana pendapatan bersama Shaklee? Hubungi nira melalui cara di bawah :


Nira Nazri (ID 1078451)



Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu


Post a Comment