Wednesday, 16 April 2014

Shaklee Bachok : Ekzema,Panduan Elak dan Rawat

Ekzema disifatkan sebagai kecacatan kulit yang menyebabkan alahan mudah meresap ke lapisan kulit. Ia juga boleh menyebabkan kehilangan lembapan kulit yang serius. Ekzema juga menyebabkan kegatalan yang melampau dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semakin kering. Jika digaru secara berulang,lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitaran ini berpotensi untuk berulang. Oleh sedemikian,pencegahan perlu dilakukan.

shaklee bachok

PANDUAN ELAK EKZEMA 

1. Had penggunaan produk yang berisiko

  • Pastikan anda mengelak diri daripada menggunakan produk selepas bercukur,gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi pada kulit.
2. Selektif pilih losyen
  • Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi bahan pewangi dan tambahan yang berlebihan. Boleh juga menggunakan pelembap berbentuk krim yang sesuai untuk kulit kanak-kanak. Hal ini disebabkan kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang snagat sesuai untuk kesan lembapan. Anda boleh mengamalkannya setiap hari.
3. Gunakan sabun yang lembut
  • Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.
4. Berendam seketika
  • Berendam dalam tab mandi adalah baik untuk kesihatan kulit. Ini kerana lapisan luar boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya berendamlah selama 15 hingga 20 minit.
5. Pilihlah tuala yang lembut
  • Gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Selepas mandi sapukan losyen atau minyak bayi agar dapat mengekalkan lembapan kulit.



6. Kawal aktiviti harian
  • Kepanasan atau berpeluh boleh menyebabkan kegatalan kulit. Jika boleh,elakkan aktiviti yang boleh menyebabkan anda berpeluh yang terlampau.
7. Jangan menggaru
  • Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biar pun anda berasa gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaiknya gunakan pelembap untuk mennagani kegatalan tersebut.
8. Kain kapas atau kombinasinya
  • Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi pada kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.
9. Kawal tekanan
  • Belajarlah cara mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik ini boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.
10. Amalkan penjagaan khas secara konsisten
  • Bahagian kulit yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan.Teruskan rutin harian penjagaan kulit seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda biarpun setelah kulit anda pulih sepenuhnya.
CARA UNTUK MENGELAKKAN EKZEMA
  • Pastikan bilik tidur selesa dan nyaman,tidak terlalu sejuk atau panas.
  • Elakkan menggunakan karpet di dalam rumah. Sekiranya perlu menggunakan karpet,pastikan ianya sentiasa bersih dan tidak berdebu.
  • Sekiranya anda alahan pada bulu kucing atau anjing,elakkan daripada memelihara binatang ini.
  • Elakkan mandi air panas atau suam.
  • Elakkan menggunakan baju yang berlapi-lapis bagi mengelakkan anda berpeluh berlebihan.
  • Gunakan fabrik daripada kain kapas dan nipis.
  • Elakkan menggunakan fabrik yang kasar.
  • Jangan menggunakan sabun apabila mandi. Seeloknya,gunaka emolien atau pembersih yang tidak bersabun.
  • Gunakan krim pelembap setiap kali selepas mandi atau membasuh tangan. Cuba gunakan pelembap sekerap mungkin.
  • Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengelakkan luka dan jangkitan kuman kepada kulit.
  • Bagi pesakit yang mempunyai alahan,elakkan daripada mengambil makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut,telur dan sebagainya. 


sumber : RAPI




♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee atau ingin menjana pendapatan dengan Shaklee boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426/0129827229
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016