Tuesday, 8 April 2014

11 Kelebihan Tea Hijau Yang Anda Perlu Tahu

Teh biasa ada di setiap rumah di Malaysia. Dah menjadi kebiasaan kepada kita untuk minum teh,pergi kedai pun biasa kita order teh. Paling best jika dimakan bersama kui tradisional atau di makan dengan biskut pada waktu petang.

Teh hijau adalah sejenis teh yang banyak khasiat dan kelebihan. Biasanya ia di minum tawar tanpa gula atau dicampur dengan sedikit madu. Rata-rata antara kita sudah tahu akan kebaikan teh hijau ni,malah jauh lebih baik untuk kesihatan kita. Antara kelebihannya adalah :

1. Mengurangkan berat badan

Teh hijau meningkatkan metabolisme badan. Apabila metabolisme badan meningkat,badan lebih cepat memproses,lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori.

2. Pesakit diabetis

Teh hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darah selepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.

3. Pesakit jantung

Para saintis percaya teh hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah,saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini,ia akan mengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.

4. Kolestrol

Teh hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.

5. Risiko barah esofagus

Teh hijau dipercayai mengurangkan risiko barah esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.

6. Alzhemeir dan Parkinson

Teh hijau dipercayai boleh mengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzhemeir dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.

7. Reputan pada gigi

Satu kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak,karies gigi,dan masalah gigi yang lain.

8. Tekanan darah

Pengambilan teh hijau yang kerap boleh mengurangkan tekanan darah tinggi.

9. Tekanan perasaan

Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.

10. Antibakteria

"Catechin" dalam teh adalah sejenis bakteria yang kuat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap teh hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.

11. Penjagaan kulit

Teh hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan,kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan panahan cahaya matahari.

shaklee bachok




** These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases **



♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee atau ingin menjana pendapatan dengan Shaklee boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426/0129827229
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016