Thursday, 30 January 2014

Saya berada dihaluan yang BETUL

Hari ni teman BFF pergi interview untuk jawatan kosong di butik Fareeda yang bakal beroperasi di Kubang Kerian,Kota Bharu,Kelantan pada pertengahan Februari. Umum tahu yang Fareeda merupakan pengeluar tudung yang tersohor di Malaysia.
Sudah dijangkakan yang  ramai akan hadir pada interview sebab semua perlukan pekerjaan. Rata-rata yang datang dalam lingkungan 20an-40an. Ketika menunggu giliran teman untuk di interview seorang kakak ni tanya kepada saya.."adik dah kena interview ke?" hhehheee..saya senyum dan jawab pada dia yang saya bukan datang untuk interview tapi teman kawan je.. dia tanya lagi "kenapa tak minta kerja ni?".. saya cakap,sebab saya dah selesa dengan bisness Shaklee yang saya buat.

Saya dah taknak kerja dengan orang,taknak stress,taknak curi masa waktu kerja dengan buat bisness saya sendiri..duit yang saya dapat,saya nak bagi pada anak dan ia bukan dari sumber yang baik jika saya menggunakan masa bekerja saya untuk bisness saya. Works At Home Mom (WAHM) merupakan impian saya dari dulu lagi dan saya nak tengok anak membesar dihadapan saya. Alhamdulillah,dengan shaklee saya mampu mencapai impian itu. Sekarang saya sememangnya full time buat shaklee.. Saya bahagia dengan apa yang saya lakukan.

Uissshhhh..panjang pulak rasanya entri ni. dahla,jom tengok gambar Madam Rose yang comel ni.. =)


Di bawah ni gambar Fizo Omar selepas bagi ceramah (ceramah keee.. hehhehee) pada bakal di interview..


Saya mendoakan agar rezeki berpihak kepada kawan baik saya. InsyaAllah.. Amin =)
(kalau dia dapat boleh la beli tudung Fareeda dengan harga murah..hehhehehehe)

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Wednesday, 29 January 2014

Tuliskan Impian dan Genggam !!

Saya suka berangan.
Berangan tak salah,tapi harus selari dengan tindakan kita !!
Kalau berangan sahaja, tapi tak buat apa yang perlu buat,
itu dipanggil sebagai angan-angan Mat Jenin.

Pastikan berangan dan genggam apa yang kita nak !!


Jom berangan sekarang =)

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Tuesday, 28 January 2014

Cantikkan kulit dengan vitamin Shaklee

Semua orang mahukan kulit yang cantik,cerah,gebu,halus dan menawan. Namun adakala dengan faktor pemakanan,cara hidup,tekanan kerja dan ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan kulit menjadi tidak sihat.

Namun saya yakin,kini ramai wanita diluar sana yang sangat menitikberatkan tentang kecantikan kulit dan mementingkan penampilan diri. Malah ramai yang sudah jatuh cinta dengan Vitamin B,C dan E atau lebih popular dengan nama Set Skin Care (SET D)

Apa sebenarnya fungsi Set Skin Care Shaklee

Vitamin B
Ia adalah vitamin larut air,lengkap dengan 8 B,memabnatu menukarkan gula kepada tenaga. Ia juga membantu kita mengawal tekanan,emosi yang lebih stabil dna hormon lebih seimbang. Walaupun ada segelintir yang menganggap B Complex akan menggemukkan namun ia tidka benar. Ini kerana ia hakikatnya menukar gula kepada tenaga. Rasa lapar tadi adalah salah satu tanda tubuh memberi alert bahawa sel perlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga. Membuka selera makan itu hanya kesan kecil pengambilan B Complex. Rasa makan yang membuak-buak itu hanyalah nafsu semata-mata. Kalau tidak dikawal memang parah nafsu makan itu. Jika pengambilan makanan yang sihat dan berzat,nafsu makan itu tadi dapat di kawal.

Vitamin C
Sel-sel kita hakikatnya dihubungkan oleh satu penyambung yang sangat terkenal iaitu kolagen. Kolagen terbentuk dari protein,b complex dan vitamin c. Vitamin C sangat penting untuk menjaga sel-sel di dalam tubuh kita. Malah Vitamin C terkenal sebagai vitamin yang membantu dalam sistem imun tubuh kita. Ia membantu menjaga keanjalan salur pembuluh darah.

Vitamin E
Ia terkenal sebagai vitamin antioksidan yang penting dalam mencegah sel-sel kanser mahupun sebarang pertumbuhan sel tidak normal. Selain itu vitamin E adalah yang membantu melambatkan kesan penuaan. Ia juga bagus untuk saraf,oleh itu kita tak mudah rasa stress dan membantu mengelakkan rasa sengal atau sakit urat.

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Monday, 27 January 2014

Apa kebaikan Lecithin untuk ibu menyusu ?

Ramai yang cakap lepas bersalin mesti badan makin kembang,tahukah anda apakah kebaikan Lecithin Shaklee kepada ibu yang menyusukan bayi ?


  • ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
  • ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
  • ia membantu ibu mengatasi masalah lupa yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susu ibu untuk perkembangan otak bayi.
Maka selamatkah lecithin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan. Jawapannya ialah ya,ia selamat diambil. 


Khasiat dan Kegunaan Lecithin
1. PALING UTAMA
- Untuk proses metabolisme,kolestrol,triaglycerides dan lemak darah (blood lipids).
- Lecithin memecah dan mencairkan lemak terutama kolestrol.
- Ia membantu menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL).
- Membantu mengawal paras triglycerides.
- Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersedat di pembuluh-pembuluh darah.
- Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol.

2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
- Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir,ingatan,konsentrasi,menentukan kita berdiri,berlaki,makan dan sebagainya.
- Acethlycholine merupakan sejenis neurotransmmiter yang terlibat dalam penerimaan,penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalnya cukup,maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan dengan baik. Jika tidak fungsi ini akan tergugat. Acethlycholine di hasilkan dari cholin dimana ianya diperolehi dari Lecithin.
- Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine - 30% otak adalah lecithin,dan 70% adalah lemak di hati (liver) lecithin.

3. UNTUK KAUM TUA
- Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur disebabkan oleh angin,stroke,dan sakit-sakit yang biasa di alami oleh kaum warga emas.
- Mengurangkan berlakunya masalah pembuluh tersedat berpunca darah tinggi,sengal sendi,sejuk kaki dan sebagainya.

4. UNTUK PENGHADAMAN
- Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolestrol. Bile amat penting untuk proses penghadaman.

5. UNTUK SEL
- Lecithin penting untuk mengankut,menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
- Choline dan Lecithin menguatkan selaput-selaput neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita.

6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASKULAR (SISTEM JANTUNG)
- Fungsi utama lecithin adalah sebagai "Fat Emulsifier" ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
- Ia amat mujarab apabila di ambil bersama EPA dan Fiber.


♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Sunday, 26 January 2014

WANITA lebih berisiko hidap Lupus

Lupus adalah penyakit sistem imun yang boleh dialami sepanjang hayat. Sel-sel imun menyerang tisu tubuh yang sihat sekali gus membawa kepada keradangan dan kerosakan tisu.

Gejala-gejalanya boleh terhad kepada kulit,tetapi lupus juga mampu menyebabkan maslaah-masalah dalaman seperti skait sendi. Dalam kes teruk,ia boleh merosakkan jantung,buah pinggang dan organ-organ penting lain. Walaupun belum ada penyembuhannya tetapi masih terdapat rawatan-rawatan yang boleh meminimumkan kerosakan.



GEJALA-GEJALA 
Sakit sendi
**  Sakit sendi dan otot kerap menjadi tanda pertama lupus. Rasa sakit ini cenderung muncul pada kedua-dua bahagian tubuh pada waktu yang sama. Ia biasanya dirasakan pada sendi di pergelangan tangan,jari-jari dna lutut. Sendi boleh kelihatan kemerahan (keradangan) dan rasa sakit apabila disentuh. Tetapi tidak seperti arthiritis rheumatoid,biasanya lupus tidak menyebabkan keroskan sendi kekal.

Ruam berbentuk rama-rama
** Tanda lupus adalah ruam berbentuk rama-rama di sekitar pipi dan sempadan hidung. Masalah kulit biasa lain termasuklah sensitif kepada cahaya matahari dan munculnya tompokan merah atau berbisik,ruam keunguan pada bahagian berbeza di tubuh termasuklah muka,leher dan tangan. Sesetengah penghidapnya turut mendapat luka pada mulut.

Perubahan pada kuku
** Lupus boleh menyebabkan kuku merekah atau tercabut. Ia boleh berubah kepada tompokan warna biru atau kemerahan pada bahagian bawahnya. Tompokan ini biasanya pada bahagian bawah kuku,menyebabkan keradangan pada pembuluh darah yang kecil. Pembengkakan juga boleh menjadikan kulit di sekelilingi bahagian bawah kuku kelihatan merah dan membengkak.

Deman dan kelesuan
** Kebanyakan penghidap lupus mengalami beberapa tahap kelesuan. Dalam kebanyakan kes,ia amat teruk sehingga menganggu aktiviti seharian. Kebanyakan penghidap juga turut mengalami deman ringan. Deman yang tidak dapat dijelaskan ini mungkin hanya tanda amaran bagi sesetengah penghidap.

Sensitif pada cahaya
** Kebanyakan penghidap lupus sensitif pada cahaya matahari dan bentuk-bentuk lain cahaya ultraungu. Berada di pantai boleh mencetus ruam kulit pada kawasan yang terdedah pada cahaya matahri dan boleh menyebabkan gejala-gejala lupus lain menjadi semakin teruk.

Kehilangan rambut
** Gejala-gejal lupus cenderung datang dan pergi. Ini termasuklah kehilangan rambut. Sebaik serangan telah selesai,rambut baru biasanya akan tumbuh semula.

Raynaud
** Sesetengah penghidap lupus akan mengalami satu keadaan yang dikenali sebagai fenomena Raynaud. Jari tangan dan jari kaki menjadi sakit,kebas dan rasa seperti dicucuk pada suhu sejuk atau ketika tekanan emosi. Keadaan ini berlaku apabila pembuluh darah kecil mengecutkan peredaran darah pada kawasan tersebut. Semasa serangan,jari-jari tangan dan kaki akan bertukar menjadi warna putih atau biru.

DIAGNOSIS
Apabila lupus mula berlaku ia kelihatan seperti arthiritis rheumatoid kerana ia menyebabkan skait sendi,pembengkakan atau fibromygia yang menyebabkan sakit dan kelesuan. Satu aspek yang membuatkan lupus berbeza adalah gabungan ruam pada kulit dengan sakit sendi dan kelesuan. Terdapat ujian makmal yang boleh membantu mengenal pasti lupus daripada penyakit lain.

Mengdiagnosis lupus amat sukar. Penyakit ini boleh meniru masalah kesihatan lain dan kerap memberi kesan berbeza pada penghidapnya. Kebanyakan penghidapnya telah menghidapnya sebelum gejala-gejala kelihatab.

Walaupun tidak terdapat ujian untuk lupus tetapi protein tertentu biasanya muncul dalam darah pesakit. Ujian darah untuk antibodi anticuclear (ANAs) boleh memberikan petunjuk kritikal.

Ujian makmal lain boleh memeriksa bilangan seli,fungsi buah pinggang dan waktu pembekuan. Biopsi tisu organ terlibat seperti kulit atau buah pinggang kadangkala membantu diagnosis.

PENGHIDAP LUPUS
Sesiapa sahaja boleh menghidap lupus. Tetapi ia memberi kesan pada wanita 10 kali ganda lebih berbanding. Selain itu risiko mendapat penyakit ini lebih tinggi jika anda berbangsa Asia,Afrika Amerika atau Latin serta berumur antara 20 hingga 40 tahun. Anda juga boleh mendapat lupus jika anda memiliki keluarga yang menghidapnya.

JENIS-JENIS LUPUS
Apabila bercakap mengenai lupus,biasanya ia merujuk kepada sistematik lupus erithematosusu (SLE). Ini adalah jenis yang biasa berlaku dan jenis yang serius. Tetapi juga jenis lupus lain. Cutaneous lupus erithematosus atau turut dikenali sebagai discoid lupus terhad pada kulit dan tidak menyebabkan kerosakan organ yang kadangkala muncul dengan SLE. Gejala-gejal biasa adalah ruam berbentuk bulat.

Lupus dan masalah buah pinggang
** Seiring dengan perkembangan lupus,ia boleh menganggu organ-organ tubuh. Pesakit lupus boleh mengalami masalah buah pinggang. Masalah ini mungkin tidak menyebabkan gejala-gejala walaupun sesetengah orang akan menyedari pembengkakan pada kaki atau buku lali mereka. Kebanyakan pesakit hanya menyedari buah pinggang bermasalah apabila ujian air kencing mendedahkan darah atau tahap protein tidak normal.

Lupus dan masalah jantung
** Masalah jantung biasa yang berkait pada lupus adalah keradangan pada kantung di sekeliling jantung. Ini boleh menyebabkan kesakitan teruk pada bahagian kiri dada. Penghidap lupus juga lebih mudah untuk membentuk plak yang menyempitkan atau menghalang arteri. Komplikasi lain termasuklah penyakit injap jantung dan keradangan pada otot jantung.

Lupus dan masalah paru-paru
** Tisu ini mengelilingi paru-paru menjadi radang pada pesakit lupus. Ini boleh membawa kesakitan ketika bernafas,sakit dada,atau ia tidak menyebabkan sebarang gejala-gejala langsung. Kadangkala lupus menyebabkan sakit dada yang tidak berkaitan paru-paru atau jantung. Sebaliknya skait yang berlaku daripada keradangan dada atau sendi rusuk. Sebarang sakit dada harus dinilai oleh doktor.

Lupus dan masalah pencernaan
** Sesetengah penghidpa lupus akan mengalami sakit pada perut,loya,muntah-muntah,kesukaran menelan atau keradangan pada hati atau pankreas. Ini boleh berkait rapat dengan lupus itu sendiri atau ubat yang digunakan untuk merawatnya. Ia juga menyebabkan kecenderungan untuk hilang berat badan semasa serangan lupus.

Lupus dan anemia
** Ubatan yang digunakan untuk merawat lupus boleh menyumbang kepada anemia dalam sesetengah pesakit. Ini bermakna tubuh hanya memiliki terlau sedikit sel-sel merah. Gejala-gejala lain termasuklah kelesuan dan kesukaran untuk bernafas.

Lupus dan kehamilan
** Kebanyakan wanita yang menghidap lupus boleh hamil walaupun keadaannya meningkatkan risiko komplikasi semasa kehamilan. Disebabkan gejala-gejala lupus datang dna pergi,masa terbaik untuk hamil adalah  berada pada tahap minima. Wanita yang hamil semasa gejala-gejala berulang kurang mengalami komplikas.

(Sumber :MW-1571)

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Saturday, 25 January 2014

Sebelum MELANGKAH jangan mencipta persoalan

Sebelum kita membuat langkah pertama,janganlah kita mencipta pelbagai persoalan. 
Kerana kebiasaanya persoalan yang dicipta bunyinya sangat rumit,tapi jawapan yang akan ditemui tersangat simple !
Mulakan langkah pertama dulu tanpa ada banyak soalan,barulah kita akan maju !!

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Tuesday, 21 January 2014

Jom Jana Pendapatan Sampingan bersama Shaklee

Duit Tambahan Di Kala Keadaan Ekonomi Begini 

Renungan (Khasnya buat anak2 Shaklee saya/amnya buat pembaca blog saya) :

Apa yang Shaklee boleh bantu kita masa ekonomi tak berapa baik?

* Walau anda dapat RM100 sebulan pun, ia bantu utk bayar reload.

* Kalau dapat RM200, dapat bantu bayar duit sekolah anak tadika.

* Kalau dapat RM500 dapat juga bantu tampung duit rumah sewa.

* Kalau dapat RM1000, takde lah tersekat anak nak makan sedap sebulan sekali at least.

* Kalau dapat RM2000 dapat juga cari rumah sewa yang selesa.

* Kalau dapat RM10,000 dapat juga beli kereta idaman.

* Kalau dapat RM20,000 boleh resign dan kerja shaklee dari rumah.. macam kami

Ramai yg dah berjaya. U all anak2 saya yang lain tak nak ke?

Jom rebut peluang dapat duit tambahan di zaman ekonomi sekarang.. semua harga pakat naik, tapi YURAN KEAHLIAN Shaklee tetap SAMA. RM75 untuk pendaftaran seumur hidup. Berbaloi2 bila kita akan dapat berganda2 lebih dari itu.

Istimewa untuk anda yg berada di jelawat,bachok,beris kubor besar,kubang kerian,kota bharu,wakaf che yeh,kg kota dan kawasan berdekatan~ MENTOR SHAKLEE anda dekat dengan anda!


♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋



Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Mudahnya Bisness Shaklee

Ber Webinar trend bisness Shaklee terkini.
Tidak kira di mana anda berada,kita akan bersatu dalam satu meeting online.
Nak join ? Jom sertai kami,walau anda jauh,tapi dekat di hati (tv9)..
hehehehehe

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋


Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Monday, 20 January 2014

Atasi Masalah Kulit Berjerawat

Jika anda mempunyai masalah kulit muka berjerawat,jom ikuti beberapa tips yang boleh membantu anda menangani masalah tersebut ;


  1. Amalkan pengambilan air putih yang cukup iaitu 2-3 litre sehari ( biasa saya akan suggestkan kepada customer supaya menggunakan botol air yang ada sukatan,bagi memastikan mereka mengambil air putih mencukupi ).
  2. Pastikan proses pembuangan lancar setiap hari. Hal ini kerana,apabila toksin dalam badan dapat dikeluarkan dengan sempurna,tiada lagi toksin-toksin lain yang akan berada di dalam badan.
  3. Tidur yang mencukupi. Pastikan kita tidur antara 6-8 jam sehari.
  4. Kurang pengambilan makanan bergoreng dan berminyak.
  5. Cuba mengamalkan pengambilan Vitamin B,C,E dan jika berkemampuan boleh tambah Beta Karoten ( Vitamin A )
Pengambilan proein yang seimbang mampu menghilangkan kesan parut hitam akibat jerawat. Kulit sempurna tanpa cela dambaan setiap wanita.




♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋


Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Set Bersalin Shaklee ~ Testimoni

Rasa bahagia bila customer kongsikan kegembiraan mereka selepas mengambil produk shaklee dengan saya. Kali ni,jom kita tengok apa kata akak ni tentang Set Bersalin Shaklee yang diambil oleh beliau..;



Inilah SET BERSALIN EKLUKSIF yang dicadangkan kepada kepada anad untuk melengkapkan set berpantang bermula dari hari pertama kelahiran bayi.


Jom rasai sendiri dengan SET BERSALIN SHAKLEE, bila susu meriah,pekat dan berkhasiat anak pun sihat. Bila anak sihat dan kenyang,dia tak kan meragam, ibu tak stress dan anak mudah dijaga.. Bestkan kalau berpantang macam ni, semua orang nak..
Dapatkan harga istimewa dengan nira.. =)

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋


Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Sunday, 19 January 2014

Set Slimming Shaklee : Murah dan Berkesan

Teruja tak tengok orang yang debab boleh jadi kurus? Ada rasa jeles tak ? Kalau rasa jeles,jom la consume Set Slimming Shaklee.. Harga murah dan berkesan ! Dari berat badan 75 kg turung menjadi langsing dan berat badan sekarang 60kg.. Fuhyooooo, 15 kg tu turunnnnn.. Sila jeles bila tengok gambar empunya diri.. =)


Jangan nak jeles sangat okay,korang pun boleh kalau nak dapatkan bentuk badan macam Nadiah ni.. Mai PM tanya harga,pasti berbaloi-baloi..

Jom tengok apa kata Nadiah :

Ye.memang saya gemuk.memang saya debab.Tapi sekarang tidak lagi.Alhamdulillah,rasa sangat berpuas hati dengan shaklee.Dengan shaklee semua nya terbukti berkesan..

Nadiah cuma mengamalkan secara konsisten Set Slimming Shaklee yang terdiri daripada Lecithin,Alfafa dan ESP. Harga yang saya tawarkan adalah harga ahli dan semua orang mampu untuk memilikinya. 

Jom,dapatkan berat badan ideal yang anda idamkan. =)

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋


Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Kelebihan B Complex Shaklee


** This pproduct is not to intended to diagnose,treat,cure or prevent any diesesas **

KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata,kulit,kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protin asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikian sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia ( tekanan darah rendah )



♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋


Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Saturday, 18 January 2014

NUTRIFERON : 4 ekstrak tumbuhan

Penemuan terhebat dalam bidang Immunologi
Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954.

Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan,Dr Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia (Nutriferon).
Dia telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan; iaitu biji labu,bunga safflower,Honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mempunyai daya kebolehan mendoorng pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formulanya yang digunakan adalah semulajadi,selamat,tulin dan berkesan. Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunolgi.

Nutriferon adalah satu Formula Eksluksif dan diApaten oleh Shaklee dan tidak dijual dikedai-kedai biasa. Ianya boleh didapati melalui Shaklee.

Didalam bidang perubatan,suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis,kanser,hidrophobia (penyakit anjing gila),herpes dan HIV dan lain-lain. Tambahan pula,ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.



** This product is not to intended to diagnose,cure,treat or prevent any diseases **

8 Manfaat Utama Nutriferon Shaklee

  • Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3 hari - Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mmapu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh : T-cells,B-cells dan makrofg.
  • Melawan Kanser dan Tumor - Interferon semulajadi mengandungi poliskarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.
  • Melindungi dari Influenza - Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara,melindungi dengan berkesan daripada virus,mikrob,termasuk selsema,flu,alergi,inflamasi dan influenza.
  • Meringankan Stres dan Kelesuan - Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan,stress,kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
  • Melambatkan Penuaan - Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas,virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.
  • Mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C - Keberkesanan Nutriferon dalam memrangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimunkan ketidakselesaan seperti kambung perut,rasa mual,muntah dan lain-lain kepada pesakit-pesakit Hepatitis B & C.
  • Mempertingkatkan Menopous - Hypertensi,tahap kolestroll yang tinggi,kitaran darah,dan masalah lain berkaitan menopous akan menjadi lebih baik.
  • Mempertingkatkan PMS - Terbukti secara klinikal mengurangkan simpton yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endoktrin iaitu kekejangan waktu haid,sakit belakang,sakit payudara,maslaah jerawat,kegelisahan,insomia dan mood swing.
Dari mana datangnya Virus,Kuman dan Mikrob?
Kita sentiasa terdedah kepada beribu jenis mikrob melalui pernafasan (hawa-dingin,gas buangan,asap,virus diudara,habuk),berjabat tangan,bersentuhan dengan objek(perabut,habuk hama pada selimut,pengangkutan awam,[eluh air),makanan,latihan fizikal,persekitaran kerja dll.

Bagaimana Mikrob Menjejaskan Kita?
Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita pada sesuatu masa,terutama sekali apabila tubuh kita kkeurangan interferon dan sel-sel imun,kita akan cepat keletihan,stress,terganggu tidur atau dijangkiti flu,batuk,alergi,astham,ekzema,jerawat dll. Sel-sel yang teroksidasi dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit degeneratif,penyakit kronik,kanser dll.


♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋

Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)


Wednesday, 15 January 2014

Pengedar Sah Shaklee Bachok

 Pemanggil : Assalamualaikum.. Ni Nira ke ?
Nira : Waalaikummussalam.. ye kak,Nira ni..kenapa ya ?
Pemanggil : Nira tinggal kat mana ? Akak berminat dengan produk shaklee,bagaimana akak nak dapatkannya ?
Nira : ohhhh,akak boleh order denga saya dan saya buat penghantaran kepada akak. Nak COD pun boleh,nak post pun boleh..
Rata-rata customer saya nak COD sebab katanya boleh kenal-kenal dengan saya..syukur jugak dapat customer yang sporting..

Ni baru nak cerita bagaimana saya bermula dengan shaklee..
Sebenarnya dah lama saya dengar produk shaklee ni,tapi wkatu tu saya tak ambil endah pun, sebab tak ramai lagi yang jual. Kalau buka FB pun boleh bilang dengan jari berapa orang je yang jual produk shaklee ni.. Awal November 2013 saya menggunakan produk shaklee dan produk pertama ialah Alfafa Complex.. Ternyata dalam Alfafa Complex saya dapat 19 kebaikan yang sememangnya bagus untuk diri saya.Antaranya membantu mencuci buah pinggang,melawaskan pembuangan,mengurangkan keletihan,menambahkan air susu saya,dan banyak lagi. Bila saya dah rasai sendiri saya suruh suami dan ahli keluarga saya mencuba produk shaklee ni. Ternyata semuanya dapat merasai kesannya sendiri. Bermula dari situ saya fikir,better aku jual produk shaklee sebab ramai yang dah kenal dengan produk ni dan jiran-jiran pun ramai yang ambil shaklee. (baru ku tahu sebenarnya yang diaorang ambil vitamin shaklee..hehhee)
So, pertengahan bulan November mula daftar ahli dengan membayar yuran keahlian rm65 dan postage rm 10 utk dapatkan starter kit shaklee. Alhamdulillah bulan pertama dah dapat cover balik duit yuran,memang happy bila dapat bonus pertama dengan usaha sendiri. Alhamdulillah =)



Bermula secara part time sebab masa tu saya masih bekerja dengan orang. Buat pun secara main-main,kadang-kadang sempat update,kadang-kadang tak sempat sebab kerja kedai fotostat,orang ramai. Biasa saya akan COD lepas waktu kerja dan balik pula lambat, saya fikir,memang tak ada masa nak buat 2 kerja dalam satu masa. So selepas minta pandangan ahli keluarga,saya resign dan memberi tumpuan 100% kepada bisness shaklee.



Awal Januari 2014 saya mula bekerja dirumah (Works At Home Mom) dan itu salah satu yang saya impikan kerana anak saya amat memerlukan perhatian daripada saya. Dengan shaklee,saya mampu menjana pendapatan sampingan hanya berada di rumah sambil melayan karenah anak teruna.. Best kan sebab tak payah nak bekerja di bawah orang,tak perlu nak stress,tak perlu nak minta cuti kalau nak pergi mana-mana dan macam-macam lagi yang boleh saya buat bila dah bekerja di rumah dan jadi CEO.. hihihik =)


Kenapa saya pilih Shaklee sebagai sumber pendapatan ?

1. Shaklee adalah syarikat vitamin yang telah lama berada di dalam pasaran. 
2. Yuran keahlian murah dan tidak membebankan sesiapa.
3. Harga produk murah dan jimat.
4. Bila dapat bonus,akan terus masuk ke dalam acc kita (kalau dulu dibayar melalui upline-kalau tak silap saya).
5. Produknya sentiasa selamat,sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Bagi mereka yang nak join ahli dan nak tahu kelebihan menjadi ahli boleh baca disini
http://niraboutique90.blogspot.com/2013/12/menjadi-ahli-sambil-menjana-pendapatan.html


Jadi,bagi sesiapa yang nak mendapatkan produk shaklee dengan harga ahli atau nak COD (Jelawat,Bachok,Kubang Kerian,Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh) boleh call dan buat temu janji dulu ya. =)
Jika anda berdekatan denga branch shaklee di mana-mana sahaja anda berada,boleh guna ID saya 1078451 untuk membeli vitamin shaklee dengan harga ahli. Memang jimat !!

Anda ingin sertai saya dalam shaklee ? Boleh mulakan langkah pertama anda. Saya tunjukkan jalan,anda follow je.

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋

Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Tuesday, 14 January 2014

Untuk Rambut Sihat Menawan : Nourishing Scalp Treatment


Untuk menyokong persekitaran yang optimun untuk rambut yang sihat,semua jenis stress yang dihadapi oleh kulit kepala mesti ditangani. Mmeperkenalkan ramuan eklusif,yang diperolehi-secara-semulajadi Shaklee Scalp Health Complex,gabungan 10 vitamin,mineral,dan herba yang menyuburkan kulit kepala dan rambut.

  • Memberi tenaga kepada folikel rambut. Energizes hair follicles.Sweria dan Gingseng merangsang dengan bebuli rambut.
  • Panthenol menguatkan rambut dan merangsang kelembutan yang bersinar.
  • Melindungi dari pencernaan. Minyak dau pokok teh menyokong kebolehan semulajadi kulit kepala mengelak folikel rambut dari tersumbat. Antioksidan-Superoxide Dismutase (SOD),dan ekstrak Teh Hijau (Ekstrak Daun Camellia Sinensis)-melindungi dari stress persekitaran,emnjadikan kulit kepala rasa selesa.
  • Mengurangkan penampilan berminyak dan menggelupas dengan Zinc PCA,Vitamin B6,dan Saw Palmetto (Ekstrak Buah Serenoa Serrulata).
  • Melegakan Iritasi. (Ekstrak Teh Hijau Camellia Sinensis),Dipotassium Glycyrrhizate melegakan iritasi persekitaran dan menyokong keseimbangan smeulajadi minyak/kelembapan. Metabolismee kulit kepala seterusnya disokong oleh mineral kulit yang penting termasuk k]Kuprum,Zinc dan Manganese.
Prosante Nourishing Scalp Treatment menormalkan kulit kepala untuk menyediakan persekitaran untuk rambut yang lebat dan sihat. Manfaat perlindungan bertenaga Shaklee Scalp Health Complex- disampaikan didalam bentuk lembut dan rawatan intensif- akan mempertingkatkan sinaran,warna,ketebalan dan tekstur rambut dari masa ke masa.

Apabila terlalu banyak folikel rambut "berehat",penghasilan rambut baru dikurangkan. Rambut yang masih anda miliki tertakluk kepada kerosakan seterusnya oleh serangan persekitaran. Ini menjadikannya nampak nipis dan pincang,merasa rapuh dan lemah dan berkeadaan teruk. Rambut anda juga terdedah kepada kerosakan akibat kimia untuk mewarna,mengkerinting dan meluruskannya.

Nourishing Scalp Treatment merawat kepangkal masalah dengan serum derma-available merangsang peredaran,melindungi dari serangan persekitaran dan menyediakan ramuan yang menyuburkan kulit kepala.

Hasilnya adalah rambut yang kuat dari dalam -keluar proses kimia,tahan pecah dan mengekalkan ketebalan,lantunan dan sinar berkilau.
  • Terbukti mengurangkan rambut gugur sewaktu bersikat dan ketebalan semulajadi dan kuat,apabila digunakan.Mengandungi kompleks eksklusif  yang amat derma-tersedia yang diperolehi secara semulajadi didalam bentuk rawatan yang kuat untuk membantu rambut sihat tumbuh.
  • Formula tanpa bilasan cukup lembut untuk digunakan setiap hari bagi manfaat yang segera dengan hasil yang meningkat.
  • Diserap dengan segera dan tidak berminyak.
  • Bersih,bauan botani ; tiada haruman tambahan.
  • Keseimbangan pH dan selamat untuk semua jenis rambut,walaupun di perm atau di warna.

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋

Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Monday, 13 January 2014

Terapi : Siapakah orang paling kaya di dunia?

ORANG TERKAYA DI DUNIA


Saya pernah berkongsi status begini di laman facebook saya. Senarai 10 orang terkaya di dunia. Maka tersenarailah dari tempat ke-10 hingga tempat ke-2. Di tempat ketiga Bill Gates dan ditempat kedua,Carlos Slim Helu. "Eh,silap ya Ustaz? Bukankah Carlos si Billionair Telekomunikasi dari Mexico itu adalah lelaki terkaya di dunia? Mengapa dia di tempat kedua pula?"

Jadi siapa di tempat pertama? Siapa terkaya di dunia ? Jawapan yang diberikan oleh Nabi  SAW di dalam hadis sahih. "Dua rakaat solat sunat Fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya."

Bagaimana solat dua rakaat boleh mengatasi dunia dan seisinya? Tentulah kerana ganjarannya lebih besar di akhirat nanti. Hanya hamba yang di pilih oleh Allah mmapu mengalahkan nafsunya bangun pada awal pagi dan menunaikan dua rakaat sunnah tersebut. Beruntunglah sesiapa yang dapat bersujud pada awal pagi,membuktikan kehambaan,membesarkan Allah Maha Pencipta. Tentulah sifat ini mengatasi apa jua kekayaan yang ada di atas muka bumi ini.

Hendak baca apa dalam solat tersebut?
Para ulama mengajarkan kepada kita untuk solat seperti biasa. Pada rakaat pertamma,dibaca surah al-kafirun selepas al-fatihah,manakala rakaat kedua dibaca surah al-ikhlas. Ringkas saja kan? Tapi walaupun ringkas,perlu ditundukkan nafsu yang menjadikannya berat.

Syaikh Albujirimi pula menggalakkan kita membaca Sural al-insyirah selepas al-fatihah rakaat pertama,dan Surah al-Fil pada rakaat kedua. Kata beliau,ia adalah amalan yang telah terbukti berkesan dalam melemahkan musuh. Kata orang Arab, "mujarrab",dengan erti kata lain ,telah dipraktikkan dan terbukti oleh para ulama.

"Jangan kita kuat bertakbir pada malam hari ketika mendengar ceramah,satu padang boleh dengar,tetapi keesokan pagi,buka kata takbir tok bilal,takbir kita sendiri pun kita tak dengar,dek lena dibuai mimpi,"kata saya dalam satu ceramah. Tersenyum sumbing ramai yang mendengarnya.

Bagaimana mampu kita mengalahkan musuh di luar,jika musuh di dalam diri sendiri pun kita tak mampu melawan. Nafsu kita sendiri kita sukar untuk kawal,hingga tak mampu untuk bangun awal pagi. Bagaimana hendak menagnagkat senjata,jika selimut pun tak mampu diangkat pada waktu subuh.

Bagaimana pula kalau tak sempat untuk solat dua rakaat sebelum subuh ?
Sampai di masjid iman sudah pun mengangkat takbiratul ihram. Caranya,sama ada kerjakannya di dalam kenderaan dalam perjalanan ke masjid atau kerjakan solat tersebut selepas solat fardhu. Tapi elok dibuat dirumah bagi mengelakkan perasaan pelik di kalangan jemaah yang lain. Yang penting,kita paksa diri kita untuk melakukannya dan tidak meringan-ringankannya.

Tak mungkin kita hendak meringankannya jika kita menegtahui dan menyedari ia lebih bernilai daripada seluruh dunia dan isinya! Mari jadi orang paling kayaaaaa di dunia...

(dipetik daripada majalah Anis,oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre)

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋

Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Saturday, 11 January 2014

OMEGA GUARD : Sendawa bau hanyir ikan ?

Sebenarnya hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan dan anda disarankan untuk mengambil minyak ikan sebelum makan atau bila perut kosong.

Kelebihan Shaklee
Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin,mackerel,herring,anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran,Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan DHA.

Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan,akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkann sesetengah nutrien,malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahaya seperti plumbum,merkuri,arsenik,kadmium,dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl)- merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).

Manfaat Utama :

** This product is not intended to diagnose,cure,treat or prevent any diseases **


  • Asid lemak - omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu,kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dnegan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS,bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok - DHA dan EPA boleh menetang thrombosis,tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah,melincinkan saluran darah,dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu,ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol,menghindar pembekuan darah di dalam badan,membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL,mengawal masalah obesiti,mencegah arteriosclerosis,myocardial infarction,membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak,sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran,mencegah penyaki Alzhemier,memlihara penglihatan dan pendengaran,dan mencegah migrain. Satu hidangan OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid-asid omega-3 EPA dan DHA.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit,psoriasis,deman hay,bronkitis,penyakit lelah,hepatitis,SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang cancer - kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru,payudara,prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogstritis,merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tulang tisu rawan. Ia mencegah arthritis,memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective.
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan - Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental,termasuk kemurungan,tekanan,kebimbangan (anxiety),neurasthenia,insomnia,autism,kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia
Kenapa ikan laut air dalam?
Pada tahun 1970,seorang saintis Amerika,pemenang Nobel Price,telah menemui satu rahsia :
Penduduk Eksimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di Grennland,Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung,lelah,tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakala,kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara,yang bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolestrol,menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan : ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidk tepu yang snagat tinggi,iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah,menurunkan pengumpulan platet darah dan melambatkan pembentukan thrombus,merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Siapa yang perlukan Omega Guard ?
** kana-kanak berumur 1 tahun ke atas.
** Remaja
** Ibu Mengandung
** Warga Emas
** Mereka yang ingin menurunkan berat badan
** Lelaki
** Mereka yang selalu sakit sendi


NOTA : PESAKIT yang akan melakukan pembendahan dan WANITA yang hampir bersalin TIDAK digalakkan untuk mengambil minyak ikan.
SEBAB : Minyak ikan melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah.



♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋

Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)


Friday, 10 January 2014

Mahu Kelihatan Muda 10 hingga 15 Tahun daripada Usia Sebenar ? Ketahui Rahsia Awet Muda

Bila kita berjumpa dengan mana-mana perempuan yang cantik,perkataan yang pertama akan keluar daripada mulut kita ialah cantik.. ya lah perempuan mana yang tak nak cantik kan? Tak kira remaja,muda,atau yang dah berumur semua nak cantik terutama mereka yang dah kahwin. Mesti nak cantik bila berada didepan suami. Tapi dalam kesibukan harian,membuatkan seseorang wanita itu tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mencantikkan diri mereka. Jika yang bekerja,mereka perlu keluar seawal pagi dan pulang lewat malam,bila dah sampai rumah,dah penat. Manakala bagi surirumah pula,aktiviti mereka seharian memang penuh,nak masak,jaga anak,kemas rumah,jemput anak dari sekolah dan beribu macam lagi perkara yang nak dibuat. So,mereka ini memang tiada masa untuk diri sendiri. Sedar-sedar muka dan berkedut,kulit muka kering,ada "eye bag" yang besar dang garis-garis muka dikedut maikn bertambah. Belum masuk 30 tahun dah nampak orang seperti 40 tahun.



Pasti tak mahukan kelihatan begitu didepan suami tersayang,kita kan taknak dia pandang perempuan lain. Nak dia tengok kita jer kan ? Anda semua pernah dengar perkataan kolagen ?

Kolagen adalah sejenis protein yang menyumbang kepada kulit yang sihat dan cantik. Tetapi semakin meningkat usia,kolagen dalam badan akan berkurangan. Makin kurang kolagen maka tak sihat dan tak cantiklah kulit muka kita. Antara kesan apabila kolagen sudah berkurangan :

  • Kulit dan mula malyut dan kendur
  • Kulit kering dan berkedut
  • Kulit kurang anjal
  • Payudara melayut dna tidak tegang
  • Kulit Kusam
  • Pigmentasi
  • Rambut halus dan gugur
  • Kuku rapuh dan mudah patah
Kenapa Mesti Shaklee Collagen Powder ?

** This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases **
  • Mengandungi 400mg propietary RSS (Red Snapper Scale).
  • Kolagen berkualtiti tinggi dna tulen.
  • Diekstrak daripada sisik ikan merah.
  • Dicampurkan dengan tujuh bahan utama seperti,ekstrak bijih benih Camellia Japonica,ekstark Pfaffia,Kolagen ikan,ekstrak kerang-kerangan,Lactobacillus Acidophilus,vitamin C dan Vitamin B yang memberikan pelbagai khasiat seperti berikut :
** Menyokong produksi kolagen untuk meningkatkan ketegangan,keanjalan dan kelembutan kulit.
** Mengecilkan liang-liang pori,kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
** Kulit lebih putih dan licin.
** Menggalakkan kuku yang kuat,rambut yang tebal dan bersinar.
** Membantu menegangkan dan menganjalkan payudara.



Haa, kalau nak nampak sentiasa muda remaja,jom ambil Collagen Powder Shaklee ni. Kesan memang tip top. Tak cuba tak tahu,bila dah cuba mesti jatuh cinta...


♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋

Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)







Thursday, 9 January 2014

SET A - KESIHATAN OPTIMUN

SET A - Sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan,mereka yang sibuk,tiada masa untuk memerhatikan pemakanan seimbang,mereka yang selalu stress,keletihan,dan mudah mengantuk.

** This product is not intended to diagnose,treat,cure or prevent any diseases **

Shaklee Vita-Lea Iron Formula

  • Vita-Lea mempunyai sistem penyerapan bioaktif untuk memastikan peningkatan penyerapan asid folic kritikal.
  • Vita-Lea yang menjalani ujian klinikal adalah dirumus secara saintifik untuk keberkesanan dan keperolehan biologi.
  • Memberi 28 jenis vitamin yang penting dalam satu rumusan seimbang.
  • Dirumus secara saintifik dan diuji untuk keberkesananya.
  • Membantu mempertingkan kesihatan dalam masa panjang.
  • Menolong melawan pengoksidaan yang berbahaya : dua kali ganda Nilai Harian/Daily Value(DV) bagi Vitamin C,dan E iaitu antioksidaan yang kritikal untuk membantu mencegah kerosakan sel akibat daripada pengoksidaan yang berbahaya.
  • Menguatkan fungsi otak.
  • Membantu proses metabolisme dengan vitamin-vitamin B yang lebih seimbang : 100 daripada DV untuk membantu dalam metabolisme tenaga.
Shaklee Sustained Release Vitamin C
  • Mempertingkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.
  • untuk kesihatan tulang,gigi,gusi serta juga sturuktur am tubuh badan.
  • Pelepasan terkawal Vitamin C dan terkawal.
  • Sistem perlepasan terkawal propritari mengeluarkan Vitamin C setara dengan sebiji setengah buah oren setiap sejam selama lima jam.
Shaklee Vitamin B Complex with Acid Folic
  • Menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular.
  • Menolong metabolisme karbohidrat,lemak dan protein.
  • Membantu dalam sinstesis DNA dan sel-sel baru.
  • Mempunyai kesemua 8 jenis vitamin B yang sememangnya bagus untuk tubuh badan.

♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋

Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Wednesday, 8 January 2014

PERLU TAHU : BAHANA IPAD GANGGU SARAF MOTORIK ANAK

JANGAN TERLALU BANGGA SEKIRANYA ANAK ANDA YANG BERUSIA KURANG SETAHUN SUDAH PANDAI MENGGUNAKAN GAJET BERTEKNOLOGI TINGGI TERUTAMA IPAD,TELEFON PINTAR,TABLET DAN SEBAGAINYA. JIKA PERKARA ITU TERJADI,MAKA ANDA PERLU MELAKUKAN SESUATU UNTUK MENGURANGKAN KETAGIHAN MEREKA. GAYA HIDUP MODEN YANG TIDAK DIIMBANGI DENGAN PENGETAHUAN KESIHATAN BOLEH MEMBAHAYAKAN MASA DEPAN ANAK-ANAK



Menurut pakar terapi dari Learning and Theraphy Corner di Maryland,Amerika Syarikat,Lindsay Marzoli,dia sering melihat anak-anak yang datang kepadanya untuk mendapatkan rawatan mengalami kerosakan saraf motorik dan fungsi otot menjadi lemah. Lebih membahayakan,teknologi ini akan menyebabkan kerosakan tangan dalam jangka masa panjang. Statistik di luar negara mendapati 75 peratus anak-anak kecil dilaporkan menghidap nyeri di leher,punggung dan bahu kerana terlalu lama bermain iPad.

Manakala Dr.Timothy Doran,seorang doktor pediatrik dari Greater Baltimore Medical Centre mengatakan,penggunaan iPad secara terus menerus sehingga empat jam setiap hari dilihat sebagai satu tabiat yang akan membantukkan perkembangan anak kecil. Dalam satu kajian terbaru yang ditulis dalam American Academy of Pediatrics menjelaskan bahawa :

  • Anak-anak tidak seharusnya dibiarkan menggunakan iPad atau gajet berteknologi lain lebih daripada dua jam.
  • Anak-anak di bawah usia dua tahun tidak seharusnya diperkenalkan menggunakan komputer,tablet,telefon pintar dan sebagainya.
  • Menyarankan supaya bilik tidur anak tidak diletakkan TV,iPad,tablet dan laptop.
MAINAN ALTERNATIF BUAT SI KECIL
Ibu bapa perlu mengambil berat soal perkembangan anak-anak dan tidak terlalu berharap pada kemajuan teknologi semata-mata. Lihat bagaimana generasi lama mengajar anak-anak mereka tanpa sebarang gajet tetapi masih boleh menjadikan anak-anak mereka pintar dan cerdas. Oleh itu,ikuti beberapa tip di bawah untuk membantu perkembangan si kecil tanpa menjejaskan kesihatan mereka.
  • Ajar anak buat aktiviti luar seperti bermain pasir di pantai,bermain bola di padang, bermain sabun serta membentuk tanah liat untuk merangsang keaktivitian otak si kecil.

  • Jika mahu dengarkan lagu-lagu kepada anak dengan iPad ataupun telefon pintar,pastikan tidak lebih dari 10 minit dan anda perlu mengawal gajet tersebut supaya si kecil tidak pegang secara terus. Lebih berkesan,anda boleh turut serta menyanyi lagu-lagu yang di pasang.
  • Latih anak meniru skil yang anda buat seperti merangkak,menari,membuat mimik muka dan mengajar stau-satu perkataan untuk perkembangan otak si kecil.
  • Belikan mainan yang releven seperti kenderaan,haiwan yang sering dijumpai seperti itik,kucing dan arnab,kad ABC dan sebagainya. Si kecil akan meneroka setiap mainan tersebut dan mengaitkannya dalam kehidupan seharian..
  • Apabila bermain,ikut apa yang anak anda minat. Jangan ganggu apabila dia sedang khusyuk bermain. Ia merupakan salah satu proses pembelanjaran si kecil serta mengkaji secara mendalam tentang apa yang dilakukan.
(Sumber : Harmoni 219)


♛❋ Untuk keterangan lanjut tentang produk shaklee  ,boleh hubungi saya ♛❋

Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)

Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016