Thursday, 13 March 2014

Urutan Perineum memudahkan proses kelahiran

Saat melahirkan adalah saat yang paling mendebarkan,terutama bagi ibu muda. Sebelum kelahiran banyak mendegar cerita daripada orang-orang senior dan pelbagai bayangan yang ada dalam fikiran. Takut,koyak,kena gunting dan macam-macam lagi.

Kali ni saya nak share sedikit info untuk bakal ibu yang bakal melahirkan anak untuk melakukan urutan perineum. Ini bertujuan untuk memudahkan proses kelahiran.

Kenali apa itu "perineum" ??
Perineum ialah kawasan di antara faraj dan dubur.

Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku ??
Antara 40%-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.

Bagaimana untuk elakkannya berlaku ??
** Lakukan "Perineal Massage"
** Menggunakan 1 atau 2 jari
** Di lakukan sendiri di rumah,1-2 kali sebleum 4-6 minggu tarikh janka kelahiran.

Bolehkah suami tolong ??
Sudah tentu.



♥♥ Urutan Perineum 

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu andamemudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Andadigalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan. Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar
bersih.

Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu
yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

♥♥ Teknik urutan perineum

1. Sapukan jari dengan minyak.
2. Letakkan satu atau 2 ibu jari ke dalam dinding vagina.
3. Letakkan 4 lagi jari di bahagian punggung.
4. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk ‘U’.
5. Urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali.
6. Selepas selesai urutan, buat kemutan pada vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.

Lakukan setiap hari, perineum akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.



♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋




Call/Text/Whatsapp : 0199582426/0129827229
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)
Post a Comment