Monday, 3 March 2014

Info Kelahiran

Bila tiba waktu kelahiran merupakan waktu yang paling mendebarkan. Apa taknya,sakit yang datang dengan kerap,rasa tidak selesa,masih trauma dengan cerita-cerita dari mereka yang pernah bersalin dan perasaan tika itu bercampur baur. Saya juga tidak terkecuali.

Entri kali ini Nira nak sharekan tentang INFO KELAHIRAN dan apa yang anda perlu lakukan apabila
sudah tiba waktu untuk bersalin.



Pemeriksaan kontraksi awal.
  • Jika ketuban pecah atau mula mengalami kontraksi sebelum minggu ke-37 kehamilan,dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.Anda perlu melalui pemeriksaan faraj bagi mengetahui ukuran bukaan serviks. Saiz servik yang pendek menandakan proses kelahiran akan bermula. Salah satu lagi cara lain ialah anda perlu menjalani ujian khas bagi mengesan bahan yang dinamakan fibronectin fetus dalam cecair faraj anda. Kewujudan bahan ini lazimnya menandakan bayi akan dilahirkan dalam tempoh terdekat.
Kedudukan bayi
  • Sekiranya bayi berada dalam posisi posterior,masa akan diambil lebih lama untuk kepalanya terletak betul-betul di dalam serviks (engaged). Oleh itu,proses kelahiran yang sempurna pun mengambil masa.
Bersalin dalam air
  • Sejak tahun 2008,pilihan cara bersalin di dalam air ada ditawarkan di dua buah hospital swasta iaitu Island Hospital di Pulau Pinang dan Pantai Medical Centre di Bangsar,Kuala Lumpur.
Tempoh di hospital
  • Jika bersalin secara normal dan bayi sihat,kemungkinan besar anda boleh pulang ke rumah satu atau dua selepas kelahiran. Jika anda menjalani pembedahan caesarean pula,anda mungkin perlu tinggal di hospital antara tiga hingga lima hari. Jika ada sebarang masalah pada bayi atau anda sendiri,ini bermakna anda perlu tinggal lebih lama di hospital.
Suntikan epidural
  • Jangan bergerak semasa suntikan epidural diberikan. Hal ini penting untuk membantu pakar bius meletakkan tiub dengan betul pada bahagian belakang anda. Ketika itu,anda mungkin berbaring sambil mengiring atau duduk di tepi katil dengan membongkok ke hadapan. Tumpukan perhatian pada pernafasan anda. Tarik nafas sedalam-dalamnya dan keluarkan nafas dengan perlahan melalui mulut anda.
Jangan hanya berbaring
  • Kajian menunjukkan terdapat kelemahan jika anda hanya berbaring semasa dalam proses bersalin. Antaranya,kontraksi lebih sakit dan kurang efektif;mengurangkan aliran darah kepada bayi,menyempitkan laluan pelvis lalu menjadikan tempoh kelahiran yang lebih panjang.

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426/0129827229
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016