Saturday, 14 December 2013

Rahsia Cantik Harus Tahu

Haiiii.. Semua sihat ke ?? Rasa dah lama tak update blog.. (padahal semalam je belum update,macamla ada orang nak baca atau follow kan.. heheheeee). Okay la,hari ni nak share serba sedikit tentang kecantikan ni.. Ni pun dikongsi daripada majalah NONA. Jom kita tengok apa Rahsia Cantik Yang Wajib Anda Tahu.


** gambar ihsan google **

Krim mata bagus untuk kutikel
  • Daripada menghabiskan wang untuk membeli krim kutikel,anda boleh menggunakan krim mata sebagai pelembap tambahan untuk menyembuhkan kutikel kering.
Elakkan terlalu pipi merah jambu
  • Sentuhan pemerah pipi merah jambu menyerlahkan kejelitaan semula jadi. Namun elakkan sapuan pemerah pipi secara berlebihan (supaya kamu tidak kelihatan seperti rupa badut). Jadi snetiasa memlukan garis merah berjarak dua jari daripada hidung dan hanya aplikasi di buah pipi. Solekan pipi takkan kelihatan berlebihan.
Kerinting beralun
  • Jangan sesekali menyikat rambut kerinting dengan sikat. Sebaliknya,urai dengan jari-jemari anda. Ini akan memberikan impak kerinting tanpa menghilangkan keaslian kerinting.
Menyerlahkan tulang pipi
  • Untuk membuat tulang pipi anda kelihatan lebih tinggi dan memberi struktur yang lebih,sapukan bronzer dibawah tulang pipi itu. Tambahan highlighter secara menipis diatas pembayang pipi untuk menyerlahkan lagi buah pipi anda.
Bersihkan alat solek
  • Sama ada anda menggunakan pisau cukur,putik kapas atau berus solekan, pastikan ia sentiasa dalam keadaan bersih. Selepas penggunaan yang kerap menjadikan alatan tersebut menjadi tempat pembiakan untuk bakteria penyebab jerawat,ekzema dan masalah kulit yang lain.
Cipta bibir penuh
  • Bagi yang berbibir nipis,lakar garis bibir menggunakan penggaris bibir rona asli. Calit gincu dalam ruang yang telah dilakar tanpa berlebihan.
Maskara
  • Salah satu sebab utama maskara akan berlapis ialah kerana sapuan yang tidak merata dan tidak ditutup selepas digunakan. Pastikan maskara sentiasa tertutup rapat.

** gambar ihsan goggle **

Jangan percaya label kecantikan
  • Segelintir produk kecantikan memaparkan maklumat palsu. Elakkan mudah percaya dengan apa yang anda baca. Jika produk yang menjanjikan keputusan segera atau perlindungan sepanjang hari,ia mungkin hanya mimpi yang bukan kenyataan.
Singkir minyak
  • Cara yang paling cepat untuk membersihkan kulit anda daripada kesan minyak ialah menggunakan kertas minyak(blotting papper). Fungsinya diyakini untuk menyingkirkan minyak berlebihan pada wajah penyebab jerawat untuk tempoh sementara waktu.
Gunakan minyak pada kulit
  • Ini mungkin kederangan agak pelik namun menggunakan produk berasaskan minyak untuk memadam solekan atau kotoran berlebihan dari kulit sebenarnya berupaya memperbaiki keadaan epidermis anda. Mengapa ? Pembersihan berlebihan merangsang kalenjar sebum yang menyebabkan kulit menghasilkan lebih minyak.Gunakan produk berasakan minyak mempunyai kesan yang bertentangan.
Jerawat kering
  • Percaya atau tidak,jerawat akan kering bila disapu dengan ubat gigi.
So,anda semua boleh la gunakan tips cantik yang nira sharekan kat atas ye.. Dan kalau nak beli vitamin shaklee boleh beli dengan nira, HARGA ISTIMEWA menanti anda..

okay,hope its helps..

Call/Text/WhatsApp : 0199582426
BB Pin : 24EBB405
COD : Jelawat - Bachok - Kubang Kerian - Wakaf Che Yeh

Salam Sayang,Ummi Naufal =)


Post a Comment
Copyright to SIHAT ITU SATU KEBAHAGIAAN
Designed by UMIESUEstudio 2016