Thursday, 27 March 2014

Petua Cantik

Nyah Jeragat dan Bintik Hitam

  • Sediakan daun bretik,beras dan kulit kayu manis. Rendamkan beras semalaman sehingga kembang. Setelah itu,kisar atau tumbuk bersama daun betik dan kulit kayu manis. Tambahkan sedikit air. Sapukan pada kulit dan biarkan kering selama 30 minit. Ketika masih lembap,gosok seperti skrub,kemudian cuci.

Minuman Atasi Ketiak Berbau
  • Masalah ketiak berbau memang memalukan,terutamanya buat wanita. Jika selalunya disapu terus pada kulit,kali ini cuba lakukan secara dalaman. Atasinya dengan petua merebus daun sirih bersama beberapa kuntum bunga kenanga. Didihkan ia sehingga air tinggal separuh. Setelah itu tapis dan campurkan sedikit gula merah. Minum campuran ini sebanyak 2 kali seminggu.
Kulit Cantik Tanpa Kurap
  • Kebelakangan ini jarang mendengar mengenai masalah kurap,namun ia tetap ada. Bagi mengatasinya,dapatkan santan pekat dan daun kangkung yang ditumbuk lumat. Gaul sekata kedua-duanya  dan terus sapu pada bahagian yang berkurap. Biarkan ia kering kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan setiap hari untuk mendapat hasil yang bagus.
Bibir Merekah Bak Delima
  • Bukankah cantik memiliki bibir merah bak delima secara semula jadi? Biar pun tanpa secalit gincu,bibir tetap nampak menarik dan tidak pucat.  Sediakan kunyit hidup dan tumbuk sehingga hancur. Setelah itu,campurkan pati santan gaulkan bersama. Ambil sedikit demi sedikit dan sapukan pada keseluruhan. Petua ini sebaik-baiknya diamalkan 3 kali dalam seminggu.



♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426/0129827229
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)
Post a Comment