Thursday, 26 June 2014

Kurus! Idaman setiap wanita

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Ehhh baru 2 hari ambik,dah dapat kesan.. kalau 2 minggu? 2 bulan? Phewwwww,mesti raya aidilfitri ni boleh pakai kebaya kannn..hehehee..takleh nak cakap banyak2,nanti kita tengok testimoni yang seterusnya.
Adakah dia berjaya menurunkan berat badan? atau sebaliknya?? Jenggg..jengggg..sama-sama kita tunggu ya.





Tips ekluksif khas untuk semua customer saya. So,jom dapatkan set kurus anda hari ini juga!

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu

Shaklee Bachok : Kulit cantik + berseri + sihat dengan produk Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 

Yuhuuuuu..hip..hipppp..horrey! eh TERexcitedlah pulakkk! Heeeee,entri kali ni nira nak share berita gembira dari akak ni. Kulit yang cantik + berseri + sihat menjadi miliknya hasil mengambil Vitamin C dan Vitamin E daripada Shaklee. Bukan tu je,resdung akak ni pun dah berkurang tauuuu dan paling best dia dah jarang selsema..biasa cepat je kena.. Phewwww mesti dia happy sebab dapat kulit cantik,bonus resdung pun makin baik.. hehehhehee

Tiada apa yang paling menggembirakan daripada dapat menolong orang ramai mendapatkan kulit idaman mereka dan membantu mereka menjadi lebih sihat dengan produk yang nira suggestkan.

Jom baca testimoni akak ni.. :)

kulit cantik,sihat dan berseri


Bukan tu je,kalau yang serius boleh buat duit dengan produk ni. So,bagi mereka yang nak jana pendapatan jom join empayar nira. Nira dan mentor akan guide anda untuk berjaya dalam Shaklee. InsyaAllah.. ;)

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu


Sunday, 22 June 2014

Lecithin VS Omega Guard Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 



Lecithin Shaklee terkenal sebagai pembakar lemak yang baik. Tahukah anda,selain untuk pembakar lemak,Lecithin Shaklee membantu membekalkan cecair Kolin dan Inositol untuk daya ingatan yang lebih baik dan lebih fokus?

Jika pengambilan di ambil bermula umur 7 tahun insyaAllah akan nampak kesan bila anak berusia 11 tahun. Pembelanjaran juga mereka akan mudah ingat dan di fahami.

Omega Guard pula memang sangat terbaik dan tidak boleh dinafikan kebaikannya. Omega Guard Shaklee membekalkan DHA dan EPA kepada otak dan mata. Pengambilan Omega membantu kita respon dan proses dengan lebih cepat pada apa yang kita baca atau sebarang maklumat yang kita terima.

Kesimpulannya.. Jika anak kita slow,kita perlu berikan mereka Omega Guard Shaklee. Tetapi jika mereka ada masalah lupa,bagus mengamalkan lecithin sehari.





Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu


Sahur Ekspress dengan Meal Shakes Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 

Mencari sesuatu yang MUDAH dan CEPAT untuk bersahur tetapi LENGKAP dengan vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh?




Anda boleh dapatkan Meal Shakes Shaklee untuk bersahur cara Mudah dan Cepat!

Resipi untuk bersahur :

  • 1-2 sudu besar Meal Shakes
  • Satu gelas susu
  • 2-3 biji kurma. Pastikan isi dan biji di asingkan.
Kemudian masukkan kesemua bahan ke dalam blend dan dikisar bersama. Sangat kenyang dan menyelerakan. Masa berbuka pun boleh ambil dan lagi best kalau tambahkan ais! Fuh..sejuk tekak..

Selain daripada kurma,boleh variasikan dengan buah-buahan seperti strawberry,anggur,pisang,kiwi,mangaa masak atau apa sahaja buah kegemaran anda. Confirm sedap!

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu

Thursday, 19 June 2014

Testimoni Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 

Nira faham perasaan seorang perempuan yang sudah berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Nira  juga pernah merasai bila ada yang tanya,"Nira taknak tambah ke? Dah boleh tambah sebab Naufal dah besar. Sebenarnya bukan nira takde anak,tapi baru sorang.Tapi bila ada yang tanya,serta merta Nira jadi sebak. entah kenapa.  Yela,tak boleh nak cepat2 sebab masa lahirkan Naufal,Nira czer. Memang kena jarakkan lah. Melainkan jika Nira ni beranak normal. Setahun 2 orang pun takpe kannn? Hehehehehe



Sebelum tu,jom kita baca testimoni yang Nira ambil daripada group secret kami.

Shaklee bachok

Tiada kata2 yang boleh diucapkan melainkan bersyukur kepadaNYA. Semua yang berlaku mengikut kehendakNYA. Kita sebagai hamba perlu berusaha dan tidak berputus asa. Dia lebih tahu bila masa yang sesuai untuk diberikan kepada kita. Serahkan semua kepadaNYA. InsyaAllah semua baik-baik belaka.

Kita lihat bagaima Set Kesuburan Shaklee boleh membantu anda hamil :

Set Kesuburan Shaklee untuk wanita mengandungi Vitalea, B-complex, Vitamin C , GLA Complex & ESP manakala untuk lelaki terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc Complex dan Vitamin E..
  • Multivitamin dan Multimineral (Vitalea) - Vitalea mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrient dalam badan. Almaklumlah, kita tak tahu badan kekurangan vitamin apa, jadi fungsi Vitalea adalah untuk memenuhi ruang-ruang kosong tersebut.
  • Vitamin B Complex - Penting bagi yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi Acid Folic yang sangat diperlukan pada awal kehamilan. Vitamin B12 yang terdapat dalam Bcomplex ini juga membantu memperbanyakkan sperma dan Vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis Vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan ovum (conception)
  • Vitamin C - Bagi Lelaki, Vitamin C membantu mencegah penggumpalan sperma untuk menjadikannya lebih bergerak aktif (sesuai untuk perokok). Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan. Apa yang uniknya, Sustained release Vitamin C Shaklee akan melepaskan vitamin C secara perlahan-lahan dan akan bertahan lebih lama di dalam badan.
  • Zinc - Ia membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosteron (hormon lelaki) dan meningkatkan bilangan Sperma. Kekurangan Zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma.
  • GLA Complex - Suppliment wajib bagi wanita yang cuba untuk hamil. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.
Vitamin yang memainkan peranan penting untuk kesuburan adalah
  • GLA Complex untuk wanita
  • Zink Complex untuk lelaki.
Bagaimana kedua-dua vitamin ini berfungsi?
  • GLA Complex membantu menghasilkan cecair "kesuburan" yang antara kebaikannya membantu menyediakan "ruang" untuk sperma terus hidup dalam tiup falopio sehingga 5 hari. 
  • Zinc pula membantu menguatkan sperma.
Tetapi yang diatas adalah full set. Kami juga menyediakan mengikut bajet anda. So,jika ada sebarang pertanyaan jangan segan2 hubungi kami ya! Kami sedia membantu anda.

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu

Wednesday, 18 June 2014

ESP Shaklee? Betul ke dapat kulit cantik?bonus kurus pulak tu?

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 

esp shaklee



Eh,macam tak percaya je ni orang yang sama? Macam lainnnn je,macam tipu jeee.. Hello! Kena percaya ya,aku yang dulu bukan yang sekarang. Wah,tajuk lagu Tegar tu..hehehheee.. Ni lah hakikatnya bila anda consume secara konsisten ESP..anda akan mendapat kesan yang super ohsem! Kulit cantik dan bonusnya anda akan kurus! Memang tak tipu sebab ESP membantu mengenyangkan.

So kalau anda ambil sebelum sarapan pagi,anda mampu bertahan sehingga jam 10 atau 11 pagi tanpa menyentuh makanan berat. Masih ragu2? Okay,boleh cuba sendiri dan lihat kesahihannya.

Tapi harus diingat,ini adalah vitamin. Bukan ubat yang akan mujarab serta merta. Vitamin ambil masa untuk serasi dengan diri anda. Bak kata Kak N "Kapal terbang dah landing nak suruh naik semula memang lambat lah kan" Nak naik pun bukan boleh sebarang terjah.Kena tunggu arahan menara kawalan dulu. Nak kena pusing keliling dulu. Tunggu lagi arahan dari menara kawalan. baru boleh naik". Banyak sangat prosedur,kalau tak caya jugak cer tanya dgn pilot...hehe

Rasulullah SAW pun berpesan pada kita:

1 Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
2 Waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu,
3 Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
4 Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
5 Hidupmu sebelum datang kematianmu.”

fuhhh! Saya sendiri jeles tau dengan akak nih.. aissshhh,tak boleh jadi ni.. kena teruskan untuk can yang seterusnya.. :)



Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan mengenai produk shaklee? Hubungi kami sekarang !

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu



Tuesday, 17 June 2014

Shaklee Bachok : Vivix ! Tonik Ajaib

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 




Satu PENEMUAN REVOLUSIONARI dalam anti-penuaan pada tahap sellular.
Setahun yg lalu,Shaklee memperkenalkan Vivix,produk supplemen revolusionari anti-penuaan dlm pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular. Lebih 1 juta botol Vivix telah pun dijual.

Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik didunia yg dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee Syarikat No 1 supplemen makanan di Amerika.

Didalam kajian makmal,ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.


4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular


  1. Keroskan DNA : Setiap hari,setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yg merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik,menghasilkan satu "typo" (kesilapan dari yang asal) yg akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
  2. Pengawalan Genetik : Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular. Didalam satu penuaan utama,ujian klinikal terbaru,menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.
  3. Pengeluaran Tenaga Yg Kian Menurun Oleh Sel-sel : Mitochondria (penjana tenaga) yg kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga didalam sel.
  4. Penimbunan Protin AGE : Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap sellular yg akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10x ganda lebih kuat dari resveratol (kandungan unik dlm anggur "muscadine") utk melambatkan pembentukan protin AGE.
ia juga membantu menjaga atau memelihara :
  • kesihatan jantung
  • kesihatan otak
  • kesihatan sistem imun
  • kesihatan sendi
  • perlindungan antioksidan
  • peningkatan tenaga pada tahap sellular
  • kesihatan dan kesejahteraan


Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan mengenai produk shaklee? Hubungi kami sekarang !

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu

Shaklee Bachok : Pengalaman Minum Air Gula

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 

Alahaiiiii,dengar je air gula dah terbayang mesti manisss gila2. Sebab pernah tengok orang minum air gula di klinik. Macam ngeri je nak telan! Dulu masa mengandungkan Naufal tak perlu minum,tetapi yang second nih kena minum pulak. Omakkkk aiiii,dugaan betul rasanya.



Masa tengok tu dorang minum kaler plain je,tapi yang nira minum,warna oren! Hahahhaa,ingatkan air sunquick dah,rupanya warna je lain. Mula2 minum rasa macam Performance Drink Shaklee.. ehhh ye ka? Betul. tak tipu nih.. rasa macam PD tapi hakikatnya ia bukan PD. heheheee.. kan bagus kalau air gula tu di letak ais ke.. okay la jugak kan.

Masa kena minum tu dahla tengah batuk2,rasa nak termuntah tapi nasib boleh tahan. Rasanya memang cukup ngeri,tapi mampu dihabiskan. Bagus takkkk nira? Kenapa kena minum air gula? Nira pernah tanya pada akak misi yang comel,katanya untuk mengetahui ada kencing manis ke tak masa hamil. Lagipun sejarah kehamilan nira yang first Naufal besar. 4 kg! Semua tak percaya. Yela,nira kan kecik je orangnya. Tetapi bukan melahirkan secara normal,tetapi secara czer.

Keputusan masih belum ketahui sebab baru je kena minum 2 hari lepas. Nanti bila dah keluar result insyaAllah nira share ya! Harap okayla keputusannya nanti. Aminn..

Prosedur sebelum minum air gula adalah ;

  1.  Kena berpuasa pada malam hari. So,tak boleh makan dan tak boleh minum.
  2. Pergi klinik dan kena ambik darah untuk kali pertama. Lepas ambik darah kena minum air gula.
  3. Kemudian diteruskan dengan pemeriksaan antenatal. Lepas dah siap semua,nira balik rumah sebab boringggg woo kena stay kat klinik. 2 jamm tu kena tunggu. Memang tak lah kannnn...
  4. Selepas 2 jam,nira kembali ke klinik dan ambik darah untuk kali kedua. Lepas ambik darah,terus hantar ke makmal dan balik. Result? Tak perlu tunggu. Nanti pihak klinik akan call kita. 
  5. Balik tu terus melantak sebab lapar dan dahaga!
Bila teringat air gula memang ngeri,tetapi apakan daya. Ini semua untuk kesihatan kita dan anak dalam perut. Telan je lah dan kena bayangkan kita tengah minum PD..hikhikhik..


Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan mengenai produk shaklee? Hubungi kami sekarang !

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu

Alfafa Complex Best!!

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 

Haritu regular customer repeat order. Mula2 dia ambil set kecantikan kulit. Full set! Wah,memang jimat you ambil full set nih sebab tahan berbulan tau. Cthnya :

  • SR Vitamin C untuk penggunaan 6 bulan
  • Vitamin E untuk penggunaan 4 bulan
  • B Complex untuk penggunaan 4 bulan
So memang jimat berganda la kan? Nak lagi jimat join sebagai member shaklee. Boleh jimatkan wang sebanyak 20% tauuuuu..nak tahu berapa jimattt? Ambik kalkulator kira sendiri.. ngehngehngehhh..

Okay jom berbalik cerita regular customer tu. Lepas tu dia order Alfafa Complex,katanya nak buang toksin dalam badan. So,lepas seminggu dia ambil,dia cakap.. Nira,akak tak nak makan la Alfafa Complex. Sebab jalan makin sempit! Aikkkssss,ramai wanita yang nak macam tu tapi akak tak nak pulak? Hairan kejap. Lepas tu nira cakap okayla kalau tak nak continue, akak boleh gantikan dengan Herb Lax. Pun membantu membuang toksin. Tapi bila lama2 dia cakap best la pulak makan Alfafa Complex nih!

Alfafa Complex best


Haaaa, so wanita yang bergelar isteri,anda WAJIB ambil Alfafa Complex ya. Boleh baca testimoni di sini..


Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang !

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu



Kulit Kering? Atasinya dengan Vitamin E

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 






Jika anda mempunyai jenis kulit yang kering,anda boleh menggunakan Vitamin E Shaklee. Kerana dalam Vitamin E Shaklee sangat best! Apa yang bestnya??
  • Asli tanpa silikel gel.
  • 400 i.u.
  • d-alpha tocopherol yang aktif.
Ramai yang dah mencuba dan mereka sangat berpuas hati. Kulit yang kering kini tiada lagi. Hanya lembapan yang di rasainya. 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang !

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu



Monday, 16 June 2014

Shaklee Bachok : Gadget

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 

Alahaiiii,lambat update blog untuk hari ni.. bukan apa pagi tadi awal-awal pagi dah keluar rumah. Pergi branch,post barang dan pergi beli gadget.. Hahhh gadget? Alaaa,bukan yang femes sangat pun. Beli ni pun sbb handphone yang masuk air belum siap repair. Orang tu cakap paling lama 5 hari,tapi bila pergi tanya tadi masih tak siap. Rasa hangin je satu badan. Tapi tahan je,takmo stress2.. nanti ilang keayuankuuu..


Nak tengok tak apa yang nira beli? Jenggg..jenggggg..jenggggg...
Shaklee bachok


haaaa,nilah yang nira beli tadi,untuk menggantikan phone yang rosak. Susahhhh wooooo xde kemudahan whatsapp. Nak berhubung dengan anak-anak dan ahli keluarga shaklee susahhh. Rasa macam hidup ni tak bermakna..Haaaa,gituuuu..

Tak boleh nak complain banyak sangat pasal gadget ni. Sebab baru je guna hari ni.. Yang penting hidup ku dah kembali normal dengan adanya kemudahan whatsapp.. Hehehehhee..
Rasa berbaloi la sebab boleh beli guna duit sendiri. Tidak perlu mintak walau sepuluhsen dengan suami..

Jom jadi surirumah yang berwang!

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang !

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu

Sunday, 15 June 2014

Shaklee Bachok : Cacatan Kehamilan

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 

Dah masuk 16+ kehamilan nira ni,alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik,takde alahan dan anak juga membesar dengan sihat. Semoga Allah permudahkan segala urusan sepanjang kehamilan ni. InsyaAllah.. 

cacatan kehamilan


Entri kali ni nira nak share pasal perubahan kulit semasa hamil. Untuk kehamilan kali ni,ada jerawat kecik2 tumbuh kat muka. Biasa kalau tak preggy,hanya basuh menggunakan pencuci muka,kejap je jerawat tu tumbuh. Dua tiga hari terus lesap. Tapi time preggy nih,lama la pulak dia nak bertapa kat muka nihh! Haissshhh rasa geram pun ada. Geram nak picit.

Memandangkan bulan ni PRMOMO VITAMIN E BUY 6 FREE 1,ingat nak ambik peluang beli vitamin E dan letak kat muka. Maklumla orang preggy tak boleh telan Vitamin E tetapi boleh buat masker tahu!
Best kan? Mesti nanti raya muka kuuuu akan glowingggg gitu... **ecececcecee,perasan!**

Nak tahu lebih lanjut tentang Vitamin E boleh Baca Di Sini


 Manakala untuk Perubahan Kulit Semasa Hamil boleh baca di sini Sumber.



Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang !

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu






PENGEDAR SAH SHAKLEE WAKAF CHE YEH,PASIR HOR & KUBANG KERIAN

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 

PENGEDAR SAH SHAKLEE WAKAF CHE YEH,PASIR HOR & KUBANG KERIAN

Wakaf Che Yeh, Pasir Hor dan Kubang Kerian

Anda tercari produk Shaklee berhampiran kawasan anda? 
Jika anda berada di Wakaf Che Yeh,Pasir Hor dan Kubang Kerian boleh call beliau untuk mendapatkan stok shaklee
serta tips ekluksif tentang pelangsingan,penyusuan dan kecantikan.
Beliau juga salah seorang pengguna tegar untuk set penyusuan. Hasilnya beliau sendiri telah merasainya. InsyaAllah,beliau akan berkongsi kisah penyusuannya dengan ibu-ibu di luar sana.

Tips ini akan diberikan selepas anda membuat pembelian dengan beliau.

Anda boleh hubungi beliau melalui :
Nama FB : Ninie Arianee
No Phone : 013-9708870

insyaAllah service terbaik!


Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang !

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur dan Gombak

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 

PENGEDAR SAH SHAKLEE KUALA LUMPUR dan GOMBAK

Kuala Lumpur dan Gombak


Anda tercari produk Shaklee berhampiran kawasan anda? 
Jika anda berada di Kuala Lumpur dan Gombak boleh call beliau untuk mendapatkan stok shaklee
serta tips ekluksif tentang pelangsingan,penyusuan dan kecantikan.

Tips ini akan diberikan selepas anda membuat pembelian dengan beliau.

Anda boleh hubunginya melalui :
Nama FB : Fazima Yasin
No Phone : 017-3708560

insyaAllah service terbaik!


Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang !

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu






Saturday, 14 June 2014

NATIONAL CONFERENCE SHAKLEE 2014

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 


Fuh! First time menjejakkan kaki ke National Conference Shaklee. Bukan tu je,first time jugak pergi ke Kuala Lumpur seorang diri. Sebelum ni memang tak berani,tapi sejak-sejak join Shaklee semua sanggup ku hadap. Yela,nak berjaya kena lah berusaha sikit,melainkan kalau tak nak berjaya kan? Alang-alang dah join Shaklee,haruslah buat sampai berjaya. Kena tebus balik maruah dengan suami. So,tak boleh nak hangat-hangat tahi ayam.


Program ni berlangsung di Sunway Piramid Convention Centre. Adik ipar kakak dan suami yang hantar dan jemput bila habis program. Allah permudahkan segala urusan ketika berada di sana. Syukur Alhamdulillah.

Hari Pertama ** Lepas register,tunggu pintu buka **

Untuk ni hanya pergi tengok orang lain dapat awards. Haku hanya tukang tepuk tangan dan tolong ambik gambar je. Tapi takpela sebab niat sebenar pergi NC nak jumpa upline dan super upline yang berjaya. Nak serap aura diorang. Alhamdulillah,rezeki memihak kepada haku sebab dapat jumpa Kak Azah,Kak Jannatul dan Kak Norita.

 Seseorang yang amat dikagumi. Nak ikut jejak langkah Kak N dan Suami yang tidak pernah berputus asa selama 15 tahun dalam bisness Shaklee.
 Yeayyyyyy..dapat jugak bergambar dengan mereka yang hebat! Gambar dgn kak Ila takde sebab guna kamera Kak Ila. sobbbb..sobbbb...
Super Upline. Juga salah seorang mentor yang dikagumi. Banyak tips yang diberikan kepadaku. InsyaAllah,semua akan dipraktiskan.

Sebenarnya banyak ilmu yang diberikan oleh Kak Azah,Kak Ila dan juga Kak N. Yang tidak dapa
dilupakan adalah mendapat sentuhan magik daripada Kak N.. Tetapi kejayaan tidak akan dikecapi jika aku sendiri yang tidak berusaha. So,semuanya bergantung kepada diri aku sendiri nak berjaya atau tidak!


Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang !

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu


Friday, 13 June 2014

Shaklee Bachok : Turunkan Paras Kolestrol Secara Semulajadi

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 

Holllaaaaaa,rasa awal je update entri hari ni,sebab hari jumaat (hari cuti bagi kelantan) biasanya setiap pagi nira akan pergi pasar. Beli lauk basah dan keperluan dapur. Tetapi hari ni lauk masih ada,so habiskan yang tu dulu. Sebenarnya MIL tengah berperang buat nasi lemak kat dapur,menantu pulak menghadap laptop. hehhehee.. Bukan malas tau,tapi menantu ni baru lepas mop lantai kat ruang tamu dan bilik. So,nak rest la jap. Maklumla orang mengandung tak boleh penat2. **ecececeeccc..cover lain nampak!**

Okayla,entri kali ni masih lagi nira nak share pasal Phtocol-ST Shaklee. Yela,produk baru mesti nak kena sharing selalu. Baru lah orang akan makin kenal dengan produk nih.

Apa itu Kolestrol?

Kolestrol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembnetukan sel membran,hormon,hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Dua sumber utama kolestrol

Kolestrol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolestrol yang anda makan akan meningkatkan paras kolestrol darah anda. Kandungan kolestrol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Sumber kolestrol



Bagaimana kolestrol boleh Menyebabkan Penyakit Jantung?

Terdapat dua jenis kolestrol utama dalam darah anda:

  • LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
  • HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)
LDL dikenali sebagai kolestrol "jahat" kerana paras kolestrol LDL yang terllau tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah nada. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah,seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

Sebaliknya,kolestrol HDL dikenali sebagai kolestrol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolestrol dari salur darah baik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain,HDL berperanan "membersihkan" saluran darah.

Oleh yg demikian,utk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular,anda hendaklah mengekalkan paras kolestrol HDL yang tinggi dan paras kolestrol LDL yang rendah.

Apakah Penyebab Utama Tinggi Kolestrol?

Makanan Malaysia yang mmepunyai lemak serta kalori,adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolestrol . Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolestrol tidak melebihi 330mg sehari;bagi mereka yang menghidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolestrol kurang daripada 200mg sehari.

Cuba bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti ini :

 Sarapan ( 2 keping roti canai) 350mg


 Makan Tengah Hari (Nasi Lemak) 213mg

Makan Malam (Char Kway Teow) 235mg

Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 798mg kolestrol! Itu adalah hampir tiga kali ganda lebih dari pengambilan harian yang disyorkan.

BERTINDAK HARI INI : Ikuti Petua Ini Untuk Anda Merendahkan Paras Kolestrol Darah Anda Secara Semulajadi.
  • Amalkan pemakanan seimbang,rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
  • Lakukan senaman lebih kerap.
  • Turunkan berat bdan.
  • Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet gharian anda bagi menurunkan paras kolestrol secara semulajadi.
ATASI MASALAH KOLESTROL ANDA SECARA SEMULAJADI DENGAN FITOSTEROL

Apa itu Fitosterol?

Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan,sayur0syuran,kekacang,biji-bijian,legume,bijiran dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

Jadi,Bagaimanakah Fitosterol Berkesan?

Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolestrol,dan dengan pengambilan fitosterol,ia akan bersaing dengan kolestrol untuk tapak penyerapann dalam sistem penghadaman. Hasilnya,penyerapan kolestroldihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud,apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolestrol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolestrol LDL.

Berapa banyak Fitosterol yang anda perlukan?

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolestrol secara semulajadi.





Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang !

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu


Thursday, 12 June 2014

Peningkatan Sebanyak 840% pada tahun 2013

Assalamualaikum dan Salam Sayang ♡ 

WOW!! Memang tak rugi join bisness Shaklee. See ! Peningkatan sebanyak 840% pada tahun 2013. Dan yang paling membanggakan ramai ahli Shaklee yang beragama islam menerima banyak awards. Sangat membanggakan kerana saya bakal salah seorang daripadanya!

Shaklee


Jika anda masih tercari-cari bisness yang ingin dilakukan,saya sangat mengalukan anda untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Shaklee saya. Anda akan diguide oleh saya dan mentor-mentor yang sangat hebat.

Tetapi saya tidak menjanjikan pendapatan 4,5,6 angka sekiranya anda malas berusaha,malas belajar,tidak menerima teguran dan sentiasa berfikiran positif. Kejayaan akan datang kepada mereka yang rajin berusaha,boleh menerima teguran,rajin belajar dan positif sahaja.

Jom mendaftar sebagai ahli hari ini juga!

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang !

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu

S & J PHYTOCOL-ST SHAKLEE

Assalamualaikum dan Salam Sayang 

Sebelum kita masuk kepada Q & A yang lazim tentang Phytocol-ST, kita tengok dulu apa keistimewaan Shaklee :

phytocol-st shaklee


Keistimewaan Shaklee :

  • Rumusan mantap daripada beberapa jenis fitodterol.
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Menepati 100% keperluan harian fitosterol yang disyorkan Institut Kesihatan Kebangsann (NIH)*.
  • Tiada tambahan pengawet,pewarna,perisa atau pemanis.


Soalan lazim mengenai Phtocol-ST Shaklee

S : Apa itu Phtocol-ST Shaklee?
J : Phtocol-ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2,000mg Fitosterol setiap hari.

S : Apa itu Fitosterol?
J : Fitosterol (dirujuk sbg sterol dan stanol tumbuhan) di temui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan,buah-buahan,sayur-sayuran dan bijiran. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.

S: Bagaimana pengambilan tablet ini dapat membantu kesihatan saya?
J : Institut Kesihatan Kebangsann Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg Fitosterol setiap hari,bersamaan diet rendah lemak tepu dan rendah kolestrol disamping tinggi serat larut,bersenam dan penurunan berat badan.

S: Bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil Phtocol-ST Shaklee?
J : Untuk hasil yang terbaik,ambil produk seperti yang disyorkan: dua tablet dua kali sehari dengan makanan.

S : Bolehkah saya mengambil Phtocol-ST Shaklee dan OmegaGuard Shaklee pada masa yang sama?
J: Ya. Tiada sebab kenapa anda tidak boleh mengambil kedua-dua produk ini demi menjaga kesihatan anda. Anda juga boleh mengambil CoQ Health Plus Shaklee yang boleh mengoptimunkan manfaat Phtocol-ST Shaklee.

S: Adakah produk ini sesuai untuk mereka yang mempunyai paras kolestrol tinggi sahaja?
J : Phtocol-ST Shaklee dapat membantu mengawal paras kolestrol dalam tubuh. Oleh yang demikian,ia disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.

S: Adakah Phtocol-ST Shaklee bebas gluten?
J : Ya.




Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang !

Nira Nazri (ID 1078451)
Facebook : Nira Nazri
FB Page : Naura Healthy Care
No Tel : 0129827229
COD Area : Jelawat,Bachok,Kubang Kerian & Kota Bharu


Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016