Tuesday, 11 February 2014

Kejang otot kaki

Simpul mengkarung,istilah yang digunapakai di kalangan masyrakat Melayu mengenai kekejangan otot kaki tidak begitu diambil perhatian kerana dianggao tidak berbahaya. Namun sesiapa yang pernah mengalaminya pasti mengetahui bagaimana rasa sakitnya.


Kekejangan otot biasa dilihat berlaku pada ahli sukan yang "mengerah" anggota tubuh,khususnya pada bahagian kaki untuk "bekerja" keterlaluan.

Namun serangan itu juga berlaku kepada orang biasa ketika duduk,berdiri atau baring terlalu lama pada satu kedudukan. Ia akibat otot terasa cekang,keras dan sakit dalam satu tempoh masa tertentu.

Namun begitu,jika kekejangan tersebut dibiarkan tanpa dilakukan urutan,ia mengambil masa lebih lama untuk kembali kepada asal dan boleh membahayakan terutamanya jika serangan berlaku ketika seseorang itu sedang menyelam atau berenang.

Kekejangan berlaku disebabkan pengecutan otot secara tidak terkawal yang dikenali sebagai noctunal leg cramps yang menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan berasa sakit. Kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki atau betis sahaja malah mungkin boleh berlaku pada bahagian-bahagian lain seperti peha,perut,tumit dan juga tapak kaki.

Kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.  Keadaan ini sebenarnya berpunca daripada dehidrasi ,kekurangan garam mineral ,seperti magnesium,potasium,sodium dan karbohidrat.



** These statment have not been evaluated by Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose,treat,cure,or prevent any diseases **

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016