Wednesday, 16 April 2014

5 Tips Yang Mempengaruhi Kecantikan dan Kesihatan Wanita

kesihatan


Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan apabila anda sudah meningkat usia? Pemakanan dan penjagaan yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang baik walau pada usia tua. Berikut merupakan 5 perkara yang berguna patut diambil berat ketika usia belia.

1. Senaman membina peribadi positif

  • Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu mengurangkan tekanan. Risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Selain itu,ia membantu melancarkan peredaran darah dengan lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen yang mencukupi. Hasilnya,kulit akan cantik dan berseri-seri. Bonus,berat badan ideal dikecapi sepanjang hayat.
2. Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua
  • Walaupun berat badan anda tidak akan bertambah ketika anda menikmati makanan berlemak,kesannya akan ketara apabila usia makin meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat apabila usia anda meningkat. 90% daripada penyelidikan telah membuktikan penyakit jantung dapat dielakkan jika anda menjaga pemakanan ketika di usia muda lagi.
3. Merokok menambah wajah usia anda
  • Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda,malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok,bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.

4. Perkembangan tulang wanita akan berhenti ketika berusia 35 tahun
  • Siapa kata hanya kanak-kanak yang perlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita,penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan kulit wajah. Pengambilan harian vitamin D dan kalsium di usia 20an hingga 30an amat penting bagi mengelakkan berlaku keretakan tulang. Jika anda susah untuk mengambil susu,pengambilan multivitamin seperti Osematrix Shaklee sudah memadai kerana di dalam satu kaplet mengandungi magnesium,Vitamin D dan kalsium. Amalkan juga senaman seperti jogging untuk menguatkan tulang. 


5. Sayangi diri anda lebih daripada orang lain
  • Sebagai isteri,ibu dan bisnesswomen,saya meletakkan suami dan anak-anak sebagai perkara utama. Tetapi tidak salah sesekali kita memanjakan diri sendiri. Maksudnya mencuri sedikit masa untuk mendapatkan rehat yang mencukupi kepada diri,melakukan perkara yang disukai. Dengan itu,stress mungkin dapat dikurangkan. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.



♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee atau ingin menjana pendapatan dengan Shaklee boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426/0129827229
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016