Monday, 16 December 2013

[ Tip Dapur ] Tip Menjaga Kebersihan Dapur

Dapur merupakan sebuah ruang yang sangat penting di dalam rumah. Keluarga yang sihat yang sebenarnya bermula dari dapur yang bersih dan selamat. Sebagai seorang yang amat mementingkan kesihatan keluarga,sentiasa pastikan kesemua peralatan dan kelengkapan di dapur sentiasa berada didalam keadaan yang bersih dan selamat. Berikut adalah beberapa tips menjaga kebersihan dapur ;


** Gambar ihsan goggle **

SISA MAKANAN 
  • Segera mmebuang sisa makanan ke dalam plastik dan pastikan setiap hari plastik tersebut dibuang ke dalam tong sampah yang tersedia di luar rumah. Sampah yang dibiarkan lama di dalam rumah dikhuatiri menjadi tempat pembiakan ulat sampah seterusnya boleh menyebabkan penyakit kepada keluarga.
SISTEM PENGUDARAAN YANG BAIK
  • Sistem pengudaraan yang baik boleh mmebuatkan kita berasa selesa ketika berada di dapur. Pastikan anda membuka sedikit tingkap atau pintu di dapur agar udara segar di luar dapat masuk secara semulajadi menerusinya. Bau-bauan di dapur juga dapat dielakkan dengan mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Bagi anda yang mempunyai penyedut udara atau "exhaust fan", pastikan ia terbuka sewaktu anda memasak agar asap serta bau masakan dapat di sedut keluar.
KAWASAN MEMASAK
  • Kawasan memasak harus berada di dalam keadaan yang bersih setiap kali selepas penggunannya. Untuk mengelakkan dari bakteria membiak di kawasan memasak, basuh dengan 1 campuran 1 sudu peluntur klorin dan 1 litre air, atau menggunakan produk pencuci dapur.
RUANGAN SIMPANAN KABINET
  • Sentiasa memastikan ruang simpanan kebinet tidak bertakung air akibat dari kebocoran paip. Ruang simpanan yang basah atau lembap boleh menyebabkan kulat membiak keatas barangan yang disimpan didalamnya seterusnya menyebabkan barangan tersebut mudah rosak.
PASTIKAN DAPUR SENTIASA KEMAS
  • Bagi mengelakkan dari berlaku sebarang kemalangan yang tidak dingini berlaku di kawasan dapur, pastikan kesemua kelengkapan dan peralatan diletakkan di tempat sepatutnya. Selain dari kelihatan kemas, ia juga dapat memastikan keselamatan ahli keluarga ketika di dapur.
PERIKSA BAHAN MAKANAN DI DALAM PETI SEJUK
  • Kerap melakukan pemeriksaan keatas bahan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk. Buangkan makanan-makanan yang telah luput tarikh dan susun makanan mengikut jenis supaya kelihatan lebih kemas. Pastikan rutin ini dilakukan pada setiap minggu bagi mendapatkan peti sejuk sentiasa bersih.
PAPAN PEMOTONG
  • Papan pemotong merupakan salah satu tempat pembiakan bakteria yang paling tinggi. Sediakan 2 papan pemotong yang berasingan bagi kegunaan bahan mentah dan buah-buahan. Pastikan papan pemotong dibersihkan menggunakan air panas dan sabun setiap kali selesai menggunakannya.
** Gambar ihsan goggle **

SPAN MEMBASUH PINGGAN
  • Ganti span membasuh pinggan sekurang-kurangnya sebulan sekali kerana ia akan menjadi tempat pembiakan bakteria seterusnya merebak ke pinggan yang di basuh dan boleh menyebabkan penyakit. Amalkan membasuh span tersebut dengan menggunakan sabun anti bakteria setiap kali selesai penggunaannya agar span tersebut sentiasa berada didalam kondisi yang bersih dan selamat di gunakan.
KAIN LAP
  • Kain lap juga memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebersihan dapur. Pastikan kain lap dapur dibasuh setiap hari dan tukar kain lap tersebut sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kuman dan bakteria akan membiak di kawasan yang lembap dan basuh dan oleh itu pastikan kain lap tersebut snetiasa bersih dan kering.
(sumber : Nona)
Okay, hope its helps =)

Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk shaklee, boleh hubungi saya ;
Call/Text/Whatsapp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat-Bachok-Kubang Kerian-Wakaf Che Yeh

Salam Sayang, Ummi Naufal =)
Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016