Wednesday, 8 January 2014

PERLU TAHU : BAHANA IPAD GANGGU SARAF MOTORIK ANAK

JANGAN TERLALU BANGGA SEKIRANYA ANAK ANDA YANG BERUSIA KURANG SETAHUN SUDAH PANDAI MENGGUNAKAN GAJET BERTEKNOLOGI TINGGI TERUTAMA IPAD,TELEFON PINTAR,TABLET DAN SEBAGAINYA. JIKA PERKARA ITU TERJADI,MAKA ANDA PERLU MELAKUKAN SESUATU UNTUK MENGURANGKAN KETAGIHAN MEREKA. GAYA HIDUP MODEN YANG TIDAK DIIMBANGI DENGAN PENGETAHUAN KESIHATAN BOLEH MEMBAHAYAKAN MASA DEPAN ANAK-ANAK



Menurut pakar terapi dari Learning and Theraphy Corner di Maryland,Amerika Syarikat,Lindsay Marzoli,dia sering melihat anak-anak yang datang kepadanya untuk mendapatkan rawatan mengalami kerosakan saraf motorik dan fungsi otot menjadi lemah. Lebih membahayakan,teknologi ini akan menyebabkan kerosakan tangan dalam jangka masa panjang. Statistik di luar negara mendapati 75 peratus anak-anak kecil dilaporkan menghidap nyeri di leher,punggung dan bahu kerana terlalu lama bermain iPad.

Manakala Dr.Timothy Doran,seorang doktor pediatrik dari Greater Baltimore Medical Centre mengatakan,penggunaan iPad secara terus menerus sehingga empat jam setiap hari dilihat sebagai satu tabiat yang akan membantukkan perkembangan anak kecil. Dalam satu kajian terbaru yang ditulis dalam American Academy of Pediatrics menjelaskan bahawa :

  • Anak-anak tidak seharusnya dibiarkan menggunakan iPad atau gajet berteknologi lain lebih daripada dua jam.
  • Anak-anak di bawah usia dua tahun tidak seharusnya diperkenalkan menggunakan komputer,tablet,telefon pintar dan sebagainya.
  • Menyarankan supaya bilik tidur anak tidak diletakkan TV,iPad,tablet dan laptop.
MAINAN ALTERNATIF BUAT SI KECIL
Ibu bapa perlu mengambil berat soal perkembangan anak-anak dan tidak terlalu berharap pada kemajuan teknologi semata-mata. Lihat bagaimana generasi lama mengajar anak-anak mereka tanpa sebarang gajet tetapi masih boleh menjadikan anak-anak mereka pintar dan cerdas. Oleh itu,ikuti beberapa tip di bawah untuk membantu perkembangan si kecil tanpa menjejaskan kesihatan mereka.
  • Ajar anak buat aktiviti luar seperti bermain pasir di pantai,bermain bola di padang, bermain sabun serta membentuk tanah liat untuk merangsang keaktivitian otak si kecil.

  • Jika mahu dengarkan lagu-lagu kepada anak dengan iPad ataupun telefon pintar,pastikan tidak lebih dari 10 minit dan anda perlu mengawal gajet tersebut supaya si kecil tidak pegang secara terus. Lebih berkesan,anda boleh turut serta menyanyi lagu-lagu yang di pasang.
  • Latih anak meniru skil yang anda buat seperti merangkak,menari,membuat mimik muka dan mengajar stau-satu perkataan untuk perkembangan otak si kecil.
  • Belikan mainan yang releven seperti kenderaan,haiwan yang sering dijumpai seperti itik,kucing dan arnab,kad ABC dan sebagainya. Si kecil akan meneroka setiap mainan tersebut dan mengaitkannya dalam kehidupan seharian..
  • Apabila bermain,ikut apa yang anak anda minat. Jangan ganggu apabila dia sedang khusyuk bermain. Ia merupakan salah satu proses pembelanjaran si kecil serta mengkaji secara mendalam tentang apa yang dilakukan.
(Sumber : Harmoni 219)


♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋

Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016