Sunday, 21 September 2014

Shaklee Bachok : Khas untuk ibu hamil

Assalamualaikum dan Salam Sayang 



Perkongsian kali ni nira nak share tentang info kehamilan. Bagi nira info ini amat penting untuk diketahui lebih-lebih lagi untuk ibu muda seperti nira dan yang pertama kali hamil. Harapan,semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada nira dan anda juga. (macam skema je ayat) *____*..takpela janji faham ye.

Kalau boleh minuman jenis kafein jangan berlebihan. Biasa nira jarang atau tidak langsung sentuh kopi,teh dan minuman bergas. Namun,kehamilan kali kedua ni,macam ketagih pulak minum kopi dan juga ambik minuman bergas. Kalau sehari tak minum rasa macam tak lengkap jeee.(pembawakan budak kottttt).. Tapi,alhamdulillah nira masih boleh kawal dan tidak ambik secara berlebihan. Sekarang dah kurang dan ambik pun bila teringin je.. Bukan setiap hari. Ada kajian menyatakan golongan ibu hamil yang kerap mengambil kafein sehingga melebihi 300mg sehari,mempunyai risiko mengalami keguguran,kemungkinan melahirkan bayi tidak cukup bulan atau bayi mengalami masalah kurang berat badan. Saranan nira kepada anda semua elakkan mengambil minuman mengandungi kafein berlebihan dan berubahlah kepada minuman seperti air suam,susu dan juga jus buah-buahan kerana ini lebih berkhasiat kepada anda dan juga bayi. Juga boleh ambik ESP Shaklee.

Selain daripada itu,oat adalah antara makanan yang berkhasiat untuk wanita hamil. Dalam oat mengandungi sumber zat besi yang baik untuk pembentukan darah semasa kehamilan. Ia juga mengandungi sumber asid folik. Harus diketahui pengambilan asid folik pada awal kehamilan boleh membantu anda mencegah kecacatan kepada bayi. Jika anda tidak gemar ambil oat,anda boleh gantikan dengan supplemen Vita-Lea Shaklee untuk membantu menambah HB dan B Complex Shaklee. Untuk pengetahuan anda juga kebaikan oat yang lain ialah mencegah masalah sembelit dan buasir. Namun,jika anda nak ambil supplemen,nira sarankan kepada anda ambil Ostematrix Shaklee untuk melancarkan penghadaman. 

Untuk pengetahuan anda juga,epal membantu mengelakkan asma dan alergi. Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pakar di John Hospital,The Detroit Medicine Centre,ibu hamil yang mengamalkan makan sebiji buah epal setiap hari berupaya membantu melindungi janinnya daripada risiko asma dan alergi apabila dilahirkan. Kajian tersebut mendapati wanita hamil yang makan epal setiap hari dapat menurunkan risiko terkena masalah alergi pada bayi sebanyak 37% dan risiko dijangkiti asma sebanyak 46%. So,jadikan buah epal sebagai menu wajib dalam diet harian atau boleh juga gantikan Meal Shakes Shaklee. *__________*

Wahai ibu hamil,tersangatlah normal kalau berat badan anda bertambah berkali ganda ketika hamil. So,tidak perlu nak rungsing sangat tentang penambahannya asalkan anda dan bayi sihat. Tetapi jika nak sangat diet,boleh! Anda harus mengamalkan diet sihat semasa hamil. Bayi yang bakal di lahirkan membesar dalam kandungan berdasarkan pemakanan seharian yang anda amalkan. Apa yang dimakan oleh anda,akan memberi kesan kepada kesihatan bayi yang berada di dalam rahim sepanjang usia kehamilan.

Kesimpulannya,ibu hamil harus dan wajib menjaga pemakanan agar badan kita dan anak yang dikandung sihat. Doa nira kepada anda semua,smeoga melahirkan bayi yang sihat,comel dan selamat. InsyaAllah.

Nak order produk shaklee? Atau nak jana pendapatan bersama Shaklee? Hubungi nira melalui cara di bawah :

Nira Nazri (ID 1078451)



Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu




Post a Comment