Saturday, 26 April 2014

Shaklee Bachok : Kenali dan Tangani STRES Anda



Kenali apa itu stres?

Stres ialah tindak balas fizikal,emosi dan mental kepada perubahan. Stres merangkumi tekanan,beban,konflik,keletihan,ketegangan,panik,perasaan gemuruh,kebimbangan,kemurungan dan hilang daya yang boleh berlaku apabila terjadinya perubahan pada tubuh badan atau fikiran sendiri.

Kenapa anda stres ?

  • Diri sendiri - kecewa
  • Keluarga - masalah rumahtangga,kewangan,anak dan sebagainya
  • Pekerjaan - tidak cemerlang dalam kerja,tidak naik pangkat,dibuang kerja,kena tukar dan sebagainya
  • Komuniti - bertengkar dengan jiran
  • kesesakan lalulintas
  • Persekitaran yang tidak selesa
  • Tragedi
  • Menunggu lama
Tanda stres
  1. Jantung berdengup kencang
  2. Cepat marah
  3. Rasa tidak gembira
  4. Hilang selera makan
  5. Hilang minat kerja
  6. Tidak cukup tidur
  7. Suka menengking
  8. Cuba jauhkan diri
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah?
  • Bertenang..tarik nafas dan lepas perlahan-lahan
  • Kenal pasti punca anda marah
  • Mendapat nasihat orang lain
  • Beredar ke tempat lain bagi mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan ahli keluarga atau rakan
  • Membiasakan diri memaafkan dan menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan.
Amalkan 10 B
  1. Bertenang
  2. Bernafas dengan dalam
  3. Berkata : relakslah...
  4. Beribadat
  5. Bercakap dengan seseorang
  6. Berurut
  7. Berehat dan mendengar muzik
  8. Beriadah
  9. Bersenam
  10. Berfikiran positif




♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi nira ♛❋

FB: https://www.facebook.com/aniramustapha

Call/Text/Whatsapp : 0199582426/0129827229
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016