Monday, 13 January 2014

Terapi : Siapakah orang paling kaya di dunia?

ORANG TERKAYA DI DUNIA


Saya pernah berkongsi status begini di laman facebook saya. Senarai 10 orang terkaya di dunia. Maka tersenarailah dari tempat ke-10 hingga tempat ke-2. Di tempat ketiga Bill Gates dan ditempat kedua,Carlos Slim Helu. "Eh,silap ya Ustaz? Bukankah Carlos si Billionair Telekomunikasi dari Mexico itu adalah lelaki terkaya di dunia? Mengapa dia di tempat kedua pula?"

Jadi siapa di tempat pertama? Siapa terkaya di dunia ? Jawapan yang diberikan oleh Nabi  SAW di dalam hadis sahih. "Dua rakaat solat sunat Fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya."

Bagaimana solat dua rakaat boleh mengatasi dunia dan seisinya? Tentulah kerana ganjarannya lebih besar di akhirat nanti. Hanya hamba yang di pilih oleh Allah mmapu mengalahkan nafsunya bangun pada awal pagi dan menunaikan dua rakaat sunnah tersebut. Beruntunglah sesiapa yang dapat bersujud pada awal pagi,membuktikan kehambaan,membesarkan Allah Maha Pencipta. Tentulah sifat ini mengatasi apa jua kekayaan yang ada di atas muka bumi ini.

Hendak baca apa dalam solat tersebut?
Para ulama mengajarkan kepada kita untuk solat seperti biasa. Pada rakaat pertamma,dibaca surah al-kafirun selepas al-fatihah,manakala rakaat kedua dibaca surah al-ikhlas. Ringkas saja kan? Tapi walaupun ringkas,perlu ditundukkan nafsu yang menjadikannya berat.

Syaikh Albujirimi pula menggalakkan kita membaca Sural al-insyirah selepas al-fatihah rakaat pertama,dan Surah al-Fil pada rakaat kedua. Kata beliau,ia adalah amalan yang telah terbukti berkesan dalam melemahkan musuh. Kata orang Arab, "mujarrab",dengan erti kata lain ,telah dipraktikkan dan terbukti oleh para ulama.

"Jangan kita kuat bertakbir pada malam hari ketika mendengar ceramah,satu padang boleh dengar,tetapi keesokan pagi,buka kata takbir tok bilal,takbir kita sendiri pun kita tak dengar,dek lena dibuai mimpi,"kata saya dalam satu ceramah. Tersenyum sumbing ramai yang mendengarnya.

Bagaimana mampu kita mengalahkan musuh di luar,jika musuh di dalam diri sendiri pun kita tak mampu melawan. Nafsu kita sendiri kita sukar untuk kawal,hingga tak mampu untuk bangun awal pagi. Bagaimana hendak menagnagkat senjata,jika selimut pun tak mampu diangkat pada waktu subuh.

Bagaimana pula kalau tak sempat untuk solat dua rakaat sebelum subuh ?
Sampai di masjid iman sudah pun mengangkat takbiratul ihram. Caranya,sama ada kerjakannya di dalam kenderaan dalam perjalanan ke masjid atau kerjakan solat tersebut selepas solat fardhu. Tapi elok dibuat dirumah bagi mengelakkan perasaan pelik di kalangan jemaah yang lain. Yang penting,kita paksa diri kita untuk melakukannya dan tidak meringan-ringankannya.

Tak mungkin kita hendak meringankannya jika kita menegtahui dan menyedari ia lebih bernilai daripada seluruh dunia dan isinya! Mari jadi orang paling kayaaaaa di dunia...

(dipetik daripada majalah Anis,oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre)

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋

Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016