Tuesday, 3 June 2014

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 3

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Alhamdulillah.. dah masuk tahun ketiga perkahwinan ku dengan suami tercinta. Pelbagai yang dilalui,manis,pahit,masam,manis dan masin semua ada.. ekekkekeee.. lagikan lidah dengan gigi tergigit,inikan pula kami suami isteri. ececcececee..

Ni lah muka suami ku yang tercinta lagi di sayangi.. hensem tak???

** macam comel je kan isteri dia.. ada iras-iras fouziah gous tak? ** pliz jangan muntah darah hokey!

Kami tak pernah bercinta. Kenal pun sekejap je. Meh nak bgtahu kronologi perjumpaan dan perkahwinan kami.

Oktober 2010 kami mula berkenalan. Masa tu malu-malu kucing lagi,nak layan dengan tak nak layan sama banyak. Maklumlah kita perempuan kan kena buat macam tu.hehhehee.. Masa kenal ada la SMS je,jumpa jarang-jarang sebab takde sebab nak jumpa selalu. Masa tu pun anggap dia sebagai abang sebab jarak umur kami 11 tahun tahuuuu..hikhik

Januari 2011 dia call dan lamar  hakuuu. Hati memang berbunga-bungaaaaaa je. Bagai ada taman pulak dalam hati ni. Tapi control je kan,bagitahu beri haku masa untuk fikir dan minta pendapat keluarga. Sebenarnya ambil peluang untuk solat istikharah. Orang kata pertolongan dari Allah tu penting dalam situasi begini. So,haku pun buatla solat istikarah dan naluri ni mengatakan kuat untuk menerima dia sebagai suami.
Selepas beberapa minggu haku beri keputusan untuk terima dia.

Mac 2011 keluarga dia datang merisik. Fuhhhh memang berdebar. Masa tu baru kenal ahli keluarga dia. MIL pun alhamdulillah baik. Setakat ni kami memang takde masalah. Dia seorang yang penyayang dan mengambil berat. **rajin basuh kain dan lipat kain anak,menantu,cucu** hikhikhik.. Syukur.

Jun 2011 kami disatukan dalam satu majlis ringkas tapi meriah. Haku juga sah bergelar isteri kepada Nazri Bin Omar. Air mata keguguran tanda bersyukur kepadaNYA. Alhamdulillah kehidupan kami diserikan lagi dengan kelahiran anak lelaki yang di beri nama Adam Naufal.



Harapan semoga Adam Naufal menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat. Semoga hubungan kami suami isteri kekal sehingga ke syurga! Aminnnnnnnn44x. InsyaAllah..


Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016