Tuesday, 4 February 2014

Fadhilat & Hikmah Membaca : ADH-DHUHA

SURAH Adh-Dhuha (bererti waktu Dhuha) merupakan Surah yang ke 93 di dalam Al-Quran,mengandungi 11 ayat. Ia dinamakan Adh-Dhuha kerana di awal Surah itu Allah Taala bersumpah dengan waktu tersebut dan juga dengan waktu malam,bahawa Ia tidak meninggalkan atau membenci Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang diperkatakan oleh kaum kafir musyrik.

Allah SWT memberi semangat kepada baginda agar jangan menghiraukan tuduhan dan fitnah musuh-musuh Islam.

Fadhilatnya :
Menurut ulama, apabila Surah ini diamalkan membacanya menjadi wirid tujuh kali pada setiap pagi ketika matahari terbit dan tujuh kali setiap matahari terbenam,insyaAllah akan terselamat dari kehilangan atau kecurian.

Sekiranya terjadi kehilangan atau kecurian,maka kerjakanllah solat sunat Dhuha tiga kali (dua rakaat sekali) pada setiap pagi Jumaat sehinggalah yang hilang itu didapati kembali. Selepas memberi salam berdoalah memohon kepada Allah SWT.

Selain dari itu, sesiapa yang mengamalkan membaca Surah Adh-Dhuha empat puluh kali setiap hari,selama empat puluh hari dan berdoa memohon kepada Allah SWT,insyaAllah hidupnya terjauh dari keadaan kafir.


Erti Surah Adh-Dhuha

  1. Demi waktu matahari sepenggalahan naik,
  2. Dan demi malam apabila telah sunyi,
  3. Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu,
  4. Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan.
  5. Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu,lalu kamu menjadi puas.
  6. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim,lalu Dia melindungimu.
  7. Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung,lalu dia memberikan petunjuk.
  8. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan,lalu Dia memberikan kecukupan.
  9. Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.
  10. Dan terhadap orang yang minta-minta maka janganlah kamu mengherdiknya.
  11. Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebut (dengan bersyukur)

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016