Saturday, 12 April 2014

Menyusukan anak ketika hamil. Boleh atau tidak ?

Jawapan oleh Heidi Eisenberg Murkoff,pengarang buku bersiri kehamilan dan keibubapaan,yang terkenal dan "best selling", What to Expect.

Soalan : "Saya baru mendapat tahu bahawa saya hamil lapan minggu bayi kedua. Tetapi saya masih menyusukan bayi pertama. Adakah ia OK untuk meneruskan penyusuan sepanjang kehamilan saya atau adakah saya perlu bercerai susu? Jika saya teruskan adakah keperluan nutrisi seorang bayi saya akan terganggu atau berisiko?


Jawapan : Jika anda bimbang anda perlu memberhentikan penyusuan si manja,tak usah risau. Selagi anda merasakan mahu menyusu si manja,teruskan! Walaupun anda sedang hamil anak kedua.

Tetapi anda perlu ingat bahawa menyusukan anak ketika hamil tidak semudah itu. Satu perkara yang anda semestinya ingat,semasa hamil (terutama semasa trimester pertama dan trimester ketiga) adalah waktu sukar. Tambahan pula dengan penghasilan susu dan tahap tenaga anda,mungkin anda akan keletihan. Puting anda juga akan lebih sensitif di awal kehamilan dan menyusukan si manja yang kelaparan mungkin boleh menyebabkan puting anda berasa sakit. Selain itu penyusuan akan merangsang hormon oksitoksin (horman yang menyebabkan rasa untuk bersalin-contraction),jadi jangan terkejut jika anda merasa Braxton Hicks yang lebih kuat daripada kebiasaannya di akhir kehamilan nanti. Jika anda rasa menyusukan dan hamil adalah amat berat untuk diri anda dan bercerai susu adalah penyelesainnya,janganlah rasa bersalah mengenainya.

Satu perkara yang anda perhatikan jika menyusukan si manja ketika anda hamil ialah pengurangan dalam penghasilan susu. Pada mulanya,anda perlu perhatikan pengeluaran susu anda dan seterusnya berat si manja anda.- untuk memastikan jika anda masih menghasilkan susu yang mencukupi atau perlu ditambah dengan susu formula. Tetapi jika si manja anda telah mula makan,ia mungkin tidak menjadi isu. Untuk menghasilkan susu yang berkekalan,tidaklah susah selagi anda pastikan diri anda mendapat kalori tambahan. Dapatkan jumlah kalori tambahan sebanyak 500 ke 800 (300 untuk anak yang di kandung dan 200 ke 500 untuk penghasilan susu),empat hidangan protein dan enam hidangan kalsium setiap hari. Air masak juga perlu di ambil lapan gelas sehari.

Untuk lebih keyakinan,dapatkan nasihat daripada pakar penyusuan anda dan pakar kanak-kanak sepanjang progres kehamilan anda.





♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee atau ingin menjana pendapatan dengan Shaklee boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426/0129827229
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016