Sunday, 16 February 2014

Istimewa Untuk Wanita : 8 Rahsia petua melayu lama

Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik,menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah melalui pembacaan saya menerusi berbagai pengalaman dan tulisan.




  1. Bangkit Bersambut - Apabila mahu tidur malam,duduk belunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur,lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
  2. Wajah Suci - Apabila bangun pagi,jika membasuh muka elakkan mencucinya dengan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika ambil air sembahyang pun,usahlah dikesat air itu dan biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wnaita,dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
  3. Menyegarkan Payudara - Apabila mandi,terutamanya di awal pagi,cucurkan air pancuran ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar,tidak mudah jatuh.
  4. Taman Semerbak - Mewangi amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang melampau.
  5. Lubang Jarum - Latih otot penahan kencing,seolah-olah seperti menahan dan hendak membuang air kecil,kemutkan berulang-ulang.kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah menahan mahu buang air besar,berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.
  6. Suara Perindu - Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara,jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikaakan bahawa suara perawan adalah baai bunyi seruling yang merdu.
  7. Mengurut Pangkal Bunting Padi - Biasakan mengurut di pangkal betis,iaitu cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan sellau,kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.
  8. Payudara Montok - Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.


♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)


Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016