Tuesday, 15 April 2014

Tips dan Panduan Menjaga Vagina

Bagi wanita yang telah berkahwin,penyakit kelamin menjadi ancaman dalam hidup mereka. Hal ini disebabkan aktiviti seks bersama pasangan memerlukan tahap penjagaan organ ini lebih tinggi. Sekiranya ia di abaikan,mereka boleh mendapat penyakit kelamin yang disebabkan oleh jangkitan kuman,virus mahupun kulat. Antara penyakit kelamin yang biasa terkena adalah seperti Aids,Herpes,Hepatitis B,jangkitan kulat,ketuat kelamin,kutu ari-ari dan Gonorrhoe.

Dalam kalangan wanita yang belum berkahwin pula,kebiasaanya mereka mengalami masalah keputihan. Keputihan adalah cecair ataulendir daripada alat sulit wanita. Keputihan yang normal tidak berbau dan tidak gatal. Tetapi lelehan keputihan yang banyak,berbau,gatal,warna kuning dan adakalnya kehijaun,ia menandakan berlaku jangkitan bakteria,virus atau parasit.

Wanita yang mengalami masalah pada alat sulit sering gelisah,rungsing,dan keyakinan diri berkurangan. Mereka akan menjauhkan diri daripada orang ramai kerana ketidakselesaan pada bahagian peribadi,rasa gatal dan berbau. Sebagai langkah pencegahan,wanita perlu menjaga kawasan peribadi mereka. Oleh disebabkan bahagian peribadi wanita selalu lembap,bakteria juga akan mudah membiak dan ia boleh mendatangkan bauy yang tidak menyenangkan.

Entri kali ini,ada beberapa tips dan panduan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan alat sulit wanita,vagina ;




1. Cuci tangan sehingga bersih.

2. Cuci bahagian luar alat sulit dengan air bersih.

3. Gunakan wantu mandi dan membuang air untuk membersihkan alat sulit.

4. Gunakan sabun khusus jika perlu.

5. Gunakan seluar dalam yang bersih.

6. Pakai seluar dalam yang selesa.

7. Pilih seluar dalam daripada kain kapas.

8. Gunakan panty liner jika anda mengalami masalah keputihan dan sering menggantikannya.

9. Potong atau cukur rambut pada bahagian peribadi untuk mengelakkan lebihan peluh dan pembiakan bakteria.

10. Sentiasa pastikan alat pencukur dan gunting sentiasa bersih.

11. Elakkan berkongsi seluar dalam.

12. Sebaik-baiknya gunakan air suam untuk pencucian.

13. Sewaktu haid gunakan tualan wanita yang sesuai.

14. Sering tukar tuala wanita ketika membuang air kecil.

15. Selepas membersihkan bahagian sulit,keringkan dahulu kemudian barulah pakai seluar dalam.

16. Menyembur atau memercikkab air ke dalam vagina (menggunkan alat/produk yang dijual ) untuk membersihkan vagina tidak digalakkan. Dapatkan nasihat daripada yang arif tentang cara penggunaannya.

17.  Anda juga boleh menggunakan air rebusan sireh untuk mencuci bahagian sulit.

18. Elakkan mengguna produk haruman seperti bedak dan pewangi pada vagina. Ini kerana keseimbangan pH dalam vagina sangat sensitif.


Sekiranya terdapat tanda seperti kegatalan,keputihan yang berelebihan,berbau,sakit atau bengkak pada bahagian alat sulit,pergilah berjumpa doktor. Jika dibiarkan,ia boleh menjejaskan kesihatan,tahap reproduksi dan seksualiti wanita.



** These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases **




♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee atau ingin menjana pendapatan dengan Shaklee boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426/0129827229
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)


Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016