Tuesday, 17 June 2014

Shaklee Bachok : Pengalaman Minum Air Gula

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 

Alahaiiiii,dengar je air gula dah terbayang mesti manisss gila2. Sebab pernah tengok orang minum air gula di klinik. Macam ngeri je nak telan! Dulu masa mengandungkan Naufal tak perlu minum,tetapi yang second nih kena minum pulak. Omakkkk aiiii,dugaan betul rasanya.



Masa tengok tu dorang minum kaler plain je,tapi yang nira minum,warna oren! Hahahhaa,ingatkan air sunquick dah,rupanya warna je lain. Mula2 minum rasa macam Performance Drink Shaklee.. ehhh ye ka? Betul. tak tipu nih.. rasa macam PD tapi hakikatnya ia bukan PD. heheheee.. kan bagus kalau air gula tu di letak ais ke.. okay la jugak kan.

Masa kena minum tu dahla tengah batuk2,rasa nak termuntah tapi nasib boleh tahan. Rasanya memang cukup ngeri,tapi mampu dihabiskan. Bagus takkkk nira? Kenapa kena minum air gula? Nira pernah tanya pada akak misi yang comel,katanya untuk mengetahui ada kencing manis ke tak masa hamil. Lagipun sejarah kehamilan nira yang first Naufal besar. 4 kg! Semua tak percaya. Yela,nira kan kecik je orangnya. Tetapi bukan melahirkan secara normal,tetapi secara czer.

Keputusan masih belum ketahui sebab baru je kena minum 2 hari lepas. Nanti bila dah keluar result insyaAllah nira share ya! Harap okayla keputusannya nanti. Aminn..

Prosedur sebelum minum air gula adalah ;

  1.  Kena berpuasa pada malam hari. So,tak boleh makan dan tak boleh minum.
  2. Pergi klinik dan kena ambik darah untuk kali pertama. Lepas ambik darah kena minum air gula.
  3. Kemudian diteruskan dengan pemeriksaan antenatal. Lepas dah siap semua,nira balik rumah sebab boringggg woo kena stay kat klinik. 2 jamm tu kena tunggu. Memang tak lah kannnn...
  4. Selepas 2 jam,nira kembali ke klinik dan ambik darah untuk kali kedua. Lepas ambik darah,terus hantar ke makmal dan balik. Result? Tak perlu tunggu. Nanti pihak klinik akan call kita. 
  5. Balik tu terus melantak sebab lapar dan dahaga!
Bila teringat air gula memang ngeri,tetapi apakan daya. Ini semua untuk kesihatan kita dan anak dalam perut. Telan je lah dan kena bayangkan kita tengah minum PD..hikhikhik..


Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan mengenai produk shaklee? Hubungi kami sekarang !

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016