Saturday, 15 March 2014

Elak Jerit Anak


Bergelar ibu bapa bekerjaya bukan sesuatu yang mudah,tambahan pula selepas seharian dihambat beban tugas dan lewat petang pula terpaksa melalui kesesakan lalulintas untuk pulang ke rumah.

Apabila rutin harian bertukar menjadi beban,menyebabkan ramai ibu bapa yang bertukar sifat ketika melayani anak-anak. Sedangkan ketika itu anak-anak dahagakan kasih sayang kerana seharian di tinggalkan oleh ibu bapa. Kebanyakan ibu bapa malas untuk melayani karenah anak-anak kerana mereka penat dengan bebanan kerja di pejabat.

Menjerit kepada anak bukan sahaja memberi kesan negetif kepada mereka malah turut memberi kesan kepada ibu bapa. Antaranya mengalami kenaikan paras hormon cortisol (tekanan,) seterusnya menyumbang kepada penyakit disebabkan tekanan darah tinggi seperti serangan jantung,angin ahmar,kegemukan dan kurang imun badan. Entri kali ini saya share tips untuk mengurangkan tekanan,bertenang dan seterusnya menjadi ibu bapa yang lebih berwibawa.


  1. Senyum - Apabila terasa kecewa,gunakan sedikit baki kesabaran untuk senyum kerana senyum boleh merangsang atau bertukar sebaliknya.
  2. Ambil kamera - Jika anak anda tumpahkan sesuatu,atau menconteng dinding,daripada anda menjerit tidak tentu hala,better ambil kamera dan rakamkan aksi mereka. Nanti bila dah besar boleh tunjuk betapa "nakal"nya mereka sewaktu kecil. (kena cuba ni..heheheheee)
  3. Tarik nafas panjang - Menyedut oksigen secara perlahan-lahan boleh membantu anda bertenang seketika dan membantu mengembalikan keseimbangan tubuh sewaktu ia goyah.
  4. Kuat kuasa peraturan - Tidak menjerit kepada anak tidak bermakna mereka terlepas daripada hukuman - waktu inilah paling terbaik untuk membuat percaturan bertujuan membentuk anak yang bertanggungjawab dan menghormati.
  5. Perhatikan mereka - Selalunya ibu bapa leka dan tidak tahu jalan cerita penyebab berlakunya "kesilapan" anak. Tidak mustahil,tragedi tepung tumpah terjadi kerana mereka sedang mencuba aksi yang ditonton untuk membuat kek cawan yang comel kepada anda. Siapa tahukan?
  6. Makan coklat - Coklat gelap dikatakan boleh menurunkan darah tinggi dan jika anda rasa darah anda naik,dan kemarahan meluap-luap,gigit coklat gelap !
  7. Cuba cari kebaikan untuk dipuji - Puji anak dan beritahu apa kelebihan mereka. Jangan menjeritn kerana anak akan fikir yang mereka tidak pernah berbuat kebaikan kepada anda.
  8. Selami hati mereka - Tanya apa yang mereka inginkan sebenarnya. Hormati kehendak mereka.
  9. Beritahu mereka perasaan anda - Selalunya perkataan paling mudah difahami oleh anak-anak ialah "Anak-anak,ibu sudah hilang sabar".
  10. Peluk mereka - Pelukan boleh meredakan tekanan di antara dua individu. Pelukan juga mengukuhkan hubungan ,malah boleh memberi impak kepada perbuatan yang boleh mengundang perasaan marah.
Semoga tips ini berguna untuk semua ibu bapa dan boleh dipraktikan ketika marah kepada anak-anak.
Harus diingat bahawa anak-anak adalah pinjaman daripada DIA dan kita sebagai ibu bapa harus jaga mereka sebaik mungkin.


♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426/0129827229
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)





Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016