Tuesday, 11 February 2014

Santapan Rohani : Fadhilat & Hikmah Membaca Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlas (bererti tauhid yang sebersih-bersihnya) adalah Surah yang ke 112 di dalam Al-Quran mengandungi empat ayat sahaja. Ia dinamakan Al-Ikhlas kerana Rasulullah SAW diperintahkan agar menegaskan kepada umum bahawa Allah Taala Maha Esa dan tiada sebarang bandingan-Nya. Surah ini merupakan firman Allah yang menjadi pokok akidah yang sebersih-bersihnya untuk dijadikan asa pegangan hidup umat islam.

Terdapat banyak Hadis-hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat,faedah dan hikmatnya bagi sesiapa yang mengamalkannya membaca surah ini.

  • Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas ini satu kali,maka Allah Taala memberi pahala sebanyak seratus orang pahlawan syahid.
(Maksud Hadis dari Ubai bin ka'ab)

  • Sesiapa yang membacanya sepuluh kali setiap lepas solat Subuh maka tidak akan tejadi kepadanya suatu dosa pun,walaupun syaitan bersungguh-sunggh menggodanya.
(Maksud Hadis dari Ali bin Abu Talib r.a)

  • Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas satu kali maka seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran
(Maksud Hadis dari Anas bin Malik)

  • Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas tiga kali maka seolah-olah ia membaca keseluruhan Al-Quran
(Maksud Hadi dari Anas bin Malik)

  • Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas dalam solat-solat fardhu maka Allah Taala mengampuninya beserta kedua ibu bapanya dan orang-orang yang celaka lalu menuliskannya dalam buku daftar orang-orang yang berjaya.
(dari sebuah khabar-Majalis)

  • Sebuah Hadi Rasulullah SAW pula bermaksud,sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sepuluh kali maka Allah Taala akan membinakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga.
  • Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas semasa dalam sakit yang membawa kepada kematiannya maka ia tidak akan terkena fitnah kubur dan aman dari himpitan kubur dan ia akan di bawa oleh malaikat dengan tapak tangannya hingga melepasi sirat menuju ke syurga.
(Maksud Hadis Riwayat At-Tabrani)

  • Sebuah lagi Hadi Rasulullah SAW bermaksud,sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas diatas perkuburan sebanyak sebelas kali dan pahalanya dihadiahkan kepada umat Islam yang telah meninggal dunia,maka diterimakan kepadanya pahala sebanyak mereka yang telah meninggal dunia.
Terdapat banyak lagi Hadis-hadis Rasululllah SAW mengenai fadhilat dan faedah serta hikmah mengamalkannya membaca Surah Al-Ikhlas.

Erti Surah Al-Ikhlas
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
  1. Katakanlah : "Dia-lah Allah,Yang Maha Esa".
  2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-nya segala sesuatu.
  3. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan,
  4. Dan tidak ada sesiapun yang setara dengan Dia."

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016