Thursday, 6 February 2014

Fadhilat dan Hikmah Membaca Surah Al-Insyirah

SURAH Al-Insyirah (bererti melapangkan dada Nabi),adalah surah yang ke 94 di dalam Al-Quran,mengandungi lapan ayat. Allah SWT menegaskan,salah satu nikmat yang dikurniai kepada Nabi Muhammad SAW ialah melapangkan dadanya serta mengisinya dengan iman dan hidayah bagi meringankan beban perjuangannya.

Ditegaskan juga dalam Surah tersebut,bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Umat Islam diperintah agar berusaha dengan bersungguh-sungguh mematuhi perintah Allah dan berbakti untuk kebaikan diri dan masyarakat.

Fadhilat dan faedahnya
a. Mempermudah segala urusan,dan murah rezeki apabila diamalkan membacanya tujuh atau sepuluh kali setiap lepas solat fardhu.

b. Apabila ada sesuatu hajat yang penting,kerjakan solat sunat hajat atau Tahhajud di tengah malam, dan baca Surah ini 103 kali atau lebih banyak mengikut kemampuan. InsyaAllah hajatnya akan tercapai.

c. Amalkan membaca Surah ini,insyaAllah terjauh dari wabak penyakit panas dan penyakit berjangkit.



Erti Surah Al-Insyirah

  1. Bukankah Kami telah melapangkan untumu dadamu?
  2. Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,
  3. Yang memberatkan punggungmu,
  4. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
  5. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
  6. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
  7. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan),kerjakanlah dengan sunguh-sungguh (urusan) yang lain,
  8. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Oleh itu,sentiasalah kita menadah tangan kepadaNya. =)


♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee atau ingin menjana pendapatan dari rumah ,boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016