Sunday, 14 September 2014

Shaklee Bachok : Perkongsian Prof Muhaya cara untuk membersihkan jiwa

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Selamat berhujung minggu semua.. Tetapi kat kelantan hari hujung minggu jatuh hari jumaat dan sabtu. ,Okay,petang ni nira nak share cara Prof Muhaya untuk membersihkan jiwa. Biasa bila jiwa kotor,badan kita pun akan jadi lemah. Bukan tu je,kita akan tengok semua orang yang berada di sekeliling semua negetif..kita je yang positif dan betul. hehhee.. 

Entri kali ni nira hanya copy semula apa yang di baca dalam majalah MW. Semoga ianya membawa manfaat kepada kita semua dan boleh membantu kita membersihkan jiwa. InsyaALLAH.


Cara bersihkan jiwa yang penting adalah kita mengingati mati. Ingat bahawa kita mahu bertemu dengan Allah SWT dengan hati yang bersih. Kita tidak jumpa Allah dengan pangkat,dengan kecantikan,dengan fizikal. Kita jumpa Allah dengan roh. Bersihkan jiwa dengan ilmu,bertaubat,merenung diri,muhasabah diri dan merasakan Allah sentiasa melihat kita.
Bila beriman kepada  rukun iman,beriman kepada hari kiamat,berimana kepada malaikat,beriman kepada nabi,beriman kepada qada dan qadar,semuanya untuk membersihkan hati.
Saya juga yakin bahawa kita akan dapat apa yang telah kita beri. Jika beri baik,dapat pun yang baik. Dunia dalaman menentukan luaran. Apabila hati baik,kehidupan akan baik. Orang baik hatinya akan sihat,tenang,bahagia dan dia akan kaya. Kita tengok,orang yang berjaya hatinya mesti baik. - Prof Muhaya


 Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada diri saya dan anda. Jom kita sama membersihkan hati supaya menjadi hati yang baik.

Nak beli Vitamin? Boleh hubungi nira seperti di bawah :

Nira Nazri (ID 1078451)


Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu

Post a Comment