Wednesday, 1 January 2014

Tip Tubuh Cergas di Waktu Pagi

Pagi adalah waktu yang membuatkan ramai orang sedikit malas untuk bangun daripada tidur. Suasana nyaman dan tenang,tentunya payah melepaskan diri dari balutan selimut apatah lagi bersikap ke tempat kerja. Betapa sukar melakukannya jika tidak mempunyai semangat dan kekuatan diri.

Mungkin anda boleh memilih secangkir teh atau kopi sebagai pembangkit semangat untuk melakukan aktiviti seterusnya. Kandungan kafein yang terkandung di dalamanya berupaya membangkitkan hormon adrenalin sekali gus menjadikan anda tambah bersemangat.
Bagaimanapun, ada beberapa cara lain yang mampu menjadikan anda seronok bangun pada awal pagi. Berikut adalah beberapa tip yang dicadangkan :

Nikmati suasana pagi

  • Walaupun tidak tinggal di kawasan elit tetapi rasailah pemandangan dan kenyamanan pada waktu pagi. Tumbuhan hijau dan kesegaran udaranya pasti membuatkan anda ceria serta bersemangat meneruskan aktiviti selanjutnya. Jadikan elemen-elemen tadi sebagai tarikan bagi menyingkirkan perasaan malas yang membelenggu diri.
Berjalan-jalan
  • Waktu pagi menjanjikan suasana tenang dan nyaman. Ketika inilah ramai individu mengambil kesempatan melakukan aktiviti riadah seperti bersenam,joging,berbasikal dan macam-macam lagi. Mungkin anda juga boleh ikut serta dengan berjalan disekitar  kawasan rumah paling tidak lime ke sepuluh minit. Selepas itu rasailah kelainannya di mana anda akan kembali bertenaga untuk bersiap ke tempat kerja.
Dengar muzik
  • Muzik merupakan cara paling berkesan untuk menaikkan semangat. Oleh itu,gunakanlah kaedah ini agar tidak "lemau" pada waktu pagi. Pilihlah muzik yang sedikit rancak supaya mata tidka terus hanyut dibuai suasana pagi.
Ambil madu dan lemon
  • Bagi memulakan hari anda, pilihlah minuman yang dapat menaikkan mood. Jangan bergantung terus kepada teh dan kopi sahaja. Mungkin boleh melakukan sedikit pembaharuan dengan mencampurkan madu dan lemon. Biarkan dalam keadaan suam sebelum diminum.
Sarapan dengan menu digemari
  • Apabila merasa kurang bersemangat pada pagi hari maka ambillah makanan yang paling anda gemari. Sebagai contoh nasi lemak bersama teh suam atau roti canai dengan teh tarik. Sesudah itu anda dapat rasakan seperti ada satu kepuasan kerana dapat melakukan perkara yang di sukai/ Tanpa disedari,cara ini sebenarnya membantu anda kembali bersemangat bekerja dan aktif melakukan rutin harian lain.
Senyumlah
  • Senyuman memberikan banyak kesan positif dalam kehidupan. Walaupun kelihatannya agak mudah tetapi bukan semua mampu melakukannya. Tanya kembali dalam diri,mengapa sukar melontarkan senyuman sedangkan ia adalah satu amalan baik. Disebabkan itulah anda harus tersenyum setiap kali bangun daripada tidur kerana ia merupakan salah satu tanda yang ditunjukkan oleh orang bersyukur.
(Sumber : Mingguan Wanita,1571)


♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋

Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016