Friday, 21 February 2014

Topik : Langkah demi langkah pemeriksaan antenatal

Sebaik disahkan hamil,rutin pemeriksaan antenatal perlu dilakukan. Jangan sesekali culas kerana ia banyak membantu anda memantau kesihatan diri dan kandungan.

pemeriksaan antenatal



  1. Timbang berat badan : Setiap kali pemeriksaan antenatal,timbangan berat badan akan dilakukan. Ini bagi memastikan berat badan anda terkawal dan berada pada skala normal iaitu pertambahan antara 10 hingga 20kg. Jika berat badan anda kurang daripada skala penambahan ini,ia mungkin menjadi petunjuk bayi kurang mendapat nutrient mencukupi. Bagi berat badan berlebihan daripada skala yang ditetapkan pula,ia boleh menjadi petanda anda menghidap diabetis semmasa hamil.
  2. Ukuran tinggi : Ktinggian anda hanya akan dilakukan sekali sahaja iaitu ketika pertama kali melakukan pemeriksaan antenatal. Ia diambil bagi mendapatkan gambaran awal saiz pelviks anda. Ukuran ini penting kerana saiz pelviks yang kecil boleh mengganggu kelancaran proses kelahiran dan biasanya doktor akan menasihatkan anda melahirkan bayi melalui pembedahan caesarean.
  3. Pemeriksaan tekanan darah : Pemeriksaan ini turut dilakukan setiap kali anda melalui rutin ini. Ia dilakukan bagi memantau sebarang perubahan dalam tekanan darah. Tekanan darah yang normal sewaktu hamil ialah 120/70. Jika tekanan darah anda melebihi 140/90 doktor akan memberi perhatian khusus kepada kehamilan anda agar ia tidak memudaratkan diri anda dan kandungan.
  4. Ujian air kencing : Air kencing perlu diambil untuk diuji setiap kali pemeriksaan antenatal dilakukan atas tujuan mengesan pelbagai penyakit yang memerlukan rawatan rapi seperti gula,protein,nanah,darah dan sebagainya. Kewujudan gula dalam air kencing merupakan tanda pertama penyakit diabetis. Kesan protin pula dapat menunjukkan sama ada buah pinggang anda berfungsi dengan baik atau tidak. Malah,perlu diketahui protein yang banyak boleh menyebabkan anda menghidap penyakit darah tinggi.
  5. Ujian darah : Di pemeriksaan sntenatal kali pertama, sedikit darah diambil bagi mengetahui kumpulan darah,rhesus darah dan kekebalan tubuh anda tehadap rubella. Antara lain,ujian darah juga dapat mengenalpasti risiko terhadap penyakit-penyakit seperti sifilis,Hepatitis B dan HIV.
  6. Ujian imbasan : Ketahuilah bahawa ujian imbasan bukan sekadar untuk mengetahui jantina bayi ! Lebih daripada itu,ujian ini penting untuk membolehkan doktor mengetahui saiz rahim anda,menjangka usia dan saiz kandungan;meneliti perkembangan bayi serta mengenalpasti sebarang kecacatan yang mungkin ada pada bayi dalam kandungan.
  7. Pemeriksaan pergelangan kaki : Bengkak di pergelangan kaki menjadi petanda tekanan darah tinggi dan kencing berprotein. Oleh kerana itulah bahagian ini diperiksa setiap kali pemeriksaan antenatal bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
Kekerapan pemeriksaan :
  • Setiap bulan : selepas disahkan hamil hingga kandungan berusia tujuh bulan.
  • Setiap dua minggu : Pada bulan ke-8 kehamilan.
  • Setiap minggu : pada bulan-9 kehamilan.
Seawal minggu :
  • Minggu ke-8 hingga ke-11 : imbasan trimester pertama dilakukan bagi menentukan usia bayi.
  • Minggu 18-22 : imbasan trimester kedua yang lebih terperinci bagi mengetahui usia sebenar dan bilangan bayi (satu atau lebih). Kecacatan bayi boleh dikesan seawal minggu ke-19.
  • Minggu 28 : Imbasan dilakukan bagi mengenalpasti tahap pelekatan uri.
  • Minggu 32-34 : Imbasan dijalankan bagi menilai perkembangan bayi dan jumlah air ketuban.

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016