Monday, 25 August 2014

Shaklee Effect : Bersyukur dengan rezeki dariMU

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Tanggal 13 mei 2012,lahirlah seorang putera dalam keluarga kami. Putera sulung tu nira namakan Adam Naufal yang bermaksud Adam (Nama Nabi), manakala Naufal (teladan). Setiap pasanganga yang telah berkahwin sangat menginginkan cahaya mata., Termasuk kami berdua. Selalu juga berdoa agar kami dapat rezeki anak awal-awal. Alhamdulillah,Allah telah makbulkan doa kami berdua. Syukur Ya Rabbb..

Bila dikenang kembali,memang sangat menduga ketika mengandungkan Adam Naufal,sebab bermula 10 minggu macam tu,nira dah alami kehamilan yang teruk. Muntah dari pagi sampai ke malam. Kadang hingga pukul 2 pagi. Sehinggakan nira terpaksa mengambil suntikan bagi menghentikan muntah yang teruk. Makan ubat memang dah tak jalan. Doktor pun cakap alahan nira teruk dan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan. Alahan ni seingat nira berhenti ketika kandungan mencecah 5 bulan ke atas.. Memang masa tu dah perit dan cakap kat suami..lepas ni dah tak nak mengandung.. hheheheee.. 

Di pendekkan cerita,selepas melahirkan Adam Naufal,checkup baby berusia sebulan,misi cadangkan nira mengambil pil perancang keluarga. Yela,nira terpaksa menjarakkan umur anak sebab nira lahirkan anak sulung secara pembedahan. Mula-mula nira di beri pil perancang keluarga jenis noriday. Masa tu period ok,cantik,dan teratur.. takde masalah. Tetapi selepas anak berusia 6 bulan,misi tukar pulak jenis regividon..

Selepas beberapa bulan mengambil pil perancang keluarga jenis regividon,kitaran haid nira mula tidak teratur. Kadang sebulan tu akan datang haid 3-4 kali. Sangat stresss tauuuu! Mana taknya,nak ganti puasa tak boleh! Bila mandi wajib,alih-alih ada lagi periodnya.. tunggu pulak kering... bila kering mandi wajib pulak..tgk,uikssss masih ada lagi.. ohhhhhhh,stresss! Benda ni bermula Naufal berumur 6 bulan dan berlarutan sehingga Naufal berumur 1 tahun 3 bulan. 

Nira ceritakan pasal kitaran haid tidak teratur ni kepada upline (Sue Aziz),dia mencadangkan kepada nira untuk mengambil gla complex shaklee,tanpa berlengah nira terus order dengan beliau. Nira akan telan sebelum masuk tidur. Rasanya tidak habis sebotol,kitaran haid nira mula teratur. Alhamdulilah kerana dengan izinNYA,produk ni serasi dengan badan nira.

Memandangkan Naufal dah nak menginjak usia 2 tahun dan kami juga inginkan cahaya mata,nira buat keputusan untuk berhenti mengambil pil pernacang keluarga ni. Dengan rasminya bulan 11 2013 nira berhenti. chewaaaahhhh! Tapi,masa tu ada la suara-suara sumbang mengatakan "nira tak subur","taknak tambah anak".. amboiiii,sedap je mulut mak jemahhhh kan cakap kat kita macam tu.. kalau boleh nak ganyang je ngan cili padi.. (garang takkk nira??heeeee)

Selain daripada gla complex,nira ambik juga esp shaklee. Memang best minum esp nih. Mula-mula takut jugak nak ambik,bukan takut apa,takut tak boleh telan je. Tapi,setelah ambik,nira variasikan cara bancuhan. Memang best! rugi tau kalau siapa tak cuba lagi.. hehehee..

Pertengahan bulan 3,nira perasan yang haid datang lambat. Dalam hati memang berdoa agar diberikan lagi rezeki oleh Allah S.W.T (anak). Selepas ujian kehamilan di buat,keputusannya POSITIF! Yipiiiii,rasa nak lompat bintang je depan MIL dan anak..hikhik.. Alhamdulillah Ya Allah..

shaklee bachok


Sekarang nira teruskan produk shaklee (kehamilan)yang lain. Harapan agar kesihatan diri nira dan anak yang bakal dilahirkan sihat walaffiat. Amin..

Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai keahlian mahupun produk shaklee,boleh hubungi nira seperti di bawah :

Nira Nazri (ID 1078451)

 
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
Email : Umizanaura@rocketmail.com
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu

Post a Comment