Wednesday, 23 April 2014

WASPADA senaman sewaktu hamil



Senaman sememangnya bagus untuk kesihatan biarpun kala hamil. Namun ada beberapa perkara yang perlu diambil tahu oleh ibu hamil sebelum memulakan senaman agar ia selamat untuk diri dan juga kandungan.

Sebelum lebih lanjut,ketahui apa kebaikan senaman

  • Pertambahan berat badan lebih mudah di kawal sepanjang kehamilan. Manfaat ini akan berterusan walaupun sesudah anda melahirkan bayi anda dan anda tidak perlu bersusah payah untuk menurunkan berat badan.
  • Boleh membantu saat anda ingin melahirkan bayi kerana badan anda lebih bersedia dan berstamina.
  • Bagus untuk bayi kerana banyak oksigen yang dapat disalurkan kepadanya. Senaman juga akan meninggalkan kesan positif di mana hormon endorfin yang dikeluarkan oleh tubuh anda membuatkan bayi lebih tenang dan gembira sepertimana anda merasainya.
Senaman yang digalakkan

Antara jenis senaman yang anda boleh lakukan ketika hamil adalah berjalan kaki,aerobik,renang dan jogging. Ini kerana anda tidak perlu membawa berat tambahan. Walau bagaimanapun,ia mesti dilakukan secara santai dan tidak berlebihan.

Senaman tidak disyorkan

Jenis senaman yang memungkinkan risiko hilang keseimbangan atau jatuh tidak disarankan. Oleh itu,doktor tidak mengesyorkan anda berbasikal di atas jalan raya ketika trimester kedua. Meskipun anda penunggang berpengalaman,risiko jatuh basikal tetap sama. Sebagai alternatif,anda boleh berbasikal menggunakan basikal senaman di rumah.

Peringatan !
  • Hamil bukan masa yang baik untuk memulakan sebarangan rutin cergas senaman jika anda tidak biasa melakukannya.
  • Sasarkan 30 minit sahaja setiap satu sesi. Kekerapan bersenam sehinggan lima kali atau lebih dalam masa seminggu mungkin boleh mendatangkan kemudaratan. Anda dikhuatiri boleh melahirkan bayi kecil atau mempunyai berat badan rendah semasa dilahirkan.
  • Jangan terlalu asyik bersenam sehingga kerap letih. Berhenti jika berasa lelah. 
  • Jika sudah melepasi trimester pertama,elakkan apa sahaja jenis senaman yang memerlukan anda berbaring terlentang atau berdiri setempat untuk tempoh yang lama. Hal ini kerana boleh mengurangkan aliran darah dan oksigen kepada bayi.
  • Berhenti melakukan senaman sekiranya mengalami tanda-tanda sakit dada,sendi kaki atau perut,pening atau pitam,sesak nafas,penglihatan kabur,pendarahan faraj,sukar berjalan dan mengalami kontraksi.
Waspada

Waspada sekiranya senaman sekiranya anda pernah melalui situasi ini ;
  • Melahirkan bayi pramatang atau hampir keguguran
  • Bayi dalam kandungan lebih kecil berbanding usia kehamilan
  • Berat badan berlebihan atau berkurangan
  • Mengalami anemia yang teruk
  • Menghidap tekanan darah tinggi,preklampsia atau diabetis
  • Mempunyai masalah dengan sendi atau otot
  • Ada masalah berkaitan jantung atau paru-paru
  • Hamil anak kembar,dua,tiga atau lebih
Sehubungan dengan itu,anda langsung tidak boleh bersenam sekiranya kedudukan uri di bawah (plasenta praevia),selepas usia kehamilan melepasi 26 minggu,kerap mengalami pendarahan faraj,serviks didapati lemah,menghidap penyakit jantung atau paru-paru yang serius atau tekanan darah anda terlalu tinggi.




♛❋ Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) 20%,anda boleh mendaftar sebagai ahli shaklee. Keahlian RM65 untuk seumur hidup dan anda bakal menikmati pelbagai keistimewaan apabila berdaftar sebagai ahli ♛❋



♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi nira ♛❋

FB: https://www.facebook.com/aniramustapha

Call/Text/Whatsapp : 0199582426/0129827229
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

♛❋ Dapatkan konsultasi PERCUMA & TIPS EKLUKSIF dengan setiap pembelian produk khas untuk anda! ♛❋

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016