Wednesday, 16 April 2014

IBU HAMIL WAJIB TAHU

shaklee bachok


Ibu hamil perlu menjaga kesihatan supaya tidak deman,selsema,batuk dan sakit perut. Untuk menjaga kesihatan ini,kita perlu menitikberatkan soal makanan. Ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil. Tidak boleh main hentam sahaja. Yang penting kesihatan ibu dan anak dalam kandungan sihat.

Jom kita baca apa yang perlu di elakkan oleh ibu hamil. Semoga ini dapat membantu ibu hamil di luar sana untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan. Hal ini kerana,kita tidak tahu kerang itu telah dimasak dengan betul atau tidak. 
  • Bahan-bahan makanan seperti steamboat yang tidak masak sepenuhnya. Kita perlu memastikan ia direbus sehinggan betul-betul mendidih terutamanya daging,telur dan kerang-kerangan.
  • Keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat seperti Brie dan Camembert,dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
  • Pate,danging mentah atau kurang  masak dan telur. Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi kita. Apabila memasak daging atau telur pastikan ia masak sepenuhnya.
  • Makanan laut mentah seperti sushi dan tiram.
  • Ikan jerung,todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semulajadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi raksa,oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.
  • Hati dan produk hati (pate,sosje hati) perlu dielakkan kerana kesemuannya mungkin mengandungi sejumlah besar Vitamin A jenis retinol. Jika terlalu banyak bahan ini,boleh membahayakan kesihatan bayi anda.
  • Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Ini bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman kola sehari. Sebagai ganti,kita boleh ambil ESP Shaklee untuk memberi tenaga dan stamina kepada ibu hamil.
  • Pastikan membasuh sayur yang di makan dengan sempurna bagi mengelakkan risiko toxoplasmosis. Toxoplasmosis mungkin mencemarkan tanah dimana sayur ditanam.



♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee atau ingin menjana pendapatan dengan Shaklee boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426/0129827229
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)
Post a Comment