Wednesday, 12 February 2014

BEDUNG JEJAS Perkembangan Pinggul

Membendung bayi yang baru lahir adalah satu amalan yang biasa. Di Hospital pun,bayi-bayi di dalam bilik bayi,tersusun comel dalam basinet masing-masing dalam keadaan berbedung. Keadaan bayi yang siap dibedung ini mengurangkan kesukaran ibu-ibu muda memegang anak kala mahu menyusu.


Dalam pada itu,ada yang beranggapan bedung boleh membantu bayi tidur lebih lena kerana keadaanya hampir sama sewaktu bayi dalam kandungan.

Bagaimanapun,penemuaan baru mendapati,amalan membendung-terutama bendung yang terlalu ketat-boleh mendedahkan bayi kepada masalah sakit snedi bila dia mencapai pertengahan umur.

Dalam artikelnya di dalam jurnal British,Archives of Disease in Childhood,pakar bedah ortopedik pediatrik,Nicolas Clarke menyatakan,amalan membendung adalah satu faktor risiko kepada perkembangan pinggul yang tidak normal (DDH-development dysplasia of the hip).

"Bagi membolehkan pinggul berkembang secara normal,kaki sepatutnya boleh dibengkokkan ke atas dan terkankang dari pinggul. Kedudukan ini membolehkan sendi pinggul berkembang secara semula jadi. Oleh itu,kaki bayi tidak seharusnya dibalut ketat dan dirapatkan,"katanya.

Menurut beliau,amalan membendung semakin popular di Amerika Utara di mana 90 perstus bayi dibedung dalam beberapa bulan pertama hidupnya,manakala United Kingdom,permintaan untuk kain bedung meningkat sebanyak 61 peratus dalam tempoh 2010-2011.

Satu program pendidikan di Jepun yang mencegah amalan bedung,melihat prevalens pinggul terkehel berkurangan sebanyak 50 peratus.

Pendapatnya disokong oleh pakar bedah ortopedik,Andreas Roposch dari Hospital kanak-kanak, Great Ormond Street di London yang menyatakan ada bukti bahawa membendung boleh menjejaskan perkembangan normal pinggul." Pada pendapat saya,membendung sepatutnya tidak digunakan kerana tidak ada manfaat kesihatan pun,sebaliknya memberi kesan buruk kepada pinggul yang masih berkembang dan lembut."

Sementara itu,pakar kanak-kanak,Alastair Sutcliffe dari University College London menasihatkan ibu bapa yang ingin membendung anak supaya "melakukannya dalam keadaan longgar,dan tidak terlalu ketat,terutamanya di sekitar pinggul bayi."

Sumber: AFP Relaxnews


♡♡ Nak masuk jugak gambar seketul ni ♡♡


♛❋ Sebarang pertanyaan mengenai produk shaklee {atau} ingin menjana pendapatan boleh hubungi saya♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016