Sunday, 26 January 2014

WANITA lebih berisiko hidap Lupus

Lupus adalah penyakit sistem imun yang boleh dialami sepanjang hayat. Sel-sel imun menyerang tisu tubuh yang sihat sekali gus membawa kepada keradangan dan kerosakan tisu.

Gejala-gejalanya boleh terhad kepada kulit,tetapi lupus juga mampu menyebabkan maslaah-masalah dalaman seperti skait sendi. Dalam kes teruk,ia boleh merosakkan jantung,buah pinggang dan organ-organ penting lain. Walaupun belum ada penyembuhannya tetapi masih terdapat rawatan-rawatan yang boleh meminimumkan kerosakan.



GEJALA-GEJALA 
Sakit sendi
**  Sakit sendi dan otot kerap menjadi tanda pertama lupus. Rasa sakit ini cenderung muncul pada kedua-dua bahagian tubuh pada waktu yang sama. Ia biasanya dirasakan pada sendi di pergelangan tangan,jari-jari dna lutut. Sendi boleh kelihatan kemerahan (keradangan) dan rasa sakit apabila disentuh. Tetapi tidak seperti arthiritis rheumatoid,biasanya lupus tidak menyebabkan keroskan sendi kekal.

Ruam berbentuk rama-rama
** Tanda lupus adalah ruam berbentuk rama-rama di sekitar pipi dan sempadan hidung. Masalah kulit biasa lain termasuklah sensitif kepada cahaya matahari dan munculnya tompokan merah atau berbisik,ruam keunguan pada bahagian berbeza di tubuh termasuklah muka,leher dan tangan. Sesetengah penghidapnya turut mendapat luka pada mulut.

Perubahan pada kuku
** Lupus boleh menyebabkan kuku merekah atau tercabut. Ia boleh berubah kepada tompokan warna biru atau kemerahan pada bahagian bawahnya. Tompokan ini biasanya pada bahagian bawah kuku,menyebabkan keradangan pada pembuluh darah yang kecil. Pembengkakan juga boleh menjadikan kulit di sekelilingi bahagian bawah kuku kelihatan merah dan membengkak.

Deman dan kelesuan
** Kebanyakan penghidap lupus mengalami beberapa tahap kelesuan. Dalam kebanyakan kes,ia amat teruk sehingga menganggu aktiviti seharian. Kebanyakan penghidap juga turut mengalami deman ringan. Deman yang tidak dapat dijelaskan ini mungkin hanya tanda amaran bagi sesetengah penghidap.

Sensitif pada cahaya
** Kebanyakan penghidap lupus sensitif pada cahaya matahari dan bentuk-bentuk lain cahaya ultraungu. Berada di pantai boleh mencetus ruam kulit pada kawasan yang terdedah pada cahaya matahri dan boleh menyebabkan gejala-gejala lupus lain menjadi semakin teruk.

Kehilangan rambut
** Gejala-gejal lupus cenderung datang dan pergi. Ini termasuklah kehilangan rambut. Sebaik serangan telah selesai,rambut baru biasanya akan tumbuh semula.

Raynaud
** Sesetengah penghidap lupus akan mengalami satu keadaan yang dikenali sebagai fenomena Raynaud. Jari tangan dan jari kaki menjadi sakit,kebas dan rasa seperti dicucuk pada suhu sejuk atau ketika tekanan emosi. Keadaan ini berlaku apabila pembuluh darah kecil mengecutkan peredaran darah pada kawasan tersebut. Semasa serangan,jari-jari tangan dan kaki akan bertukar menjadi warna putih atau biru.

DIAGNOSIS
Apabila lupus mula berlaku ia kelihatan seperti arthiritis rheumatoid kerana ia menyebabkan skait sendi,pembengkakan atau fibromygia yang menyebabkan sakit dan kelesuan. Satu aspek yang membuatkan lupus berbeza adalah gabungan ruam pada kulit dengan sakit sendi dan kelesuan. Terdapat ujian makmal yang boleh membantu mengenal pasti lupus daripada penyakit lain.

Mengdiagnosis lupus amat sukar. Penyakit ini boleh meniru masalah kesihatan lain dan kerap memberi kesan berbeza pada penghidapnya. Kebanyakan penghidapnya telah menghidapnya sebelum gejala-gejala kelihatab.

Walaupun tidak terdapat ujian untuk lupus tetapi protein tertentu biasanya muncul dalam darah pesakit. Ujian darah untuk antibodi anticuclear (ANAs) boleh memberikan petunjuk kritikal.

Ujian makmal lain boleh memeriksa bilangan seli,fungsi buah pinggang dan waktu pembekuan. Biopsi tisu organ terlibat seperti kulit atau buah pinggang kadangkala membantu diagnosis.

PENGHIDAP LUPUS
Sesiapa sahaja boleh menghidap lupus. Tetapi ia memberi kesan pada wanita 10 kali ganda lebih berbanding. Selain itu risiko mendapat penyakit ini lebih tinggi jika anda berbangsa Asia,Afrika Amerika atau Latin serta berumur antara 20 hingga 40 tahun. Anda juga boleh mendapat lupus jika anda memiliki keluarga yang menghidapnya.

JENIS-JENIS LUPUS
Apabila bercakap mengenai lupus,biasanya ia merujuk kepada sistematik lupus erithematosusu (SLE). Ini adalah jenis yang biasa berlaku dan jenis yang serius. Tetapi juga jenis lupus lain. Cutaneous lupus erithematosus atau turut dikenali sebagai discoid lupus terhad pada kulit dan tidak menyebabkan kerosakan organ yang kadangkala muncul dengan SLE. Gejala-gejal biasa adalah ruam berbentuk bulat.

Lupus dan masalah buah pinggang
** Seiring dengan perkembangan lupus,ia boleh menganggu organ-organ tubuh. Pesakit lupus boleh mengalami masalah buah pinggang. Masalah ini mungkin tidak menyebabkan gejala-gejala walaupun sesetengah orang akan menyedari pembengkakan pada kaki atau buku lali mereka. Kebanyakan pesakit hanya menyedari buah pinggang bermasalah apabila ujian air kencing mendedahkan darah atau tahap protein tidak normal.

Lupus dan masalah jantung
** Masalah jantung biasa yang berkait pada lupus adalah keradangan pada kantung di sekeliling jantung. Ini boleh menyebabkan kesakitan teruk pada bahagian kiri dada. Penghidap lupus juga lebih mudah untuk membentuk plak yang menyempitkan atau menghalang arteri. Komplikasi lain termasuklah penyakit injap jantung dan keradangan pada otot jantung.

Lupus dan masalah paru-paru
** Tisu ini mengelilingi paru-paru menjadi radang pada pesakit lupus. Ini boleh membawa kesakitan ketika bernafas,sakit dada,atau ia tidak menyebabkan sebarang gejala-gejala langsung. Kadangkala lupus menyebabkan sakit dada yang tidak berkaitan paru-paru atau jantung. Sebaliknya skait yang berlaku daripada keradangan dada atau sendi rusuk. Sebarang sakit dada harus dinilai oleh doktor.

Lupus dan masalah pencernaan
** Sesetengah penghidpa lupus akan mengalami sakit pada perut,loya,muntah-muntah,kesukaran menelan atau keradangan pada hati atau pankreas. Ini boleh berkait rapat dengan lupus itu sendiri atau ubat yang digunakan untuk merawatnya. Ia juga menyebabkan kecenderungan untuk hilang berat badan semasa serangan lupus.

Lupus dan anemia
** Ubatan yang digunakan untuk merawat lupus boleh menyumbang kepada anemia dalam sesetengah pesakit. Ini bermakna tubuh hanya memiliki terlau sedikit sel-sel merah. Gejala-gejala lain termasuklah kelesuan dan kesukaran untuk bernafas.

Lupus dan kehamilan
** Kebanyakan wanita yang menghidap lupus boleh hamil walaupun keadaannya meningkatkan risiko komplikasi semasa kehamilan. Disebabkan gejala-gejala lupus datang dna pergi,masa terbaik untuk hamil adalah  berada pada tahap minima. Wanita yang hamil semasa gejala-gejala berulang kurang mengalami komplikas.

(Sumber :MW-1571)

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016